Lima sekeluarga melalui detik mendebarkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, awal pagi tadi.
Memetik laporan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, kesemua mereka yang berumur empat hingga 40-an itu yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah malam.
“Orang awam yang melalui kawasan tersebut nampak si ayah menolak kereta dan cuba membantu tetapi gagal kerana air terlalu deras dan dalam. Kita selamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan di atas kereta itu kira-kira jam 3 pagi.
Ads
Ads
“Si ayah sudah hanyut ke tengah ketika itu dan pasukan berjaya menyelamatkan mangsa hampir dua jam kemudian. Kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.”
Ads
Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut berdepan dengan cabaran berikutan air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan arus itu.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki kita tak sama. Ada yang bersalin dengan penuh kesenangan tanpa rasa sakit berpanjangan namun ada pula yang terpaksa melalui tempoh yang lama sebelum bersalin. Semuanya rezeki dari Allah.
Janganlah kita berburuk sangka dengan bakal perawat, individu yang bakal menyelamatkan kita dan anak. Yakinlah dengan perancangan Allah. Itu sebaiknya. Benar perkongsian peribadi, OT, Pn Aisyah Rozalli ini yang berpengalaman melahirkan empat orang anak.
Kita doakanlah agar rezeki bersalin kita untuk diketemukan dengan perawat yang baik-baik. Mahukan doktor perempuan, maka kita berdoalah sebaiknya.
Tak perlu takut pun kalau bersalin hospital kerajaan. Empat kali saya bersalin sana, semua wanita yang sambut. Kali pertama dengan doktor wanita sebab kena operate.
Masa ni, doktor bius je lelaki. Tu pun, dia parking kat kepala saya je. Siap kenalkan diri, beritahu tugas dia. Bagus doktornya. Asyik remind saya selawat, zikir.
Siap zikirkan sama-sama sepanjang proses cser tu. Siap inform progress.
“Alhamdulillah, puan. Kepala baby dah nampak. Eh. Kaki pun dah keluar.”
Bila baby tak menangis, dia cakap, “Jom kita doa ye, puan. InshaaAllah baby tak apa-apa tu. Eh? Ha… Tu dah bunyi dia nangis.” Eh. Baik benau lah doktor lelaki tu.
Tiga kali yang lain, semua dengan jururawat perbidanan wanita. Elok-elok power semuanya. Muka relax je sambut baby. Bila saya cerita kat husband saya, husband saya kata, semua tu rezeki.
Kita tak susahkan perawat, Allah mudahkan kita bersalin. Allah bagi orang baik-baik yang jaga kita. Betul. Masa masuk operation theater untuk bersalin anak sulung, nurse yang bawa tu asyik bantu tutupkan aurat saya dengan selimut. Sebab kena buka tudung kan.
Senyum je semua nurse-nurse dan doktor-doktor yang saya jumpa. Tak pernahlah kena marah. Doktor lelaki yang datang untuk tanya-tanya tulis dalam record tu pun, elok je bahasanya. Nak check branula pun, minta izin dulu untuk sentuh.
Benda bersalin ni, rezeki. Kadang, kita dah plan nak doktor perempuan. Tiba-tiba, Allah takdir ada komplikasi, pakar yang ada hanya doktor lelaki.
Jadi, buat rakan-rakan yang merancang bersalin di hospital kerajaan, janganlah rasa takut. Doa banyak-banyak Allah mudahkan, dan Allah jumpakan kita dengan orang baik-baik je.
Awal-awal kita dah sangka buruk dengan bakal perawat yang kita jumpa pun belum lagi, macam mana kita nak dapat yang elok-elok kan. Sebab, mata dan mulut kita akan sentiasa mencari salah.
Yang rancang bersalin hospital swasta, kita usaha dan doa supaya Allah mudahkan perancangan kita. Kita rancang, Allah juga rancang. Perancangan Allah tu yang terbaik.
Saya doakan rakan-rakan yang sedang mengandung, merancang untuk mengandung, dan bakal bersalin Allah mudahkan proses mengandung dan bersalin tu.
Semoga Allah temukan kita semua dengan orang baik-baik sahaja. Semoga kita sihat. Semoga anak kita sihat. Semoga suami kita, tak rasa terbeban, tak rasa sedih, tak rasa kecewa dengan diri mereka bila ada yang mengata mereka dayus dalam keadaan mereka sebenarnya dah berusaha sedaya-upaya.
Orang lelaki ni, stress senyap-senyap. Bukan nak membebel, menangis macam kita tau. Doakan juga banyak-banyak untuk kemudahan suami kita menyediakan yang terbaik untuk kita dan anak-anak.
Saya doakan untuk kita semua. InshaaAllah.
P/S: Ni gambar postpartum anak sulung. Tu yang kurus tu. Lepas bersalin anak no. 2, no. 3 dan no. 4 pun saya masih kurus segera. Lepas wean off je anak no.4. Tu dia eh. Tiber banyak baju tak muat.
Rasanya baru je Mona Allen melahirkan anak sulungnya, Petra Pekin. Sedar tak sedar dah habis pun tempoh berpantang. Apa yang menarik perhatian, selepas melahirkan Petra pada 31 Ogos lalu, jelas kelihatan kegembiraan Mona setelah memegang status sebagai seorang ibu.
Mana taknya selepas menunggu empat tahun untuk mendapat Petra, pengalaman menjadi mommy daddy ini sesuatu yang sangat menyeronokkan bagi pemilik nama sebenar Muna Hafiraneza Allen dan suaminya Mohd Iznan atau mesra dipanggil Pekin.
Dari mula mengandung, saat melahirkan dan Petra dah ada depan mata, Mona akui ia adalah momen yang sangat bermakna. Hanya yang melalui sahaja faham.
Melalui perkongsian di instagramnya sebelum ini, walaupun tidur tak cukup, pengeluaran susu kurang di awal kelahiran namun Mona lalui dengan begitu enjoy tanpa rasa stres.
Apa yang boleh dipuji, Mona juga banyak belajar mengenai cara tidur dan memahami tangisan bayi untuk memudahkannya memahami apa yang sepatutnya dilakukan.
Terbaru di instagramnya juga, Mona turut berkongsi perubahan badannya selepas bersalin. Dah nampak dia kembali langsing selepas tamat tempoh berpantang.
Selain itu, Mona juga turut mengucapkan terima
kasih kepada confinement lady (CL) yang banyak membantu menguruskan dirinya dan Petra sepanjang dia berpantang.
“Thank you Kak Yanti CL saya atas semuanya. Dia yang bertungkus lumus menjaga Petra, menjaga rumah dan menjaga saya ketika dalam pantang .
“44 hari rasa sekejap je, hari ni akak dah nak balik . Rasa sedih nak berpisah. Mesti Petra rindukan akak. Terima kasih @anggun.confinementcare kerana hadirkan insan yang dapat meringankan beban saya. Service yang sangat bagus dan ianya tidak dapat dibayar dan diganti dengan duit. Tq so much,” tulisnya.
Bukan itu saja, dalam posting terkininya juga, Mona Allen dah mula berkongsi wajah anak kesayangannya.
Daripada apa yang dikongsikan itu, nampaknya baby Petra seiras mommy. Walaupun belum reveal sepenuhnya lagi, ternyata comel sangat Petra!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Insiden mencemaskan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersepit kakinya di eskalator. Kejadian ini bukan sahaja menggemparkan orang ramai, malah meninggalkan trauma kepada si kecil serta menjadi peringatan buat ibu bapa agar lebih berhati-hati setiap kali membawa anak menaiki eskalator.
Menurut saksi kejadian, Lukman Moidin yang juga seorang kaunselor, kasut getah yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut pada celahan hujung eskalator sehingga menarik sekali kaki si kecil. Situasi panik tercetus apabila mangsa menjerit kesakitan dengan darah kelihatan di lokasi. Mujurlah tindakan pantas orang awam yang berada di situ berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum kecederaan menjadi lebih parah.
Lukman yang menyaksikan sendiri kejadian itu berkata, ia merupakan pengalaman yang mengerikan. “Saya lihat sendiri kasutnya termasuk dalam celahan eskalator dan menarik sekali kakinya. Sampai sekarang saya masih terbayang keadaan darah di tempat kejadian dan jeritan kanak-kanak itu,” jelasnya.
Beliau menambah, kasut jenis getah dan bertali sangat berbahaya kerana mudah tersangkut pada bahagian penghubung eskalator. Risiko kecederaan lebih tinggi jika ibu bapa terleka di hujung eskalator kerana ia kawasan paling berisiko.
Sebagai peringatan, ibu bapa disaran agar lebih peka dengan langkah-langkah keselamatan berikut:
Pegang tangan anak – Jangan biarkan mereka berdiri sendiri tanpa pengawasan.
Dukung anak kecil – Untuk anak bawah lima tahun, lebih selamat dukung daripada biar berdiri.
Elakkan kasut getah & tali longgar – Kasut jenis ini paling mudah tersepit.
Arahkan anak berdiri di tengah – Jauhkan kaki dari tepi dan celahan eskalator.
Angkat anak di hujung eskalator – Pastikan kaki tidak mencecah bahagian akhir eskalator.
Jangan biar anak bermain – Ajar anak bahawa eskalator bukan tempat permainan.
Fokus sepenuhnya – Jangan leka dengan telefon atau barang lain ketika bersama anak.
Hakikatnya, lif adalah pilihan paling selamat buat anak kecil, terutama jika menggunakan stroller atau ketika membawa lebih daripada seorang anak. Walaupun insiden ini berakhir dengan kecederaan ringan, ia cukup menjadi pengajaran bahawa keselamatan anak tidak boleh dipandang ringan walau sesaat.
Ibu bapa, jadikanlah insiden budak 2 tahun tersepit kaki di eskalator ini sebagai peringatan. Ingat, keselamatan si kecil adalah amanah terbesar yang perlu kita jaga di mana sahaja mereka berada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!