Ramai yang bertanya tentang bagaimana upah asuhan anak jika tidak dihantar kerana tempoh PKP. Menurut laman rasmi facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, pembayaran haruslah dibuat setakat perkhidmatan yang diberikan sahaja namun ibu bapa dan pengasuh haruslah berbincang dengan baik agar tidak berlaku sebarang salah faham.

Mufti Perak – Pengasuh, Tadika, Taska Tidak Boleh Kenakan Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Diberikan

Mufti Perak – Pengasuh, Tadika, Taska Tidak Boleh Kenakan Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Diberikan

Ibu bapa, pengusaha taska dan pusat pendidikan di Perak dinasihatkan merujuk perjanjian lisan atau bertulis antara mereka bagi menangani isu bayaran upah atau yuran yang perlu dilunaskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara itu penting supaya dua pihak itu reda hasil rundingan awal yang dibuat.

IKLAN

Menurutnya, sebarang perkhidmatan disediakan pihak berkenaan juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan dikemukakan pihak berwajib yang perlu dipatuhi selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.

“Isu memberi dan membekalkan perkhidmatan merupakan unsur utama serta penting dalam sesuatu kontrak yang dimeterai antara pihak berkenaan. Pelaksanaan PKP antara faktor yang tidak terduga dan memberi kesan kepada perkhidmatan.

“Bagi menjamin perkhidmatan boleh dilaksanakan kepada pelanggan, pengasuh dan pengusaha perkhidmatan boleh membekalkan perkhidmatan mereka dengan pelbagai mekanisme seperti kaedah dalam talian. Penyediaan perkhidmatan dan penjualan produk adalah asas kepada transaksi muamalat,” katanya dalam kenyataan rasmi tersebut.

IKLAN

Jabatan Mufti Perak melihat pihak pembayar dan pembekal perkhidmatan perlu memberi perhatian terhadap sebarang syarat, terma, perjanjian, persetujuan dan perbincangan terhadap sesuatu kontrak bagi mewujudkan keredaan kedua-dua pihak tanpa menimbulkan anasir negatif seperti ketidakadilan dan ketidakjelasan dalam urusan mualamat.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai melihat penjelasan hukum yang dikeluarkan dari sudut positif dan tidak emosional dalam membuat penilaian.

Selain itu, pengusaha perkhidmatan atau pengasuh perlu mengambil langkah menang-menang bersama ibu bapa melalui perbincangan dalam menentukan keadilan kepada pihak yang terlibat.

IKLAN

“Pihak ibu bapa dan penjaga juga perlu mengelakkan sifat terlalu berkira dan bersikap tolak ansur dengan mengambil kira jasa serta pengorbanan pengasuh dan pengusaha perkhidmatan terhadap anak-anak.

“Pengasuh dan pengusaha perkhidmatan berkaitan juga perlu membuat persediaan kewangan dengan mewujudkan dana rizab dan simpanan untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka ketika keadaan tidak diduga,” jelas kenyataan tersebut.

Jabatan Mufti Perak memaklumkan penjelasan yang dikeluarkan itu setelah meneliti komen netizen menerusi paparan jawapan menerusi Facebook sebelum ini berkaitan bayaran upah mengasuh anak sama ada perlu dibayar penuh sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti yang disiarkan pada 30 Mac lalu.

Sumber: Sinar Harian 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI