“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.
Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
Ads
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, Ibu nak kongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
Ads
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan.
Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
Ads
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana. Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B.
Kerana ketahuilah, hidup ini tidak selalunya indah, langit tidak selalu cerah. Itu semua kita tidak boleh ubah. Yang boleh diubah hanyalah tindakan susulan yang kita pilih.
Mencari ketenangan dalam ‘parenting’ bukan perkara mustahil. Penulis Buku Keibubapaan, Najmi Nawawi kongsikan 6 tip mudah untuk sama-sama kita amalkan.
1. Fikir kesan negatif marah
Ajar diri kita untuk berfikir kesan masa panjang berbanding hanya mahu menyelesaikan masalah dalam masa singkat. Mungkin marah boleh selesaikan masalah dengan pantas, tetapi cuba fikir apa akan berlaku apabila selepas semuanya reda nanti. Apa yang akan bertambah dan apa yang berkurang perlu diambil kira.
2. Beri masa untuk anda bersendirian
Kadang-kadang waktu mandi itu pun sudah mencukupi untuk kita menikmati ‘timeout’ seketika. Caranya ialah dengan kawal pernafasan dan tenangkan diri. Kita akan berpeluang untuk ‘reset’ sekali matlamat ‘parenting’ kita. Kalau yang boleh solat, sudah pasti solat ialah peluang yang terbaik.
3. Fokus kepada matlamat lebih besar
Bayangkan jika dunia kita bakal berakhir pada hari esok. Atau kematian kita akan menjemput pada hari esok. Adakah kita akan memarahi anak kita dan mengamuk pada hari ini? Semestinya tidak.
4. Cari solusi dengan baik
Daripada terlalu sibuk melayan perasaan marah dan kecewa. Sibukkan minda dan fikiran kita untuk ubah keadaan menjadi lebih baik. Fikir solusi dengan tenang dan cuba ajak anak-anak sekali jika mampu mengawal keadaan.
5. Kawal nada dalam bercakap
Banyak kajian membuktikan, pergaduhan atau emosi yang tidak baik berlaku bukan kerana situasi buruk yang mempengaruhi, tetapi berpunca dari kesilapan penggunaan nada bercakap. Jadi lepas ini, nada perlu lebih tenang.
6. Pastikan kita tahu apa yang berlaku
Apabila sesuatu yang tidak disenangi berlaku. Jangan terlalu cepat melompat ke dalam sesuatu konklusi. Ambil masa, fikir dan fahami betul-betul apa yang berlaku terlebih dahulu.
Carilah diri kita dalam keadaan yang terbaik tanpa emosi negatif yang menyelubungi diri. Sebagai seorang manusia dan ibu bapa kepada anak-anak tersayang pastinya kita mahu yang terbaik sentiasa.
p/s : Marah itu memenatkan. Jadi kenapa masih memilih untuk tengelam dalam dunia serabut dan tidak aman sedangkan kita mempunyai pilihan yang lebih baik.
Siapa tak bangga melihat perkembangan positif anak-anak kan? Sama seperti selebriti terkenal, Puteri Sarah Liyana yang berkongsi perkembangan anak sulungnya Syaikhul Islam yang kini berusia 5 tahun.
Menurutnya, dia bangga melihat Syaikhul membesar dengan baik dan semakin mahir dalam aktiviti kegemaran Syaikhul iaitu aktiviti berenang.
“Syaikhul budak yang suka swim”
Anak sulung kepada pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof ini juga pandai berenang sejak berumur tiga tahun lagi. Tambah Puteri Sarah atau mesra di sapa Sarah, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk mengupah jurulatih terlatih dalam renang untuk menggilap lagi bakat Syaikhul dalam aktiviti renang.
“Alhamdulillah, Syaikhul start pandai swim dari umur 3 years old .”
“Then at the age of 4 Sarah hire coach bagi Syaikhul pandai lagi.”
Menurut Sarah, Syaikhul semakin pandai berenang sehingga pada usia seawal 5 tahun sudah ada sijil berenang dan mampu menyelamatkan seorang kawan yang hampir lemas.
“At the age of 5 now dia dah pandai swim sepenuhya and ada certificate!”
“Pernahlah Syaikhul selamatkan kawan dia yang tenggelam.”
“Mama sangat bangga dengan Syaikhul sekarang. Sekarang ni, abang ajar adik swim pulak”
Pa&Ma kongsikan pentingnya berenang untuk kanak-kanak
1. Keselamatan
Penyebab utama untuk menghantar anak anda belajar berenang adalah untuk keselamatan mereka. Kejadian lemas ialah salah satu punca utama kematian kanak-kanak, terutamanya anak kecil yang berumur 1 hingga 4 tahun. Dengan belajar berenang, anak anda boleh belajar skil menyelamatkan diri penting semasa berada di dalam air ataupun apabila terjatuh ke dalam air. Jadi, amat penting untuk anda mendaftar anak ke kelas renang atau mengajar mereka berenang sejak awal lagi.
2. Hiburan
Kedua, kebanyakan kanak-kanak berkeras supaya anda mengikut mereka berseronok di dalam kolam renang. Jadi, amat penting untuk menyiapkan anak anda supaya selamat semasa percutian anda baik di dalam kolam renang, laut ataupun tasik. Daripada menghalang anak mendekati sebarang tempat yang dekat dengan air (dan pada masa yang sama anda mungkin telah menyekat kehidupan sosial mereka), anda boleh menjadi ibu bapa yang proaktif dan biarkan anak anda belajar berenang dahulu. Apabila anak anda telah mempelajari skil renang yang diperlukan, anda boleh berhenti daripada berasa bimbang jika membiarkan mereka bermain dengan rakan mereka di dalam air.
3. Kesihatan
Akhir sekali, berenang adalah sukan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda ajar anak anda bagaimana untuk berenang semasa umurnya masih muda, dia tentu akan ingat kemahiran tersebut dan boleh terus mempraktikannya. Senaman di dalam air juga amat baik untuk golongan tua memandangkan ia boleh membantu mengurangkan ketidakupayaan dan menggalakkan fungsi fizikal dan mental. Disebabkan berenang hampir tidak mendatangkan risiko, ia dikira sebagai sukan yang selamat untuk warga tua. Jadi, daripada mengambil risiko terjatuh disebabkan berlari ataupun berbasikal, lebih baik jika anak anda berlatih berenang.
Setiap kanak-kanak perlu belajar untuk berenang seawal mungkin untuk mengembangkan kesihatan mental dan fizikal mereka. Oleh sebab berenang mempunyai banyak peringkat, anak anda boleh berlatih berenang sehingga dewasa dan mendapat manfaat daripadanya. Dengan mengajar anak berenang semasa mereka masih muda, anda boleh memberikan mereka peluang untuk mengembangkan banyak skil dalam hidup mereka.
“Boleh ke ni anak saya buat umrah, masih kecil pulak tu..macam tak yakin nak buat umrah” mama papa, percayalah jika niat kita ingin melakukan ibadah umrah bersama-sama anak-anak, InsyaAllah Allah akan permudahkan dan pengalaman melakukan Umrah bersama si kecil pasti jadi paling manis.
Bagi yang kurang yakin untuk membawa si kecil melakukan Umrah, Puan Nur Dalila berkongsi beberapa tip penting dan pengalaman dia sepanjang melakukan Umrah di tanah suci. Pasti selepas membaca perkongsianya, papa mama teruja dan tak sabar untuk ke tanah suci bersama si kecil.
PENGALAMAN UMRAH BERSAMA ANAK2 KECIL.
Disebabkan ramai yang ingin saya kongsikan pengalaman menunaikan umrah bersama anak2. Jadi saya buat posting khas untuk ni.
1. Penerbangan direct (tiada transit). Kul – Med
Pertama sekali masa kami decide untuk tunaikan umrah. Kami survey Travel Agent (TA) melalui website, FB, tengok review dari orang dll. Bulan 3 2019, kami pergi Matta Fair di PWTC dan survey di setiap booth khas umrah sahaja. Masa tu hati dah terpaut dengan TA Azzuha. Sebab mereka the only TA yang sediakan lawatan ke Taif secara percuma. Memang included in the package. Yang lain semua kena depends pada jemaah yang nak pergi. Yang paling penting pakej berbaloi & hotel dekat. Cari TA yang sediakan pakej hotel kurang dari 100m. Supaya mudah untuk ulang alik ke hotel & masjid.
Mereka juga Ada sediakan penerbangan direct Madinah. Jadi tak perlu naik bas dari Jeddah ke Madinah. Cuma tambah RM350 bagi penerbangan direct Madinah. Kenapa kami beratkan yang ini, sebab untuk kurangkan keletihan anak2 yang dah melalui penerbangan 8-9 jam.
Tapi, kita merancang, Allah yang menentukan. Seminggu sebelum berlepas, TA inform, Saudi Airlines batalkan semua penerbangan direct Madinah untuk bulan 9 & 10. Jadi perlu turun di Jeddah & menaiki bas selama 5 jam ke Madinah. Alhamdulillah anak2 ok je. Cuma penat sikit la. Mereka pun tidur je sepanjang perjalanan dalam flight & bas.
2. Booking
Lepas dah decide TA, bayar deposit, buat passport bagi anak yang belum ada. Lebih kurang 45 Hari sebelum tarikh penerbangan serahkan dokumen penting seperti gambar visa, salinan ic, surat beranak & sijil nikah. Yang dokumen ni leceh sikit. Sebab perlu cop pengesahan umrah dari jabatan agama & JPN. Kalau dari JPN sekejap je sebab semua maklumat online. Tapi dari jabatan agama ambil Masa untuk mereka sahkan dari negeri Kita nikah kalau bermastautin di tempat lain.
Sebulan ke 2 minggu sebelum tarikh penerbangan ambil vaccine meningococcal (wajib). Pneumococcal & influenza (optional) kami just ambil yang wajib & influenza. Kos untuk meningococcal RM145/seorang. Influenza pula RM70 seorang. Depends pada klinik.
3. Sediakan semua keperluan anak2 seperti ubat2an (rujuk gambar), keselamatan dll. Buat checklist. So tiada yang tertinggal. Untuk keselamatan kami Ada beli harness (rujuk gambar).
4. Baby carrier & stroller. Dua ni bagi saya sangat penting. Di Madinah most of the time guna SSC (soft structure carrier) lagi2 untuk ke masjid. Sebab stroller Tak dibenarkan bawa masuk dalam Masjid. Diperkarangan sahaja boleh. Jadi kalau anda Tak kisah solat di dataran Masjid should be no problem. Pakai SSC untuk lebih selesa buat pengendong & anak yang dikendong. Narrow based carrier & hip seat tidak sesuai untuk jangka masa lama. Go google about it for more info.
Di Mekah, senang bergerak dengan stroller. Boleh bawa dalam masjid. Tapi ni bergantung pada musim anda pergi. Saya pergi lepas musim haji. Jadi orang belum betul2 sesak. Nak tawaf guna stroller pun boleh di Mataf. Cuma saya kurang suka sebab orang suka pintas dari tepi. Jadi takut terlanggar kaki orang. So Masa kerja umrah pun Saya pakai SSC je. Cuma lepas sai’e rasa macam Tak rasa kaki & pinggang. 😂 lenguh! Mudah juga untuk nursing. This need to be practice. Saya memang dah biasa NIP/NIC since 1st born.
5. Bagi anak rehat secukupnya bila Ada waktu senggang. Matlamat Kita untuk maksimakan ibadah. Jadi kurangkan berjalan untuk shopping & window shopping 😆. Kami just tengok2 Masa otw balik hotel yang sekangkang kera tu je. So very limited choice. Ada la p sat tu pun takde mood nak beli. Kebanyakan dibeli waktu ziarah. Kami hanya beli kurma & kekacang, coklat & keychain diukir nama dalam bahasa arab untuk sourvenir. Bila bawa anak2 kita pentingkan mood anak2 dulu.
6. Keperluan kudap2. Biskut, snek dll. Boleh beli siap2 di Malaysia atau Cari je di supermarket di Sana. Masa di Madinah, Saya ke Bin Dawood. Beli biskut digestive 3 pack SAR 5 sahaja 🤩. Di Mekah kami beli di Abraj Hypermarket di clock tower.
7. Pakaian depends pada musim. Saya banyak bawa t-shirt cotton je. Kecuali Faris sebab dia memang Ada banyak jubah. Seluar pakaikan legging cotton sahaja lebih selesa. Sila bawa stokin untuk anak2. Sebab bila pijak tiles samada panas disiang Hari atau sejuk dimalam hari. Ini juga bergantung pada musim yang anda pergi.
8. Toys.
Bawa mainan kecik2 yang mudah untuk dibawa. Keluarkan satu jenis pada satu2 Masa.
9. Madinah tempatnya tenang. Disebabkan hotel dekat. Kadang2 dah azan baru gerak ke masjid. Sebab Saya nak Tak nak memang kena solat di kawasan belakang. Khas untuk ibu & anak2. Jadi untuk orang lelaki, rebut la keluar awal dapatkan saf depan.
10. Di Mekah, jangan duk buat relax sangat. Lambat datang Masjid. Melepas peluang solat di Mataf. Pintu banyak ditutup. Kena jalan jauh walaupun hotel dekat. Tapi kalau anda Tak kisah solat dimana2 ok je. 😁 Sebab rasa puas pula bila dapat nampak kaabah.
11. Hand carry luggage nak mudah bawa bag pack je. Letak, diapers, baju spare, Sweater ( tapi anak Tak pakai pun sebab dah ada blanket dalam flight), kudap2, toys dalam 2/3 jenis. SSC & cabin size stroller juga dibawa kedalam cabin. Jangan bawa banyak sangat barang. Sebab kita nak handle anak lagi. Sebolehnya semua diletakkan dalam bag yang Akan di check in.
12. Botol air. Pengalaman Saya Naik AA & MAS sebelum ni. Tumbler boleh bawa. Tapi mineral water bottle Tak boleh. Masa di imigresen. Kami bawa la seorang satu tumbler. Dia minta kosongkan dan hanya boleh bawa 1 sahaja jika Ada bayi 😑. Tapi dari Jeddah ke KLIA elok je bawak segala botol plastik isi air zam2 la macam2 takde pun kena buang 😅. Rules lain2 kan.
13. Patut ni awal2 tertinggal pula. Bila bawa anak2 pilih la hotel yang dekat dengan masjid. Senang untuk berulang alik, Tukar diapers dll. Anak2 Tak merungut jalan jauh. Di Madinah hotel kami jarak 80 meter sahaja dari pintu masjid. Manakala di Mekah 50 meter. Sebab nanti dalam masjid nak jalan lagi. Jadi Kita mudahkan anak2 Dan Kita juga 😁.
Edited.
14. Tips Elakkan dari batuk dengan izin Allah. Elakkan minum air zam zam yang sejuk. Kalau boleh minum yang tertulis not cold. Selalunya dalam 1 kelompok Ada 2 tong je. Sebab bagi Saya yang not cold pun dah sejuk sikit dah. Cukup menghilangkan rasa Haus. Kurangkan minum jus dia. Sebab jusnya manis.
15. Mandi pagi sebelum subuh & Mandi malam sebelum maghrib.
16. Untuk orang Penang boleh tukar duit di jalan masjid kapitan. Best deal kami dapat disitu.
17. Jika anda tak mampu nak lakukan umrah sunat, tak mengapa jangan bersedih. Boleh juga perbanyakkan tawaf sunat. Untuk umrah wajib. Kami buat serentak. Umrah sunat pertama Saya tinggalkan Faris & auni dengan mak. Carry fahim Dan buat bersama2 husband Dan abah. Umrah sunat ke2 Saya Tak buat. Umrah sunat ke3 kami Balik dari Taif, perjalanan yang jauh. Jadi Saya bergilir dengan husband. Jadi Saya tidurkan anak2 siap2. Susukan fahim & kemas barang2 sementara tunggu husband habiskan umrah. Masa ni Kita dalam ihram. So kena hati2. Sebab Saya terlupa p rendam baju dengan sabun. Tapi Masa tersedar terus tinggalkan. Lepas husband Balik baru Saya p sensorang. Feel sangat sebab dapat fokus ibadah betul2.
Masa ni selepas selesai Tawaf. Sementara tunggu jemaah lain untuk ke tempat Sai’e. Kita upah anak2 dengan SD cereal sebab berjaya habiskan tawaf 7 pusingan. Alhamdulillah. Sebab lepas ni mereka Akan melalui perjalanan yang lebih jauh iaitu sai’e
18. Saya Ada tambah sharing untuk masuk Raudhah dengan anak2 di gambar. Boleh rujuk link.
Setakat ni tu je kot. Kalau Ada apa2 nak tambah nanti Saya edit. Tanya je Pape. Nanti Saya jawab InsyaAllah.
Bila dah niat untuk bawa anak2, doa banyak2. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan disana. Berkat bawa anak2, semua urusan dimudahkan. Rezeki mereka terpalit sama pada kita.