
Tatapan kali terakhir, anak istimewa Sarjan Mohd Roslan, rapat, tidur bersama bapanya. Anak istimewa Muhd Raqin Najmi, 13, mungkin tidak mengerti hidup. Tiada yang tahu apa di fikirannya.
Tatapan Kali Terakhir, Anak Istimewa Sarjan Mohd Roslan, Rapat, Tidur Bersama Bapanya
Apakah dia faham erti kehilangan tapi tidak mampu menzahirkan? Atau belum menyedari bahawa insan yang amat disayanginya telah pergi selama-lamanya. Semua rahsia Ilahi. Namun yang pasti bukan menjadi rahsia adalah dia kehilangan tempat mengadu dan bermanja.
Tragedi kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam di Teluk Intan semalam telah merenggut nyawa sembilan anggota termasuk bapanya Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim.
Kakak ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata, Mohd Roslan, 46, adalah seorang bapa penyayang dan sangat rapat dengan anak sulungnya itu selain dua lagi anaknya berusia sembilan dan enam tahun.
Muhd Raqin juga sangat rapat dengan ayahnya dan lazimnya mereka akan tidur bersama.
Peluang penghormatan terakhir di FRU Unit 5 Sungai Senam, diberikan sepenuhnya untuk Muhd Raqin menatap jenazah bapanya.
Semoga Muhd Raqin mampu mengerti yang hidup pasti mati, hanya kenangan indah jadi peneman hati.
Sumber: Bernama
Kredit foto: Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA
Baca artikel lain juga: Nahas FRU, Hilang Anak Dan Suami Dalam Tempoh Tak Sampai Dua Tahun
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI