Hati wanita mana yang tidak sebak dan rasa kecewa apabila pengorbanan mengandungkan anak selama sembilan bulan tidak dihargai oleh suami. Rentetan itu, kecoh di media sosial apabila tersebar tangkap layar perbualan seorang usahawan lelaki yang memperlekeh bekas isterinya kerana mengambil epidural semasa bersalin.
Malangnya, tindakan itu tidak sekadar menyakitkan satu hati malah membangkitkan kemarahan ramai kaum ibu di luar sana.
Dalam mesej tersebut, si lelaki menyamakan pengambilan epidural sebagai “cheatcode” seolah-olah wanita yang tidak melaluinya secara “natural” tidak cukup kuat atau gagal “berjuang”.
Kata-kata itu ternyata tidak sensitif, dan ramai melihat ia sebagai penghinaan terhadap pengorbanan wanita ketika melahirkan anak.
“Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga…”
Ungkapan ini cukup tepat. Ramai kaum ibu bersatu suara di ruangan komen dan media sosial, meluahkan rasa terluka dan marah apabila usaha serta pengorbanan mereka tidak dihargai sebaliknya direndah-rendahkan.
Ads
Bersalin bukanlah satu perlumbaan untuk buktikan siapa lebih hebat. Sama ada normal, C-section, dengan atau tanpa epidural, setiap proses membawa risiko dan kesakitan tersendiri. Tidak ada seorang ibu pun yang keluar dari dewan bersalin tanpa luka — sama ada zahir mahupun batin.
Mommies yang ambil epidural bukan penakut, mereka berani!
Perkongsian pengguna di Threads, @aminahmohd_ menyatakan dengan tegas:
“Pada aku, mommies yang ambil epidural masa bersalin adalah wanita yang berani. Aku salute!”
Ads
Aku takut weh nak ambil sebab kesan lepas beranak tu ada yang cerita lagi sakit dari yang tak ambil.
Tapi, masa contractions anak kedua dulu pernah minta sebab tak tahan sangat dah sakit tu. Tapi tak sempat, sebab nak cucuk epidural tu bukan proses yang mudah. Dalam tengah tunggu giliran tu anak aku dah nak keluar dah pun. Tup2 tak sempat ambil n beranak normal tanpa epidural.
“Kesimpulannya, epidural BUKAN cheatcode! Yang namanya beranak semuanya sakit. Baik sebelum melahirkan, masa melahirkan, lepas melahirkan. Semua sakit!
Sementara itu di TikTok, video dari akaun @aelaaaeli turut menjadi perhatian apabila dia menegur secara terbuka pandangan tidak sensitif lelaki tersebut terhadap wanita yang mengambil epidural.
Ads
“Memang hangin ye tengok statement kata Epidural tu Cheatcode? Memang tak fikir perasaan orang and tak tahu kenang pengorbanan ke apa? Memang sis sentap bab hal nak merendah-rendahkan perempuan ni ye. Entah you tahu ke tidak bentuk jarum Epidural tu ke tak? You ingat inject epidural tu macam inject vaksin kat bahu ke…”
@aelaaaeli Memang hangin ye tengok statement kata Epidural tu Cheatcode? Memang tak fikir perasaan orang and tak tahu kenang pengorbanan ke apa? Memang sis sentap bab hal nak merendah-rendahkan perempuan ni ye. Entah you tahu ke tidak bentuk jarum Epidural tu ke tak? You ingat inject epidural tu macam inject vaksin kat bahu ke? #epidural#babydelivery#pengalamanbersalin#mommy♬ original sound – Aelaa Aeli | Mommy Baby
Setiap wanita ada cerita dan kekuatannya sendiri. Melahirkan anak adalah momen antara hidup dan mati. Apa jua pilihan dan cara, wanita tetap layak dihormati. Janganlah kita menambah luka dengan kata-kata yang merendahkan.
Biarpun jodoh sudah tidak panjang, janganlah dijadikan alasan untuk membuka aib dan mengguris perasaan wanita yang pernah mengandung dan melahirkan zuriat untuk kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Raysha Rizrose yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka seorang bayi perempuan semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh kakaknya, Nelydia Senrose di Insta Story.
Menerusi hantaran tersebut, Nelydia meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak saudaranya itu.
“Adik yang selalu ikut ke mana-mana dan bergaduh bersama sebelum ini sudah melahirkan seorang bayi.
“Alhamduillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini.
“Semoga Allah sentiasa menghujani keluarga ini dengan penuh barakah dan penuh kasih sayang,” katanya.
Sementara itu, Nelydia berkata dia yakin bahawa Raysha dan suaminya, Nabil Jeffri mampu menjadi ibu bapa yang terbaik serta mendedahkan nama panggilan bayi tersebut iaitu Baby R.
“Saya dan suami tahu mereka akan jadi ibu bapa yang hebat kepada bayi ini.
“Baby R anda sangat disayangi dan kami sangat bertuah memiliki anda. Semoga anda membesar dengan sihat, cantik, dan kuat seperti ibu anda,” tulisnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan tunai RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 2 Syawal lalu.
Ujarnya, jumlah sumbangan untuk rumah yang musnah sepenuhnya adalah sebanyak RM5,000 dari Petronas yang dikawal selia sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan.
“Ini bermakna pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akan menerima RM10,000, manakala rumah yang terkesan dan juga penyewa akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 oleh Kerajaan Persekutuan, menjadikan mereka akan dapat sebanyak RM5,000.
“Pada hari ini, sesi pertama penyampaian bantuan berkenaan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri.
“Seramai 219 pemilik yang disahkan itu dapat disampaikan hari ini, pihak jawatankuasa bencana akan memanggil secara individu semua yang dikenal pasti dan diikuti dengan hari seterusnya,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Annexe di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sudah melakukan pemeriksaan dan siasatan terhadap 437 rumah yang dikenal pasti sebagai angka muktamad oleh pasukan teknikal.
“Kita letakkan rumah-rumah ini dalam tiga kategori iaitu musnah sepenuhnya dengan kebakaran struktur melebihi 40 peratus, separa musnah kebakaran struktur kurang 40 peratus dan terkesan tetapi tidak terbakar.
“Maknanya dari keseluruhan itu, bagi kategori pertama sebanyak 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya, 81 rumah ditakrifkan sebagai separa musnah dan 57 terbakar tetapi tidak mengalami kebakaran kepada struktur. Baki sebanyak 218 rumah diperiksa didapati tidak terjejas.
“Kita juga sudah membesarkan kawasan yang terkesan dari hari pertama adalah 290 meter persegi atau radius.
“Kali ini, kira-kira 325 meter persegi dilakukan pemeriksaan.
“Dan sehingga hari ini, sebanyak 151 rumah disahkan selamat dan pemilik rumah ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing…mungkin ada kerosakan kecil yang harus ditanggung, perlu dilaksanakan pembaikan.
“Mesyuarat hari ini memuktamadkan senarai mangsa yang diperoleh sehingga 6 petang semalam, sebanyak 613 isi rumah didaftarkan dengan PPS daripada keseluruhan 437 rumah termasuk yang disewakan bilik,” katanya.
Aksi comel pemilik nama Alisa Aisyah, puteri kepada selebriti, pelakon dan instafamous terkenal Hanis Zalikha & Hairul Azreen sering menjadi perhatian warga net. Mempunyai akaun Instagram yang diuruskan oleh mommy dan daddynya, keletah si kecil ini memang cukup mencuit hati.
Sesi fotografi bagi ruangan penghias kulit bersama mommy tersayang untuk isu Hari Ibu, Mei nanti bakal memaparkan gambar-gambar comel Alisa Bersama Hanis Zalikha.
Sesi fotografi dengan memaparkan Alisa Aisyah adalah julung kali berlaku kerana menurut Hanis, dengan jadualnya yang agak padat tanpa sedar anak perempuannya itu sudah masuk usia 9 bulan.
Pelawaan dari team Pa&Ma disambut dengan tangan yang terbuka memandangkan ini kali pertama wajah si kecil Alisa bakal disiarkan dimuka depan majalah keibubapaan Nombor satu di Malaysia.
Jom lihat keletah dan pose comel dari Alisa yang tak kekok pun beraksi di depan kamera walaupun baru pertama kali.
Kalau nak tengok lagi banyak aksi dan cerita menarik fasal Alisa dan ibunya Hanis Zalikha, jangan lupa dapatkan Pa&Ma edisi Mei 2020 istimewa Hari Ibu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!