Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Persediaan banjir untuk ibu-ibu mengandung, panduan lengkap. Musim banjir boleh menjadi satu cabaran besar bagi semua, terutamanya bagi ibu-ibu mengandung. Keadaan ini memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi untuk memastikan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan.
Berikut dikongsikan langkah-langkah persediaan khusus bagi ibu-ibu mengandung untuk menghadapi musim banjir.
Mengapa Persediaan Tambahan Penting bagi Ibu Mengandung?
Ibu mengandung memerlukan perhatian khas kerana keadaan fizikal dan kesihatan mereka yang lebih sensitif. Dalam situasi banjir, mereka mungkin menghadapi:
*Risiko kesihatan seperti jangkitan kuman daripada air banjir.
*Kesukaran bergerak untuk berpindah ke tempat selamat.
*Kekurangan akses kepada keperluan perubatan seperti pemeriksaan rutin atau rawatan kecemasan.
Oleh itu, persediaan awal adalah kunci untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu serta bayi.
Langkah-Langkah Persediaan Sebelum Banjir
1.Sediakan Beg Kecemasan Ibu Mengandung
Pastikan beg kecemasan khas disediakan dengan barang berikut:
*Kad kesihatan ibu mengandung.
*Vitamin pranatal dan ubat-ubatan yang diperlukan.
*Pakaian selesa termasuk pakaian bersalin.
*Tuala wanita untuk kegunaan selepas bersalin, sekiranya diperlukan.
*Barangan bayi seperti lampin, pakaian bayi, dan selimut.
2.Kenal Pasti Hospital Berdekatan
Cari lokasi hospital, klinik, atau pusat bersalin yang terdekat dengan kawasan kediaman anda. Pastikan anda tahu laluan selamat untuk ke sana semasa banjir.
3.Rancang Pemindahan Awal
Jika kawasan kediaman anda sering dinaiki air, buat perancangan untuk berpindah lebih awal sebelum keadaan menjadi kritikal.
4.Maklumkan Kepada Ahli Keluarga
Beritahu keluarga anda tentang keadaan semasa kehamilan dan sebarang keperluan khas. Ini akan membantu mereka bersedia untuk membantu anda semasa kecemasan.
5.Simpan Nombor Kecemasan
Pastikan anda mempunyai nombor telefon penting seperti hospital, ambulans, dan pihak berkuasa tempatan.
Langkah-Langkah Semasa Banjir
Jangan Panik
Kekal tenang dan fokus pada keselamatan anda. Elakkan melakukan pergerakan yang membebankan tubuh.
Pindah ke Tempat Selamat
Sekiranya diarahkan, segera pindah ke pusat pemindahan yang disediakan. Pilih lokasi yang mempunyai kemudahan perubatan.
Bawa Beg Kecemasan
Jangan lupa membawa beg kecemasan yang telah disediakan. Pastikan dokumen kesihatan seperti rekod pemeriksaan kehamilan sentiasa bersama anda.
Minum Air Bersih
Kekal hidrasi dengan meminum air bersih. Elakkan meminum air yang tercemar kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti cirit-birit.
Jaga Kebersihan
Pastikan kebersihan diri terjaga, terutama di kawasan sensitif, untuk mengelakkan jangkitan.
Langkah-Langkah Selepas Banjir
Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Selepas banjir reda, kunjungi klinik atau hospital untuk pemeriksaan kehamilan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi.
Pantau Tanda-Tanda Bahaya
Segera dapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda seperti sakit perut yang luar biasa, pendarahan, atau kurang pergerakan bayi.
Pastikan Rumah Selamat
Sebelum kembali ke rumah, pastikan ia bersih daripada sisa banjir dan selamat untuk diduduki.
Persediaan banjir bagi ibu-ibu mengandung memerlukan perhatian khas untuk memastikan keselamatan mereka dan bayi dalam kandungan. Dengan perancangan awal, kesedaran, dan kerjasama keluarga, risiko semasa musim banjir dapat dikurangkan. Ingatlah bahawa kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi adalah keutamaan utama dalam situasi kecemasan seperti ini.
Rasanya baru je Mona Allen melahirkan anak sulungnya, Petra Pekin. Sedar tak sedar dah habis pun tempoh berpantang. Apa yang menarik perhatian, selepas melahirkan Petra pada 31 Ogos lalu, jelas kelihatan kegembiraan Mona setelah memegang status sebagai seorang ibu.
Mana taknya selepas menunggu empat tahun untuk mendapat Petra, pengalaman menjadi mommy daddy ini sesuatu yang sangat menyeronokkan bagi pemilik nama sebenar Muna Hafiraneza Allen dan suaminya Mohd Iznan atau mesra dipanggil Pekin.
Dari mula mengandung, saat melahirkan dan Petra dah ada depan mata, Mona akui ia adalah momen yang sangat bermakna. Hanya yang melalui sahaja faham.
Melalui perkongsian di instagramnya sebelum ini, walaupun tidur tak cukup, pengeluaran susu kurang di awal kelahiran namun Mona lalui dengan begitu enjoy tanpa rasa stres.
Apa yang boleh dipuji, Mona juga banyak belajar mengenai cara tidur dan memahami tangisan bayi untuk memudahkannya memahami apa yang sepatutnya dilakukan.
Terbaru di instagramnya juga, Mona turut berkongsi perubahan badannya selepas bersalin. Dah nampak dia kembali langsing selepas tamat tempoh berpantang.
Selain itu, Mona juga turut mengucapkan terima
kasih kepada confinement lady (CL) yang banyak membantu menguruskan dirinya dan Petra sepanjang dia berpantang.
“Thank you Kak Yanti CL saya atas semuanya. Dia yang bertungkus lumus menjaga Petra, menjaga rumah dan menjaga saya ketika dalam pantang .
“44 hari rasa sekejap je, hari ni akak dah nak balik . Rasa sedih nak berpisah. Mesti Petra rindukan akak. Terima kasih @anggun.confinementcare kerana hadirkan insan yang dapat meringankan beban saya. Service yang sangat bagus dan ianya tidak dapat dibayar dan diganti dengan duit. Tq so much,” tulisnya.
Bukan itu saja, dalam posting terkininya juga, Mona Allen dah mula berkongsi wajah anak kesayangannya.
Daripada apa yang dikongsikan itu, nampaknya baby Petra seiras mommy. Walaupun belum reveal sepenuhnya lagi, ternyata comel sangat Petra!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bila jadi seorang ibu, boleh dikatakan semua peranan kita boleh jadi. Kita lah tukang masak, jadi cikgu, bertugas jadi warden arahkan anak tidur atau bangun tidur dan banyak lagi kita boleh jadi.
Salah satunya kita boleh bertukar jadi Tarzan atau singa kalau anak-anak dah di luar kawalan. Suara boleh capai not paling tinggi bila cakap anak tak dengar kata. Bila dah keluar suara ‘besar’ ni, barulah anak-anak behave.
Begitu juga seperti yang dikongsikan oleh penyanyi cantik, Adira Suhaimi di laman Instagramnya. Memang lucu tengok Adira cuba menyuruh anak-anak untuk duduk diam, tapi semuanya tak dengar arahan. Semuanya dengan perangai masing-masing.
Akhirnya, Adira telah mengeluarkan suara tingginya memanggil Anggerik. Kebanyakan yang menonton video itu boleh ‘relate’ dengan perkongsian Adira ni. Memang semua ibu pernah melalui situasi yang sama.
Rata-rata yang meninggalkan komen memahami situasi Adira serta berkongsi pengalaman yang sama;
Bukan mudah nak handle anak yang ramai, apatah lagi semuanya masih kecil. Waktu kecil ni memang pening sikit, tapi dah besar nanti seronok ada keluarga besar!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.