Pelakon terkenal, Raja Ilya, yang dikenali dengan nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, selamat melahirkan anak keduanya pada pagi Selasa. Bayi lelaki seberat 4.7 kilogram (kg) itu dilahirkan melalui pembedahan di King Edward Memorial Hospital, Australia.
Dalam keadaan masih ‘mamai’ akibat kesan suntikan bius, pelakon drama popular Suamiku, Encik Perfect 10 dan Appalam ini turut berkongsi kegembiraan dengan para peminat apabila mengumumkan nama putera keduanya sebagai Royal Abraham.
Raja Ilya meluahkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar, dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan serta memberikan ucapan tahniah melalui media sosial.
“Welcome to the world, little one! We’re overjoyed to have our baby boy @royalabraham18.
“Talita, you’ll always be my first love. Let’s take care of your little brother together okay, mommy need a FOC babysitter .
“Sorry semua! Tak sempat reply to messages on time, been a crazy day and still drowsy ni.
Ads
“Alhamdulillah semua selamat, kami sihat. Baby Royal lahir 4.7kg. Tu dia, patutlah masa mengandung hendak gerak kaki pun tak boleh,” coretnya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kelahiran anak yang kedua.
Ads
“Aww congrats dear!”
” syukuralhamdulilah Alhamdulillah tahniah.”
“Masha Allah 4.7kg hebat lah, bawa 9 bulan semoga di rahmati Allah satu family insha Allah.”
Ads
“Congratulations and he is so adorable.”
Semoga putera kecil ini membesar dengan sihat dan membawa kebahagiaan buat keluarga!
Pasangan ini mendirikan perkahwinan pada 2018.Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara sana. Pasangan ini juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun.
Minggu depan sekolah bermula, dan minggu inilah antara waktu paling sibuk buat ibu ayah. Pusat beli-belah, kedai buku dan pasar raya dipenuhi ibu bapa yang sibuk mencari buku tulis, alat tulis, baju PJ, stokin dan kasut sekolah anak-anak.
Bagi yang ada anak seorang dua, mungkin masih boleh bernafas lega. Tapi bagi keluarga dengan anak ramai, kos back to school memang boleh buat ramai mula rasa tertekan. Semuanya perlu dibeli dalam tempoh yang singkat, sedangkan perbelanjaan bulanan lain tetap berjalan seperti biasa.
Hakikatnya, persiapan sekolah anak tidak perlu jadi sesuatu yang mengejutkan jika kita mula merancang dari awal. Inilah yang dibuktikan oleh seorang ibu melalui perkongsiannya yang kini menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads oleh seorang ibu menjadi tular apabila dia berkongsi cara simpanan yang sangat ringkas tetapi berkesan untuk belanja sekolah anak.
Ayat yang dikongsikan olehnya cukup ringkas tetapi penuh makna:
“Back to school bukan mengejut. kena prepare awal. Sehari simpan RM10, setahun dah cukup untuk keperluan sekolah anak. walaupun aku stay-at-home mom, aku pastikan aku ada duit sendiri. Aku akan cover bahagian yang tak mencukupi.”
Melalui kaedah ibu simpan RM10 sehari setahun, dia berjaya menyediakan dana khas tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pasangan atau membuat pinjaman saat akhir.
Bagi sesetengah orang, RM10 sehari mungkin nampak kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, hasilnya sangat mengejutkan. Ramai netizen terus membuat kiraan ringkas dan berkongsi di ruangan komen:
“Wow betul jugak tu kan, almost 3650 untuk setahun”
Jumlah ini bukan sahaja boleh menampung yuran sekolah, malah cukup untuk membeli buku, pakaian seragam dan kasut sekolah anak. Tidak hairanlah kaedah ibu simpan RM10 sehari setahun ini dianggap sangat praktikal dan realistik untuk kebanyakan keluarga.
Walaupun konsepnya mudah, ramai ibu mengakui cabaran sebenar adalah untuk kekal konsisten. Ruang komen Threads tersebut dipenuhi luahan jujur para ibu yang sedang berusaha memperbaiki pengurusan kewangan keluarga.
Antara komen yang menarik perhatian:
“itulah sy pun tak mampu mana. tapi kalau ada duit je cepat-cepat simpan”
Ada juga yang berkata:
“sy pon nk start thn ni.. semoga sy istiqomah”
Komen-komen ini menggambarkan realiti kehidupan sebenar ibu ayah. Tidak semua mampu menyimpan jumlah besar, namun disiplin kecil seperti ibu simpan RM10 sehari setahun boleh memberi kesan besar dalam jangka panjang.
Ramai ibu berkongsi mereka menggunakan pelbagai aplikasi perbankan antaranya seperti MAE atau Maybank dan ada juga Aeon untuk memudahkan simpanan. Dalam aplikasi ini, mereka boleh membuka tabung khas, menetapkan sasaran dan memantau simpanan tanpa perlu akaun berasingan.
Seorang netizen berkongsi:
“Sama, tapi saya pakai mae”
Penggunaan aplikasi menjadikan proses menyimpan lebih terancang dan konsisten, sesuai dengan gaya hidup ibu masa kini.
Menariknya, simpanan ini bukan hanya berguna untuk persiapan sekolah. Ada ibu yang berkongsi mereka menyimpan RM50 sehari, dan walaupun kadang-kadang perlu mengeluarkan sedikit untuk keperluan lain seperti raya, simpanan tetap membantu apabila diperlukan.
Seperti yang dikongsi oleh seorang netizen:
“kan mudah mcm ni prepare awal² takde la kalut.”
Kaedah ibu simpan RM10 sehari setahun ini membuktikan bahawa perancangan awal mampu mengurangkan tekanan kewangan apabila musim persekolahan tiba.
Satu perkara yang menyentuh hati ramai pembaca ialah bagaimana ibu ini, walaupun bergelar suri rumah, tetap memastikan dirinya mempunyai simpanan sendiri. Bukan untuk bermewah, tetapi untuk membantu keluarga dan menampung kekurangan bila diperlukan.
Ini menjadi peringatan bahawa peranan ibu bukan sekadar mengurus rumah tangga, tetapi turut menyumbang kepada kestabilan emosi dan kewangan keluarga dengan caranya sendiri.
Tidak semua keluarga mempunyai kemampuan yang sama. Namun perkongsian ini membuktikan bahawa dengan disiplin dan perancangan awal, persiapan sekolah anak boleh menjadi lebih tersusun dan kurang tekanan.
Mungkin tahun ini masih terasa kelam-kabut, tetapi tidak salah untuk mula berazam dari sekarang. Simpan sedikit demi sedikit, ikut kemampuan sendiri. Kerana akhirnya, apa yang kita mahukan ialah ketenangan melihat anak-anak melangkah ke sekolah dengan senyuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2025 dan sudah pastilah mencatat pelbagai ragam anak-anak kecil yang baru bersekolah.
Pasangan kembar tiga yang viral di Tik Tok turut sama memasuki alam persekolahan. Ketiga-tiga anak kecil ini kini sudah pun bersekolah di tadika.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, Mama Triplet, ketiga-tiga mereka akhirnya sudah melangkah ke sekolah dan hari pertama mencatat sebuah episod dan kenangan manis untuk dikenang.
Ujar ibunya menerusi perkongsian video, ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk bersekolah hingga membuatkan rumah bertambah gamat ketika pagi hari.
“Hari pertama si kembar tiga masuk tadika. Kecoh rumah hari ini.
“Seronoknya bukan main,” ujarnya menerusi kapsyen di video.
Tular video gambar sama
Terdahulu pasangan kembar tiga ini tular di Tik Tok kerana mengelirukan pemilik studio kedai gambar ketika memilih gambar terbaik mereka yang kesemuanya dilihat hampir sama.
“Kesian aunty kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga.
“Tiga kali ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau tak, terprint muka yang sama berulang-ulang,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut akaun Mama Triplet ini begitu teruja melihat telatah anak kecil itu yang bersemangat untuk ke sekolah malah tidak sabar untuk melihat perkongsian video seterusnya dari ibunya.
Berapa pantasnya masa berlalu. Jika dahulu, MUA yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz mengumumkan kehamilan anak keempatnya ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, kini Bellaz membawa anak keempatnya itu untuk turut sama mengerjakan umrah.
Bellaz dan keluarga yang kini berada di Tanah Suci turut membawa keempat-empat anaknya termasuklah si comel, Nur Aisywara Naelofa yang kini berusia lapan bulan.
Menerusi Instagram dan Tik Toknya, Bellaz turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang berada di sana.
“Alhamdulilah bawak mek Wara ke Tanah suci. Dulu test pregnant naik dua line kat sana. Harini alhamdulilah suami buat suprise bawak anak-anak Bellaz ke sana,” kata Bellaz berkongsi.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Nur Aisywara Naelofa atau mesra di panggil ibunya Baby Wara yang cukup comel tampil bertudung.
Meninjau diruangan komen, anak kecil itu dipuji ramai kerana murah dengan senyuman biarpun dipakaikan tudung. Malah wajah redup Wara turut menjadi perhatian. Memang comel!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...