Pasangan suami isteri ini masih buntu untuk menyediakan sebanyak RM15,000 lagi bagi mencukupkan RM24,000 keperluan untuk menampung kos rawatan anaknya Noah Ulhaq, berusia dua tahun, yang menghidap penyakit tulang kaki bengkok.

Mohd Nor Hafiz Md Shari, 35, berkata anaknya yang turut menghidap lima komplikasi kesihatan lain iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, jangkitan kuman dalam paru-paru dan talasemia, memerlukan rawatan lanjut.

Ada Yang Sudi Bantu? RM15,000 Lagi Belum Cukup Untuk Rawatan Noah

Katanya, ketika ini anaknya yang mesra dipanggil Adam itu sedang menerima rawatan secara berperingkat di Hospital Antarabangsa Bumrungrad, Bangkok, Thailand.

“Saya jadi buntu kerana perlu menyediakan sekitar RM24,000 untuk meneruskan rawatan anak di hospital berkenaan di Bangkok.

“Setakat ini, wang terkumpul ada RM9,000 hasil wang simpanan dan bantuan daripada orang ramai dan masih kurang sebanyak RM15,000 lagi untuk menampung keperluan itu.

IKLAN

“Sehingga kini, Noah Ulhaq sudah menjalani rawatan sebanyak tiga kali di hospital berkenaan sejak awal tahun ini apabila doktor melakukan proses menyimen pada kedua-dua kaki anak saya bagi tujuan meluruskan tulang kaki yang bengkok.

“Noah Ulhaq dijadual akan menerima rawatan tiga peringkat lagi di hospital itu termasuk menjalani pembedahan kaki pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.

Ada Yang Sudi Bantu? RM15,000 Lagi Belum Cukup Untuk Rawatan Noah

Mohd Nor Hafiz yang menjalankan perniagaan takoyaki di pasar malam dan tapak karnival berkata, dia dan isteri, Suhaila Suid, 35, tidak mampu menyediakan wang berkenaan kerana ia di luar kemampuannya.

IKLAN

“Saya terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi membolehkan proses rawatan dan pembedahan anak tidak tergendala,” katanya.

Menurutnya, pada peringkat awal, anggaran kos rawatan termasuk perjalanan dan penginapan berjumlah sekitar RM33,000, tetapi selepas meneliti semula termasuk proses rawatan enam kali ditetapkan doktor, kos melebihi daripada itu.

Katanya, kadar pertukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dengan Baht Thailand turut menjadi faktor pertambahan kos berkenaan.

IKLAN

“Saya dan isteri mengharapkan anak kami yang menghidap penyakit berkenaan sejak lahir, dapat pulih dan berjalan seperti kanak-kanak lain.

“Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi di talian 011-16650548,” katanya.

Sebelum ini kesukaran pasangan suami isteri ini untuk mendapatkan dana bagi rawatan anaknya itu  pernah dilaporkan dan menerusi penyiaran kisahnya, orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membantu meringankan beban mereka.

Cuma kos itu masih belum mencukupi dan berharap ada lagi insan yang prihatin untuk membantu merealisasikan impian Noah untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain.

Sumber: Metro & BH

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI