Bantuan Khas Kewangan RM500 akhirnya diumumkan dan ia menjadi khabar yang cukup melegakan buat ramai mak ayah penjawat awam di seluruh negara, apatah lagi ketika Ramadan semakin menghampiri penghujungnya.
Alhamdulillah… rezeki Ramadan buat mak ayah yang berkhidmat untuk negara
Dalam kesibukan urus kerja dan keluarga, ada khabar gembira yang pasti melegakan ramai ibu ayah penjawat awam. Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak. Bayaran akan dibuat pada 13 Mac, tepat pada waktunya untuk persiapan Aidilfitri.
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook hari ini memaklumkan bantuan itu bagi membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.
“BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.”
“Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurut kenyataan itu.”
Pemberian BKK diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu
Bila masuk fasa hujung Ramadan, biasanya fikiran mak ayah mula berkira-kira. Duit belanja dapur, baju raya anak-anak, kuih raya, duit balik kampung. Semuanya perlukan perancangan yang teliti.
Jadi walaupun nilainya nampak sederhana, Bantuan Khas Kewangan RM500 ini tetap satu kelegaan yang besar. Sekurang-kurangnya ada tambahan tunai untuk menampung perbelanjaan yang semakin meningkat menjelang Syawal.
Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, kos persiapan raya bukan sedikit. Dari pakaian, kasut, sampul duit raya, sehinggalah keperluan dapur untuk juadah hari pertama semuanya memerlukan bajet. Bantuan ini hadir tepat pada masanya.
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam, bantuan ini turut memanfaatkan pesara kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250. Walaupun jumlahnya berbeza, ia tetap tanda penghargaan atas jasa dan khidmat mereka kepada negara.
Ramai pesara yang kini bergantung kepada pencen bulanan pasti merasa sedikit kelegaan dengan bayaran tambahan ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Yang lebih melegakan, Bantuan Khas Kewangan RM500 ini dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. Maknanya jumlah yang diterima adalah penuh tanpa sebarang potongan.
Ini penting kerana setiap ringgit sangat bermakna buat keluarga. Tanpa potongan cukai, mak ayah boleh merancang perbelanjaan dengan lebih yakin dan tersusun.
Bantuan ini sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2026 sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.
Penjawat awam bukan sahaja menggalas tanggungjawab dalam sistem pentadbiran, malah menjadi nadi kepada kelancaran pelbagai sektor penting. Pengumuman Bantuan Khas Kewangan RM500 ini dilihat sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi mereka.
Untuk sesetengah orang, RM500 mungkin nampak kecil. Namun bagi mak ayah yang setiap hari keluar awal pagi, balik lewat petang, demi memastikan anak-anak cukup makan dan cukup kasih sayang, jumlah ini cukup bermakna.
Ada yang mungkin gunakan untuk tambah belanja dapur. Ada yang simpan sedikit untuk kecemasan. Ada juga yang mahu penuhi permintaan kecil anak-anak sempena Aidilfitri.
Apa pun perancangannya, semoga Bantuan Khas Kewangan RM500 ini membawa sedikit kelegaan dan kebahagiaan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.
Semoga Ramadan kali ini lebih tenang, lebih cukup, dan lebih berkat buat semua mak ayah di luar sana
Sumber:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian yang meruntun jiwa buat ibu ayah yang kehilangan anak tersayang. Begitulah yang berlaku apabila suasana petang yang tenang di Sungai Kaabah, Kampung Kelaweh, Machang bertukar menjadi detik ngeri yang takkan dilupakan.
Tawa riang empat sepupu yang sedang bermain lastik bertukar menjadi jeritan cemas, apabila seekor lembu tiba-tiba mengejar mereka tanpa henti. Nafas tercungap-cungap, kaki kecil itu berlari sekuat hati sehingga ke tebing sungai.
Air sungai yang kelihatan tenang itu akhirnya menjadi saksi tragedi. Dalam usaha menyelamatkan diri, keempat-empat mereka terjatuh ke dalam arus. Tiga berjaya berpaut pada pokok, namun seorang daripadanya Muhammad Anaqi Syamin Azmi, pelajar Tahun Satu berusia tujuh tahun hilang dibawa deras air.
“Saya dimaklumkan, bapa kepada kanak-kanak lain cuba selamatkan mereka walaupun dia baru pulih daripada kemalangan. Tapi Anaqi… tak kelihatan.”
“Yang lain terselamat sebab ada yang berpaut pada dahan, kepala masih nampak masa ditarik,” kata Siti Maizatul Azla Musa, kerani yang bekerja dengan ibu mangsa.
Panggilan kecemasan dibuat. Pasukan bomba bergegas ke lokasi, menyelam dan mencari dalam sungai yang keruh itu. Di celah doa dan tangisan, akhirnya tubuh kecil Anaqi ditemui tidak bernyawa, hanya 0.5 meter dari tempat dia terjatuh.
Anak kedua daripada empat beradik ini dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, meninggalkan keluarganya dalam pilu yang tak terungkap.
Bila hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat-menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni.
Baru-baru ini, sebuah video tular di kongsikan oleh pengguna di Facebook, Sulyeana Yana
yang tidak puas hati dengan tindakan jirannya yang meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya serta menyebabkan kesukarannya memasuki kenderaan dalam rumahnya sendiri.
Bertahan bertahun dengan sikap jirannya, akhirnya wanita ini meluahkan perasaannya. Bukan tidak bertimbang rasa, sikap tidak ambil peduli dan tolak ansur membuatkan wanita ini mengambil keputusan untuk bertindak menegur jiran berkenaan.
Sehingga kini video berkenaan telah tular di media sosial dan mendapat tontonan mencecah 3 juta di facebook miliknya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan. Juga ada yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi yang sama, Malah ada yang terkejut dengan sikap jiran berkenaan yang langsung tidak bertimbang rasa.
“Puas hati tengok video akak ni. Sebab pernah kena sebijik mcm ni”
“Walaupun jalan raya depan tu milik semua tp nak parking kereta, jgnlah parking depan rumah org. Ni fikir nak senang sendiri je tp lgsg tkde common sense nak fikir susah payah jiran nk keluar masuk kereta. “
“Ini la sebab kenapa kami xbeli rumah kawasan kos rendah atau sederhana. Terpaksa la spend sikit. Bukan apa kita dh beli nk duduk bertahun.”
“Jenis suka parking depan rumah orang pun ada,biar rumah sendiri nampak lapang.”