Muffin Raya Gebu Gebas, Resipi Super Senang, Anak Makan Berebut!

Share

Selain kek dan puding, muffin juga tidak ketinggalan hebatnya di hari raya. Muffin raya cute yang disediakan oleh cikgu masakan popular, Azlina Ina Fans ini paling mudah hendak disediakan.

Bukan hanya mudah bahkan muffin raya ini cukup gebu, lembut dan lembap. Lagi nikmat bila ketika makan panas-panas. Jom sediakan untuk anak-anak kita.

 


Bahan-bahan:
4 biji telur
esen vanila
1 cawan gula mana yg suke manis tambah lg
1 cawan butter di cair kan
1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat
klau xde boleh pakai tepung gandum ek plus 1sk soda bikarbonat dan 1 sk baking powder (ayak)
1/2 cawan serbuk koko/milo
1/2 cawan tepung susu
1sk serbuk coffee
1/4 cawan air panas

Satukan telur, gula esen vanila kacau guna senduk je senang.

Tambah butter di cair kan tadi dan kacau lagi.

Tepung elok ayak dulu ek, masuk tepung kacau rata.

Last serbuk koko dan coffee pun kacau rata.

Masuk air panas dan kacau rata siap.

Isi 3/4 cup muffin yang korang suka, tabur coklat chip atau badam ikut suka. Panas kan oven, set masa 25-30 minit bakar suhu 170 api atas bawah.

Siap hidang. Selamat hari raya.

Resipi wajib cuba: Resipi Mee Kuah Bebas Msg Tapi Power, Sedap Gerenti Jadi!

IKLAN