Pelakon Nadia Aqilah kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan bakal bersalin pada penghujung bulan Mac nanti. Sementara menunggu detik melahirkan, dia kini mahu meluangkan masa secukupnya dengan anak sulungnya yang diberi nama Senja Aqilah.
Sumber foto: Instagram Nadia Aqilah
Berkongsi tentang dirinya seorang ibu yang clingy, dia mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Senja sebelum anak sulungnya itu bergelar seorang kakak.
Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, Nadia memberitahu yang kini dia sudah mula berehat dari mengambil sebarang kerja lakonan. Menurutnya sekarang adalah tempoh bertenang untuk dirinya dan lebih mahu meluangkan masa dengan anak.
Sumber foto: Instagram Nadia Aqilah
Nadia juga turut berkongsi tentang dirinya yang morning sickness dari awal kelahiran sehingga sekarang. Katanya lagi, keadaan ini sama sahaja seperti ketika dia mengandungkan Senja.
“Saya morning sickness setiap hari, muntah-muntah je. Sama seperti anak pertama dulu, jadi saya dah reda.”
Ads
Sumber foto: Instagram Nadia Aqilah
Memandangkan dia akan bersalin pada bulan Puasa, ramai yang berpendapat nama anaknya akan berkaitan dengan Ramadan atau Puasa.
“Anak kedua ni akan lahir masa bulan puasa. Banyak kawan yang bergurau, kata nanti nama anak mesti Ramadan atau Puasa, tapi tidak ya..”
Sekdara info, Nadia berkahwin dengan suaminya, Saiful Ridzuan pada April 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini sudah berusia empat tahun. Semoga urusan Nadia ketika bersalin nanti dipermudahkan dan kedua-dua ibu dan bayi akan sihat sentiasa.
Berseri-seri pelakon Tasha Shilla sejak mengandung anak kedua. Orang kata bila muka berseri, suka make up akan dapat anak perempuan namun semua itu hanya kebetulan. Tapi andai kata betul dan rezeki Tasha dan suami, dapatlah sepasang.
Menurut Tasha Shilla atau lebih mesra dengan panggilan Tasha, kehamilan kali ini membuatkan dirinya gemar bersolek dan dia mengakui pengalaman hamil anak kedua agak berbeza berbanding anak sulungnya.
Tasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya beserta foto terkini yang merakamkan wajah Tasha sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Terima kasih @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsigniture #26weekspregnant,” tulisnya.
Tasha yang kini hamil 26 minggu dan sudah masuk ke trimester kedua mengakui suami, Atiq Idris sentiasa membantunya menguruskan rumah tangga dan anak.
Menerusi ruangan komen juga, Tasha berkongsi sebelum ini mengidam untuk berlakon.
“Hari itu mengidam berlakon, dapatlah shooting lima hari. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.
Dalam pada itu, pengikut Instagramnya juga memuji Tasha kelihatan semakin cantik dan terserlah seri ibu mengandung.
Apa-apa pun ramai yang mendoakan agar kehamilan kedua Tasha berjalan lancar. Mommy sihat dan baby yang akan keluar nanti juga berada dalam keadaan baik.
Terdahulu, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander yang baru genap setahun April lalu.
Dalam diam rupanya pelakon, Uqasha Senrose mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli.
Berkongsi perkhabaran duka itu, akui Uqasha, ia disifatkan sebagai satu pengalaman perit dan menyedihkan buat dirinya dan suami.
Malah kongsi Uqasha lagi, keguguran kali pertama berlaku ketika dia mengalami tempoh haid yang panjang serta tidak mengetahui dirinya hamil ketika itu.
“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.
“Saya datang haid tak berhenti, mula-mula ingatkan hormon selepas kahwin dan saya biar sahaja.
“Semasa umrah bersama suami selepas kahwin saya tak dapat buat ibadah sangat. Kemudian semasa nak Pilihan Raya Umum ke-15 sekali lagi saya datang haid tak berhenti,” katanya berkongsi.
Risau dengan masalah haid yang luar biasa itu, isteri kesayangan Kamal Adli ini mendapatkan rawatan susulan dari doktor dan dari situnya keduanya baru mengetahui mengenai kehamilan sulung itu.
Kandungan berusia dua bulan kata Uqasha tidak dapat diselamatkan.
“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).
“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada,” katanya.
Sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha berkata dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa apatah lagi dia dan suami belum merancang untuk memiliki cahaya mata lagi.
“Mestilah sedih, siapa yang selepas kahwin tak nak ada anak. Bila dapat tahu mengandung masa itu tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi,” ujarnya berkongsi cerita.
Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
Bagi pejuang garis dua, pastinya pelbagai cara dan rutin dilakukan sebagai salah satu usaha untuk mempunyai zuriat sendiri. Namun perkara paling utama pastinya mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pun begitu, menurut perkongsian Dr Ramasamy Ramanthan, Perunding Sakit Puan dari Metro IVF, Klang, amalan dan rutin ‘douching’ perlu dielakkan sebagai salah satu usaha untuk hamil.
Amalan ini sedikit sebanyak mengganggu rutin semulajadi faraj sekaligus menjadi penyebab sukar hamil. Jadi elakkan!
Amat lazim dikalangan ibu yang merasa sedikit tidak selesa atau gatal pada Miss V terutama jika waktu hampir datang bulan.
Untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan ini, ada yang mengamalkan mencuci faraj dengan cecair lain atau lebih dikenali sebagai douching.
Perkataan douche berasal daripada perkataan Perancis bermaksud pancuran. Persoalannya : Adakah amalan ini baik untuk kesihatan Miss V terutama kepada pejuang dua garis?
Terdapat banyak kajian yang dijalankan mendapati wanita yang kerap douching boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Ini kerana pengunaan douching mengurangkan jumlah lendir servik dalam membantu sperma menuju kearah telur wanita untuk proses
persenyawaan.
Selain itu, wanita douching juga berisiko untuk mendapat jangkitan faraj kerana mengganggu keseimbangan semula jadi faraj boleh membunuh bakteria yang baik.
Ini akan menyebabkan peluang untuk hamil secara semulajadi menjadi semakin berkurang kerana jangkitan tersebut perlu dirawat terlebih dahulu untuk membolehkan ph faraj kembali kepada keadaan normal iaitu antara 3.8 hingga 4.5.
Douching selepas hubungan kelamin juga boleh menyebabkan kehamilan luar rahim (apabila telur yang disenyawakan diimplan ke dalam tiub fallopio)
Antara kajian yang menarik perhatian dimana 840 wanita yang telah berkahwin dipecahkan kepada 2 kumpulan dan perbandingan dibuat iaitu douchers dan tidak menggunakan douchers.
Kumpulan yang menggunakan douche secara purata mengalami 30% lebih sukar untuk hamil
Usia Peratus pengurangan peluang untuk hamil
18-24 tahun 50%
25-29 tahun 29%
30-39 tahun 6%
Penting untuk ketahui punca Miss V gatal:
• Jangkitan kuman
Keadaan ini berlaku apabila terdapat pertumbuhan kulat Candida dalam faraj yang menyebabkan keradangan, sakit ketika bersama atau sakit semasa buang air kecil
• Keputihan yang berbau
Kadangkala boleh bertukar warna kepada kuning dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
• Penyakit kelamin (STD)
Walaupun jarang berlaku, jangkitan kelamin (STD) ini disebabkan oleh parasit trichomoniasis. Di US, anggaran 3.7 juta orang di Amerika Syarikat dijangkiti oleh penyakit kelamin
• Penggunaan bahan kimia
Alat pencuci intim Miss V yang beralkali, mempunyai bauan yang kuat atau wanita
tersebut sendiri alah kepada bahan kimia yang tidak bersesuaian juga menjadi punca Miss V gatal
• Tompok putih yang nipis terbentuk pada vagina
Cara untuk mengurangkan kegatalan pada faraj
• Banyakkan minum air
• Kurangkan gula di dalam makanan dan minuman
• Mencuci faraj dengan bersih – cukup sekadar dengan air dan lap kering daripada depan faraj ke bahagian dubur
• Gunakan seluar dalam diperbuat daripada kain kapas kerana menyerap peluh dan mengurangkan jangkitan faraj.
Secara umum jangan melakukan douche jika mencuba untuk hamil atau sedang hamil kerana:
1. Wanita yang melakukan douche sekurang-kurangnya sekali sebulan adalah 30% kurang
berkemungkinan untuk hamil.
2. Douching sekurang-kurangnya sekali sebulan dikaitkan dengan peningkatan risiko bakteria
vaginosis (jangkitan faraj).
3. Douching meningkatkan risiko kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik adalah apabila telur
yang disenyawakan melekat pada bahagian dalam tiub fallopio dan bukannya rahim. Jika tidak
dirawat, kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Ia juga boleh menyukarkan wanita
untuk hamil pada masa hadapan.
4. Douching meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
5. Douching meningkatkan kemungkinan bayi mempunyai berat lahir rendah.
6. Douching meningkatkan risiko korioamnionitis iaitu jangkitan pada membran janin dan
cecair amniotik.
Tiada sebab tertentu untuk seorang wanita untuk melakukan douche. Faraj mampu membersihkan secara semula jadi dengan lendiran yang dihasilkan.
Lendir tersebut membasuh darah, air mani, dan keputihan. Jika bimbang tentang bau faraj, berbincanglah dengan doktor, tetapi harus tahu bahawa faraj yang sihat dan bersih juga mempunyai bau yang berubah sepanjang hari.
Aktiviti fizikal juga boleh menyumbang kepada bau faraj yang lebih kuat tetapi ini masih normal. Namun jika bau yang luar biasa atau terlalu kuat bermakna ada sesuatu yang tidak kena dan perlu berjumpa doktor.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.