Mudahnya Buat Roti Paratha Sosej Cheese, Hanya Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Makan Petang

Share

Bila duduk rumah ni, macam-macam makanan yang anak-anak minta dari mama. Sampaikan kering idea mama nak masak apa lagi untuk mereka. Kalau mama dah buntu jom buat Roti Paratha Sosej Cheese ini, jangan risau hanya gunakan bahan yang mudah sahaja.

 

Tengok haritu orang buat nampak sedap sangat,so kita pun try lah.
Resepi kita selit sekali lagi 🤗

Roti Paratha Sosej Cheese .

Bahan-bahan
– roti paratha
– sosej
– cheese keping
– kuning telur (untuk di sapu pada roti paratha)

Cara-cara

– potong roti paratha macam dalam gambar


– letak kan cheese dan sosej lepastu gulung macam dalam gambar


– sapu kan kuning telur


– bakar dengan AF pada suhu 190c selama 7-10 minit . Nak guna oven pun boleh .

**Roti paratha cepat lembut,jadi sy buat sekeping² dan masuk dalam peti ais semula,nak buat lagi keluarkan semula .

Kredit: Izz Aishah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN