Catatan jurufoto ini cukup menyentuh sanubari semua. Selalunya merakamkan foto anak dan ibu bersama, tapi kali ini sangat berlainan kerana si ibu sudah kembali ke alam abadi.
Nukilan Zara Haleena pengasas & prinsipal Camora Arts ini cukup menyebakkan. pengalamannya melaksana sesi fotografi demi menyempurnakan amanah pelanggan, merakamkan foto bayi Allahyarhamah Adlean Nael’da membuatkan netizen pilu.
Dalam sedih dan pilu, air matanya tidak dapat dibendung lagi tatkala dia menyiapkan bayi ini untuk sesi fotografi, terasa janggal & kehilangan kerana ibu bayi ini tiada lagi.
Biasanya kedatangan akan disambut arwah, siap pegang tangan ajak masuk. Tapi kali ini memberi salam pun rasa sebaknya.
Ads
Air mata mengalir tak dapat ditahan. Selalu tak sabar tengok baby tapi kali ini aku seakan mengelak untuk menatap baby Eva Miranda.
Ads
Akhirnya air mataku mengalir tapi cepat-cepat dikesat. Suaminya nampak tengang & tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yang tahu.
Ads
Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye..
Masa hamil dah sakit, dia tetap gagahkan diri siapkan barang-barang bayi yang akan digunakan selepas lahir. Lepas bayi lahir, semua dah ada tersedia. Kini Ava Miranda sudah 5 bulan. Kami cipta semula (re-create) family potraits.
Bagi yang mengikuti perkembangan Que Haidar, pasti mengetahui tentang cara pertuturan anak-anaknya dirumah yang menggunakan bahasa Inggeris. Que Haidar yang medirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang sangat comel.
Que Haidar telah berkongsi video di instagram dimana anaknya iaitu Tengku Cleopatra sedang mengadu sesuatu di dalam bahasa Melayu. Apa yang menariknya Cleo sudah fasih berbahasa Melayu.
PERGI CEPAT… PERGI CEPAT
KITA TAK BOLEH MARAH DIA, NANTI CIKGU MARAH
Cleo yang fasih berbasaha melayu jelas sekali menarik minat ramai yang menonton video tersebut. Rata-rata kagum melihat Cleo bertutur dalam bahasa melayu dan pujian-pujian di tinggalkan di ruangan komen.
Suka tengok family ni, tetap junjung bahasa ibunda
Eh Eh Cleo dah pandai cakap melayu
Arghh bahasa melayu dia, comel sangat
Respect, ur kids tak lupa bahasa ibunda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lagi berita gembira buat semua ibu bapa. Pembentangan Bajet 2020 semalam, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal dan akan diberikan secara percuma kepada semua bayi yang lahir pada tahun 2020. Pelaksanaan ini sebahagian dari Program Immunisasi Negara.
Sebelum ini, vaksin tambahan ini tidak ditawarkan dalam suntikan imunisasi wajib tetapi boleh diambil oleh ibu bapa sebagai vaksin tambahan di klinik luar dengan anggaran kos antara RM200 hingga RM300 untuk satu dos.
Disebabkan terlalu mahal untuk satu dos suntikan, hanya segelintir ibu bapa yang mampu berbuat demikian walaupun vaksin ini penting untuk kesihatan anak kecil.
Bagaimanapun menerusi twitter Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, beliau bersyukur kerajaan mendengar suara ramai.
“Alhamdulillah, selari dengan JANJI MANIFESTO PH, Bajet 2020 memperuntukkan awal RM60 juta untuk mulakan Vaksinasi Pneumokokal untuk kanak-kanak dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
“Vaksin ini boleh elak jangkitan paru-paru,darah & otak-jangkitan yang boleh membawa maut/kecacatan kekal,” kongsinya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ternyata bersyukur dengan pengumuman Belanjawan 2020 kerana akhirnya vaksin pneumococcal dimasukkan dalam program imunisasi wajib kebangsaan.
“Kerajaan telah menunaikan janji dan ini adalah hadiah terbaik untuk rakyat setelah bertahun memohon untuk vaksin pneumococcal diberikan percuma,” katanya di twitter.
KEPENTINGAN VAKSIN PNEUMOKOKAL
Pneumokokal adalah sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga dan lebih mudah berlaku pada kanak-kanak.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan serius antaranya:
1. Radang paru-paru
2. Meningitis – radang pada selaput yang kelilinh saraf tunjang dan otak
3. Sepsis – jangkitan bakteria dalam darah
4. Sinusitis – jangkitan pada sinus
5. Otitis media – jangkitan telinga tengah
Walaupun jangkitan bakteria ni mampu dirawat dengan antibiotik, namun dengan kemungkinan komplikasi yang teruk yang boleh membawa maut, lebih bagus kalau ia dicegah melalui immunisasi.
Jadi sebab itulah vaksin pneumokokal ni penting dan elok sangatlah dijadikan sebahagian daripada vaksin wajib dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
PELBAGAI LAGI PENAMBAHBAIKAN DALAM SEKTOR KESIHATAN DALAM BAJET 2020
Secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan RM 30.6 bilion bagi infrastruktur kesihatan dan perlindungan kesihatan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.
Selain membina dan menaik taraf hospital, klinik, serta perkhidmatan kesihatan, beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan contohnya membenarkan pengeluaran KWSP bagi pasangan yang menjalani IVF serta rawatan kesihatan tanpa cukai.- Sumber: Sirap Limau
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan suami isteri ini masih buntu untuk menyediakan sebanyak RM15,000 lagi bagi mencukupkan RM24,000 keperluan untuk menampung kos rawatan anaknya Noah Ulhaq, berusia dua tahun, yang menghidap penyakit tulang kaki bengkok.
Mohd Nor Hafiz Md Shari, 35, berkata anaknya yang turut menghidap lima komplikasi kesihatan lain iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, jangkitan kuman dalam paru-paru dan talasemia, memerlukan rawatan lanjut.
Katanya, ketika ini anaknya yang mesra dipanggil Adam itu sedang menerima rawatan secara berperingkat di Hospital Antarabangsa Bumrungrad, Bangkok, Thailand.
“Saya jadi buntu kerana perlu menyediakan sekitar RM24,000 untuk meneruskan rawatan anak di hospital berkenaan di Bangkok.
“Setakat ini, wang terkumpul ada RM9,000 hasil wang simpanan dan bantuan daripada orang ramai dan masih kurang sebanyak RM15,000 lagi untuk menampung keperluan itu.
“Sehingga kini, Noah Ulhaq sudah menjalani rawatan sebanyak tiga kali di hospital berkenaan sejak awal tahun ini apabila doktor melakukan proses menyimen pada kedua-dua kaki anak saya bagi tujuan meluruskan tulang kaki yang bengkok.
“Noah Ulhaq dijadual akan menerima rawatan tiga peringkat lagi di hospital itu termasuk menjalani pembedahan kaki pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.
Mohd Nor Hafiz yang menjalankan perniagaan takoyaki di pasar malam dan tapak karnival berkata, dia dan isteri, Suhaila Suid, 35, tidak mampu menyediakan wang berkenaan kerana ia di luar kemampuannya.
“Saya terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi membolehkan proses rawatan dan pembedahan anak tidak tergendala,” katanya.
Menurutnya, pada peringkat awal, anggaran kos rawatan termasuk perjalanan dan penginapan berjumlah sekitar RM33,000, tetapi selepas meneliti semula termasuk proses rawatan enam kali ditetapkan doktor, kos melebihi daripada itu.
Katanya, kadar pertukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dengan Baht Thailand turut menjadi faktor pertambahan kos berkenaan.
“Saya dan isteri mengharapkan anak kami yang menghidap penyakit berkenaan sejak lahir, dapat pulih dan berjalan seperti kanak-kanak lain.
“Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi di talian 011-16650548,” katanya.
Sebelum ini kesukaran pasangan suami isteri ini untuk mendapatkan dana bagi rawatan anaknya itu pernah dilaporkan dan menerusi penyiaran kisahnya, orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membantu meringankan beban mereka.
Cuma kos itu masih belum mencukupi dan berharap ada lagi insan yang prihatin untuk membantu merealisasikan impian Noah untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.