Mudah Sangat, Bahan Pun Jimat, Kek Milo 3 Bahan Buat Anak-Anak Makan Tak Berhenti!

Share

Selain lauk pauk yang menjadi sajian buat anak-anak, kuih muih dan kek antara menu yang sentiasa di cuba saban hari untuk anak-anak sepanjang tempoh PKP ini. Kek antara menu yang buat anak-anak dan suami paling teruja. Mana taknya, baunya yang semerbak buat anak tertunggu-tunggu sepanjang waktu.

Bagi anda yang pertama kali hendak buat kek, atau tidak yakin untuk buat kek, Kek Milo Viral 3 bahan ini antara yang boleh disyorkan untuk di cuba. Biarpun rupanya kurang menjadi tetapi rasanya superb. Paling penting, kek yang satu ini paling senang nak disediakan.

Tiga bahan je.

Puan Noriza Awang Hamat yang baru pertama kali mencuba kek viral ini pun cantik kejadiaannya. Jom cuba. Nampak sedap dan gebu gebas.

Fuhhhhh..lega rasa kejadian memuaskan. Kek Milo 3 bahan yang dok viral dalam fb. Macam tak percaya je tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali Cik Za buat alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap, gebu dan lembut. Cik Kiah semua bila lagi nak mencuba.

Kek Milo 3 bahan

Bahan-bahan:
2 cawan milo
4 biji telur
2 sudu makan susu pekat

Semua diblander sampai sebati. Masukkan dalam bekas dan kukus selama 1 jam.

Ramai yang tanya tutup tak masa kukus kek tu.

 

Ye Cikza tutup dengan penutup mangkuk kaca tu tak bagi air menitik atas adunan. Disebabkan air menitik la kek tak naik dan menjadi bantat.


Kemudian tutup pengukus dengan penutup dia (tak perlu balut dengan kain dah).

Cuba jangan tak cuba!

IKLAN