
Minum Milo campur mentega, jalan terus 3cm! Itulah pengalaman mengejutkan seorang ibu yang berkongsi kisah bersalinnya sehingga petua ini menjadi tular di media sosial. Ramai ibu hamil mula tertanya-tanya, betul ke amalan ini boleh memudahkan bukaan bersalin?
Setiap kali menghampiri detik kelahiran, ibu hamil pastinya mencari pelbagai ikhtiar, sama ada dari segi doa, senaman ringan atau petua orang lama. Yang penting, semuanya dilakukan untuk memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan rasa sakit.
Menurut perkongsian seorang ibu, dia hanya minum segelas Milo panas yang dicampur sesudu mentega sebelum tidur malam. Keesokan paginya, selepas Subuh, dia berasa tidak selesa seperti mahu membuang air. Tidak lama selepas itu, keluar lendir bercampur darah.
@nadiahalyza210 Taktahu la betul atau sekadar mitos minum ni boleh buat bukaan buka dgn cepat. tapi kita cuba jelah selagi tak memudaratkan. Korang tolong doakan nadia cepat bersalin & dapat bersalin secara normal tau. #bersalin ♬ original sound – The Selawat
Bila diperiksa di hospital, doktor mendapati bukaan serviks sudah 3cm. Terus dimasukkan ke wad dan pada hari yang sama, bayi selamat dilahirkan dengan lancar. “Alhamdulillah, sakit pun tak terlalu terasa. Kali ini lebih mudah berbanding anak pertama dulu,” katanya.
Namun, ibu ini turut berpesan agar jangan cuba petua ini terlalu awal. “Kalau baru 34 minggu, jangan cuba. Bayi masih belum matang. Petua ini lebih sesuai diamalkan selepas 37 minggu ke atas, bila bayi sudah bersedia untuk dilahirkan,” jelasnya.
Selain Milo campur mentega, ada juga ibu yang berpengalaman melahirkan lima orang anak berkongsi amalan hampir sama. “Saya minum Milo panas dicampur marjerin, kemudian selawat 11 kali. Setiap kali Allah permudahkan. Doa Nabi Yunus juga saya amalkan untuk tenangkan hati,” ujarnya.
Walaupun ramai ibu mengakui petua ini berkesan, pakar kesihatan menekankan bahawa setiap tubuh ibu hamil berbeza. Ada yang serasi, ada juga yang mungkin tidak memberi kesan langsung. Apa yang penting, keselamatan ibu dan bayi perlu diutamakan.
Doktor menyarankan ibu hamil tetap menjalani pemeriksaan berkala di hospital. Petua tradisional boleh dijadikan ikhtiar, tetapi jangan bergantung sepenuhnya. Yang paling utama ialah kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi.
Petua Milo + mentega ini boleh dijadikan salah satu usaha untuk mudahkan bersalin, asalkan usia kandungan sudah cukup bulan. Namun, jangan lupa doa, rehat mencukupi dan sokongan emosi yang baik juga sangat penting.
Ingatlah ibu, pengalaman bersalin setiap orang berbeza. Yang menentukan mudah atau tidaknya proses kelahiran hanyalah Allah. Apa yang boleh kita lakukan ialah usaha, doa dan tawakal.
Sumber: Tiktok @nadiahalyza210