Kaum Melayu paling ramai lahirkan bayi. Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran pada suku kedua tahun ini berbanding 112,197 kelahiran pada tempoh sama tahun lalu.
Kaum Melayu Paling Ramai Lahirkan Bayi
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran.
Beliau berkata nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku kedua 2024,” katanya.
Mohd Uzir berkata, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 324 kelahiran.
Beliau berkata, etnik Melayu menyumbang 67.4 peratus atau 67,859 kelahiran hidup daripada jumlah keseluruhan pada suku kedua 2024 berbanding 67.1 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.
Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India pula masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus bagi suku kedua 2023,
Sementara itu, Bumiputera lain mencatatkan peningkatan kelahiran hidup kepada 12.9 peratus berbanding 12.5 peratus untuk tempoh sama.
Ads
Mohd Uzir berkata, sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku kedua 2024, iaitu penurunan 5.4 peratus berbanding 51,234 kematian bagi tempoh sama 2023.
Katanya Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,459 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 65 kematian.
Secara purata, Mohd Uzir berkata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 538 kematian sehari pada suku kedua 2024.
Beliau berkata, penduduk Malaysia pada suku kedua tahun ini meningkat 1.9 peratus iaitu 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada suku kedua 2023.
“Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta warganegara dan 3.4 juta bukan warganegara,” katanya.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk bekerja berumur 15-64 tahun dan penduduk tua berumur 65 tahun ke atas masing-masing meningkat kepada 23.9 juta dan 2.6 juta, berbanding 23.3 juta dan 2.5 juta pada suku kedua tahun lalu.
Tahniah diucapkan buat pelakon cantik manis, Che Puan Juliana Evans yang selamat melahirkan bayi perempuan keduanya hari ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri menerusi Instagramnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans meluahkan rasa teruja serta bersyukur atas kelahiran anak keduanya itu.
“Kelahiran adalah sebuah permulaan paling mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seorang wanita.
“Alhamdulillah saya kini seorang ibu kepada dua orang anak,” tulisnya dikapsyen.
Menerusi entri yang sama juga, Che Puan Juliana juga turut memuat naik beberapa keping gambar dan video bayi comelnya ketika kelahiran.
Dalam hantaran yang sama, turut kelihatan suaminya yang berada sisi ketika proses kelahiran bayi mereka.
Rakan-rakan selebriti dilihat turut mengucapkan ucapan tahniah atas kelahiran kedua itu.
Selain dikurniakan anak, satu lagi kegembiraan adalah apabila dapat timang cucu. Walaupun sudah masuk cucu yang ketiga, artis versatil, Didie Alias teruja dengan kelahiran cucunya yang baru yang diberi nama Hannah Jasmine.
Berita gembira itu dikongsikan Didie apabila memuat naik beberapa keping foto cucunya itu di akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum Semua
“My Name is Hannah Jasmine..
“I’m Nanny D 3rd granddaughter
“Welcome to the world cucu nanny ‘Kamsahamnida’,” tulis Didie di kapsyen.
Pada ruangan komen, Didie menyatakan bahawa Hannah Jasmine merupakan zuriat pertama anak perempuan keduanya, Nur Dinie Ridzuan Hashim.
Perkhabaran itu juga mendapat respon daripada warganet, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pelakon drama Cukup Derita Itu selain memuji kecomelan cucu Didie.
Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon RIdzuan Hashim, perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
Setelah berpisah pada tahun 2000, Didie bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Norisham Ismail. Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan yang kini berusia 6 tahun.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Shila Amzah ‘tayang’ wajah anak kedua, Rhea Akira banyak ikut muka Ubai tapi dagu ‘milik’ mamanya. Shila Amzah selamat bersalin anak perempuannya pada 9 Mei 2024. Hari ini genap sebulan Shila melahirkan anak keduanya itu.
Shila Amzah ‘Tayang’ Wajah Anak Kedua
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Shila mendedahkan wajah anak keduanya buat pertama kali. Perkongsian itu menarik perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan pipi gebu dan dagu yang memang ‘sebiji’ seperti mamanya.
Assalamualaikum aunty and uncle Hari ni genap @rheaakiraa Sebulan, Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya
Nota kaki: Gambar tutup mata gambar latest nak 4kg dah, Gambar sebelah tu baru lahir 2.84 Kg. Muka banyak ikut papa dia @ubaimz , Tapi dagu tetap milik mama, – tulis Shila diruangan kapsyen.
Selain mendapat perhatian daripada warga maya, perkongsian Shila juga turut mencuri perhatian rakan artis. Berikut antara komen rakan artis dan juga warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain, Shila turut berkongsi keterujaannya sudah sebulan menjalani tempoh berpantang.
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.