Diam tak diam, si comel kesayangan Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya rupanya sudah hampir berusia setahun pada Oktober ini.
Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu semakin menampakkan kelincahannya menerusi beberapa video yang dikongsikan Fazura dan Fattah di Instagram rasmi mereka, @fattzuralovelife. Ada sahaja aksi comel Fatima bersama ayahnya.
Kata Fazura menerusi Instagramnya itu, dia bersyukur dan gembira anak kesayangan mereka itu kini sudah hampir menginjak usia satu tahun.
” Dalam sebulan lebih lagi InsyaAllah Fatima dah nak masuk setahun! Mommy seperti biasa lah emo. Syukur, happy, sayu, takut semua ada.
” Alhamdulillah, Fatima membesar dengan sihat dan sempurna, berkat doa semua juga. Terima kasih,” kongsi Fazura.
Dalam pada itu, ibu kesayangan Fatima ini turut sama berterima kasih pada pembantunya yang dipanggil Kak Amy yang turut menjagakan Fatima pada bulan Mei lalu.
Ads
Kata Fazura, disaat dia dilanda kesibukkan, pembantunya itulah yang banyak membantu menguruskan Fatima dan sentiasa ada untuk Fatima.
” Time macam ni teringat banyak benda termasuk kak Amy yang selalu ada since Fatima so small lagi. Bulan 5 hari tu, Faz ada call @lavenderconfinementcare untuk minta kak Amy datang tolong bantu jaga Fatima sekali.
” Dah macam family pun kami. Alhamdulillah banyak kak Amy dapat tolong bila Faz sibuk kerja.
Ads
” Dari tolong mandikan, tukar pampers, nap-kan and siap tolong masak juga. Sedap pula tu! Kalau badan Faz penat, kak Amy buatkan jamu and urut satu badan sekali. Best sangat.. aduhai.
“Thank you sangat-sangat pada kak Amy and especially pada my lovely sisters, Aishah and Nurul yang sangat lah baik dan selalu akan cuba sedaya upaya tolong dapatkan apa saja yang Faz minta. Sayang mereka ni semua,” kongsinya lagi.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga.
Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa bercuti atau melancong.
Perancangan awal
Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
Tempah penginapan
Tempat penginapan ditempah lebih awal. Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
Mesti ada peraturan
Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun mereka berada, peraturan tetap ada, sekalipun pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. Dalam masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
Senarai aktiviti
Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang di rancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
Jangka masa
Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
Persiapan minda
Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7. Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat di pasaran kamera yang murah dan senang digunakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
Permainan kegemaran
Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Muat turun permainan
Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun di tablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
Pakaian selesa
Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut sebaik-baiknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
Makanan
Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12. Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13. Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak daripada memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
Makanan biasa dimakan
Sekiranya anda melancong ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan daripada segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda harus bersedia dengan makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak.
Perjalanan malam
Memulakan perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan. Waktu malam adalah waktu tidur buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
16. Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang di luar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpulan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
17. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
18. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpama ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
19. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orientasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
20. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
21. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
22. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali. Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebelum anda meneruskan semula perjalanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rindu bertamu tatkala genap setahun pemergiaan anak. Lebih meremukkan hati si kecil yang disayangi tanpa disangka-sangka meninggalkan semua akibat tersedak susu.
Tidak boleh dibayangkan betapa remuknya hati untuk menerima takdir. Apatah lagi jika masih kecil, pasti akan terbayang keletahnya yang mencuit hati. Hati yang benar-benar kuat dan reda berupaya menerima ketentuan ini.
Perkongsian daripada Encik Fairuzzaman ini benar-benar menyentuh hati saat si kecil, Dewi Faleesya didapati meninggal dunia di taska akibat tersedak susu.
Walau pun hakikatnya anak perempuannya telah kembali ke negeri abadi, bapa ini tidak menyalahkan pihak taska. Malah dia reda yang Allah lebih menyayangi puterinya itu.
11 Syawal, sudah genap setahun Dewi pergi. Hari ini aku nak post tentang dia saja. pic.twitter.com/3UQjFhtbN4
Lebih menggembirakan, pasangan ini akhirnya bakal menyambut kelahiran anak kedua mereka tidak lama lagi. Adik kepada Allahyarham Dewi Faleesya lelaki dan ini bakal dilahirkan pada Ogos ini.
Warga Twitter memberikan menzahirkan kesedihan dan sebak membaca perkongsian bapa ini & mengucapkan selamat maju jaya buat Fairuzzaman yang bakal melanjutkan pengajian ke Jerman.
“Mak suruh masukkan ikan dalam akuarium.” Itu bukan skrip drama atau dialog rekaan, tetapi alasan jujur seorang murid sekolah rendah apabila ditanya pengawas sebab datang lewat ke sekolah.
Alasan unik itu mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Threads @syaa.waniey yang memuat naik senarai alasan pelbagai yang diberikan oleh sekumpulan murid yang tercatat dalam buku salah laku kerana datang lewat.
Antara alasan lain yang tidak kurang menarik termasuk:
“Mak masak nasi goreng.”
“Ayah lambat balik rumah.”
“Bangun lambat sebab abang dan kakak pun lambat.”
“Tidur lewat dan jalan sesak.”
“Salahkan ahli keluarga lain.”
Menurut hantaran yang kini telah meraih lebih 200 perkongsian, netizen rata-ratanya terhibur dengan kejujuran anak-anak ini. Ramai menyifatkan ia sebagai satu bentuk kejujuran tulen yang sukar ditemui zaman sekarang.
“Paling jujur abad ini! Budak lain mungkin akan kata ‘tertinggal bas’ atau ‘bangun lambat’, tapi dia bagi jawapan rare – salahkan mak masak nasi goreng pagi-pagi,” tulis seorang pengguna bernama Muse.
“Ini baru dinamakan ‘ikan lebih penting dari sekolah’. Tapi comel la dia,“ tambah seorang lagi netizen, Haziq.
Walaupun ramai yang terhibur, ada juga yang memandang situasi ini dari sudut lebih serius. Ada yang menyeru ibu bapa agar memainkan peranan lebih aktif dalam membantu anak-anak mengurus rutin pagi mereka supaya tidak mengganggu waktu persekolahan.
“Ibu bapa kena main peranan ajar anak tidur awal, bangun cukup waktu. Supaya jadual mereka teratur. Sebab banyak betul alasan bangun lambat, tidur lewat dalam buku tu,” kata pengguna bernama Syafiqah.
Bila Jujur Itu Menghiburkan
Tidak dapat dinafikan, kanak-kanak sememangnya penuh dengan kejujuran yang kadangkala mencuit hati. Walaupun alasan-alasan ini nampak ‘remeh’, ia sebenarnya membuka ruang untuk ibu bapa dan guru memahami rutin serta cabaran sebenar yang dihadapi anak-anak setiap pagi.
Daripada memarahi mereka semata-mata kerana kelewatan, mungkin ini masa yang sesuai untuk mendengar, memahami dan membantu mereka membina tabiat pagi yang lebih sihat dan konsisten.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.