Melihatkan perkembangan anak sulungnya yang mengalami masalah autisme begitu baik dan positif dari hari ke hari, kata Dr Say dia dan isterinya, Dr Azura Abas, dia terlupa bahawa anak kecilnya itu masih memerlukan perhatian khusus buatnya.
Berkongsi cerita dan rutin harian anaknya, Ace, bapa penyayang ini meluahkan rasa kesalnya kerana menyangkakan anak kecilnya itu sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Walhal kata Dr Say menerusi Instagramnya, Ace amat memerlukan perhatian yang lebih.
Berkongsi cerita menerusi Instagramnya kata Dr Say, dia mula sedar tindakannya dan isteri yang mengubah sedikit jadual rutin harian Ace memberi kesan kepada anak kesayangannya itu.
“Lama dah tak update progress autism Ace. Semalam kami dipanggil for parents teachers meeting sebab habit mengigit Ace semakin teruk.
“Bila kawan ambil barangnya atau duduk berdekatannya, Ace akan gigit kawan tu. Eventhough lepas tu teachers akan bagitahu Ace yang “friend hurt, friend cry” di samping berstory telling & Ace akan minta maaf, bila incident yang sama berulang, Ace akan mengambil jalan keluar untuk menggigit.
“Jadi sesuatu perlu dilakukan & ia perlu dilakukan dengan cepat. Bila cikgu panggil for parents teachers meeting, saya & bini terduduk,” kongsinya kesal.
Rupanya kata Dr Say lagi, semuanya bermula selepas dia dan isteri menukar sedikit jadual harian Ace. Jadual yang simple tetapi besar kesannya buat anak kecil itu.
Ads
“Terduduk takut Ace kena buang sekolah sebab kitorang suka kao kao @axonchildrenscentre, he made tremendous progress over there.
“Masa meeting, teachers tanya “ada perubahan ke dalam rutin harian Ace lately?”. Kami cakap ada, sebab selama ni it has always been mommy yang tidokan Ace tapi sejak bini start oncall dari bulan lepas, saya lah yang tidurkan Ace.
“Di samping tu juga kami cuba nak kejutkan dia awal pagi supaya dia tak missed out on school tu pun sejam awal dari timing yang dia biasa bangun.
“Well, walaupun perubahan kecil dalam rutin macam ni pun boleh menyebabkan kesan yang besar kepada kanak-kanak autistik seperti Ace.
“Kata teacher, Ace datang sekolah, kadang-kadang sambung tidur yang deep gila & dia kerap cranky. Jadi teachers suggest to get chewing toys, heavy blankets & mainan yang specific untuk sensory Ace,” kongsinya lagi.
Kata Dr Say lagi, dia mengakui mereka mula alpa dan lalai bila mana melihatkan perkembangan anaknya yang cukup baik dari semua segi.
Ads
Tidak hanya Ace kini bijak mengawal emosinya, bahkan anak kecilnya itu juga sudah mampu bercakap dua hala malah semakin petah bercakap.
“Berbalik kepada topik di atas, apa yang saya & bini tersalah langkah adalah kami TER-OVERLOOK progress Ace.
“Kami dibutai positive progressesnya seperti kepetahan dia bercakap, ke-responsive-an dia terhadap emosi, two-way communicationnya yang kami ingat “finally, we have done a good job & we can take a breath & biar Ace auto-pilot” padahal KITA JANGAN SEKALI-KALI BERPUAS HATI.
“Bila ter-selesa sikit kami jadi tak perasan kelemahan Ace sebab bila ada anak special kid, YOU MUST NEVER LET YOUR GUARD DOWN sebab mereka boleh REGRESS. Besar cabaran membesarkan anak istimewa ni. Mommy & daddy mintak maaf Ace, we will try harder for u & adik k?,” kongsi Dr Say lagi.
Ads
Semoga Ace baik-baik sahaja menunjukkan perkembangan yang begitu baik dari hari ke hari.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan memang ramai yang rajin ke dapur termasuklah pengacara dan personaliti televisyen Malaysia yang cukup popular, Fedtri Yahya.
Terkenal bukan sahaja kerana kepetahannya mengacarakan setiap program yang ditugaskan, malah dia juga sangat dikenali dengan pengusaan bahasa puitis yang cukup indah.
Mengintai ke akaun Facebook milik ayah kepada empat cahaya mata ini, sepanjang musim PKP dilaksanakan Fedtri rajin masuk ke dapur dan mencuba pelbagai jenis resipi untuk dikongsikan kepada warga net.
Apa yang dikongsikan kebanyakkannya cukup ringkas dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Baru-baru ini sambil menjaga anak dengan berlatar belakangkan suaranya yang cukup petah menyusun ayat, Fedtri berkongsi resipi rempeyek yang rangup buat kudapan waktu petang bersama keluarga.
Fedtri dengan suara lunaknya cuba membuat rempeyek. Menurutnya resipi ringkas ini sesuai untuk dijadikan hidangan ketika Ramadan nanti untuk diberikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai.
Resipi Rempeyek Campak-campak Fedtri Yahya
Bahan-bahan:
Tepung Beras
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Jintan Manis
Ikan Bilik – ditumbuk
Bawang Putih – ditumbuk
Telur
Sedikit Air
Serbuk Kunyit
Serbuk Cili
Kacang Tanah (Untuk ditabur kemudian)
Cara penyediaan:
Gabungkan semua tepung gandum, serbuk jintan putih, jintan manis, bilis dan bawang putih yang ditumbuk bersama telur.
Tambah Air dan gaul sekata
Tambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili
Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Celupkan sudip atau senduk yang digunakan sebagai acuan dalam minyak
Tuang adunan pada senduk tadi dan taburkan kacang tanah.
Goreng sehingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
Siap!
Sempat Fedtri berseloroh rempeyek yang dibuat ini hanya eksperimen pertama dan sesuai untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual.
Jadi untuk siapa yang nak cuba dan teringin nak makan rempeyek boleh tengok video yang dikongsikan. Para suami pun boleh cuba buat macam Fedtri Yahya. Terbaiklah!
Sumber: Feidtri Yahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk hubungan baik antara anak-anak mereka. Nak eratkan hubungan antara adik beradik bukan tugasan yang mudah, lebih-lebih dengan perangai mereka yang pelbagai ragam.
Bagi Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, untuk memastikan anak-anak beliau mempunyai hubungan yang erat, beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik mereka.
Melalui posting beliau di Instagram, beliau meletakkan “hugging & kissing” sebagai norma dalam keluarganya. Jika sebelum ini, beliau telah berjaya mengajar anak perempuannya, Bella dan Tasha untuk sentiasa terap kasih sayang antara satu sama lain.
Kali ini, beliau dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos dalam proses untuk mengajar anak lelaki kembar mereka pula, iaitu Adam dan Noah untuk merapatkan kali hubungan antara mereka.
Telatah anak kembar itu mendapat perhatian umum apabila mereka masih malu-malu untuk menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain.
Malah, terdapat beberapa mengikut Dr Sheikh Muszaphar juga bersetuju dengan cara yang dipraktikkan oleh beliau dan menceritakan kembali pengalaman mereka mengajar anaknya.
Selain dari menerapkan kasih sayang antara anak-anak, ibu bapa juga perlu memainkan peranan seperti:-
Sama adil antara anak-anak
Tidak adil merupakan kesilapan yang sering ibu bapa buat tanpa sedar. Contohnya apabila adik buat silap bukan adik yang dimarahi tetapi yang sulung. Alasan yang tua tidak jaga yang kecil. Apabila situasi ini terlalu kerap berlaku akan membuatkan si sulung membenci adiknya dan mereka secara tidak langsung menjadi jauh dan mencemburui antara satu sama lain. Begitu juga apabila ingin membeli sesuatu pasti kan anda membelinya sama adil agar perasaan kecil hati atau cemburu itu tidak timbul.
Sikap Tolong-Menolong
Walaupun mereka masih kecil tetapi sikap tolong menolong ini perlu diajar dari awal lagi. Contohnya apabila adik keluarkan permainan dan ketika masa berkemas. Minta abang atau kakak tolong mengemas sama-sama. Sambil mengemas mungkin anda boleh berikan pujian atau bermain siapa lagi pantas menyimpan. Mereka akan rasa seronok dan bergembira bekerjasama. Begitu juga apabila abang atau kakak perlukan pertolongan minta adik bantu juga.
Makan sama-sama
Usahakanlah paling tidak sekali dalam sehari untuk semua ahli keluarga berkumpul makan bersama-sama. Saat makan bersama-sama, bercerita dan ketawa akan membuat semua ahli keluarga rasa seronok dan menghargai antara satu sama lain. Malah akan membuatkan kasih sayang makin hari makin kuat antara satu sama lain.
Tunjukkan Contoh Yang Baik
Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Mahu anak-anak jadi baik tetapi anda sendiri tidak begitu. Anda juga perlu pasti kan hubungan anda dengan adik beradik baik. Sentiasa tolong menolong, ziarah menzirahi serta sayang menyayangi antara satu sama lain. Contoh yang baik ini akan mereka jadikan sebagai panduan untuk mereka bila dewasa nanti.
Kita rasa susah tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah! Tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang ibu sedang mengutip dan mengasingkan sampah yang boleh dijual demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidupnya.
Apa yang menyedihkan, ibu itu dilihat membawa tiga anak menaiki motor bersama. Anak-anaknya menunggu di atas motosikal manakala ibu mencari sampah yang boleh dijual dalam tong sampah.
Mungkin bagi sesetengah orang akan menganggap sepatutnya ibu tak bawa anak bersama dalam keadaan panas dan tempat yang tak selamat. Namun kita tak tahu sejauh mana kebimbangan ibu ini untuk meninggalkan anak di rumah tanpa pemantauan orang lain.
Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok, nadyazaira92 ini dilaporkan berlaku di Tumpat, Kelantan.
“Di saat aku rasa diri aku susah dah, ada lagi yang susah daripada aku,” ujarnya dalam video itu.
Ketika melihat ibu bersama tiga anak ini, suami Nadya kelihatan menghulurkan wang kepada salah seorang anak wanita tersebut dan sempat berpesan menggunakan wang tersebut untuk membeli nasi kepada anak-anak.
Walaupun ibu ini bukan meminta, tapi rezeki tak disangka itu cukup membuatkan dirinya sebak.
Menitis air mata si ibu saat orang menghulurkan wang pada anak-anaknya. Ibaratnya ia rezeki yang tak diduga dalam keadaan sekarang yang sangat sukar dan demi membesarkan anaknya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi...