Beberapa hari yang lalu pelakon Tasha Shila berkongsi kepada umum tentang berita kehamilannya yang kini sudah berusia lima bulan di Instagram.
Memetik pula laporan daripada BH Online, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui bersyukur dan gembira dengan rezeki Allah SWT. Baginya ini adalah saat yang paling dinantikan setelah 10 bulan mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah, inilah detik yang paling saya nantikan selepas mendirikan rumah tangga. Saya dan suami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami. Syukur, kami bakal menimang cahaya mata, tidak lama lagi.
Dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya pada April tahun depan, pelakon yang popular menerusi drama Gemilang dan Rindu Bertemu Di Abu Dhabi itu masih belum bersedia mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti.
Ads
“Biarlah menjadi kejutan, saya simpan dahulu rahsia. Hanya saya, suami dan keluarga sahaja tahu.
Tambah Tasha Shila lagi, kehamilannya juga berada dalam keadaan terkawal dan memasuki usia kandungan di trimester kedua, dia kini mula mengindam nak makan nasi lemak waktu pagi.
“Setakat ini, semuanya dalam keadaan terkawal. Cuma, memasuki trimester kedua ini, saya mula mengidam nak makan nasi lemak pada waktu pagi.
Ads
“Mujurlah, tidak mengidam benda pelik,” katanya lagi.
Tasha dan suaminya Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari lalu.
Semoga dipermudahkan semuanya buat Tasha Shila. Bila mengandung ni setiap orang ada ceritanya sendiri, mengidam tu salah satu daripadanya. Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk Tasha dan bayi dalam kandungan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira empat bulan lagi, pasangan Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata ketiga.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin mendedahkan isterinya, Datin Almy Nadia mengalami alahan kepada bau-bauan dan makanan sehingga sekarang.
Sarat hamil lima bulan, Almy dijangka melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 22 Disember ini.
“Bayangkan dia mengalami alahan dengan bau busuk, bau wangi dan bau makanan. Sejak mengandung ini, Almy makan sedikit sahaja.
“Sebagai suami, ia memberi kerisauan kepada saya kerana berat badannya juga tidak konsisten,” kata Fizz.
Dalam pada itu, Fizz turut mendedahkan berat badan Almy turun mendadak iaitu daripada 80 kilogram sehingga 70 kilogram.
“Berat badan Almy kena kekal dalam lingkungan 80 kilogram, kalau tidak, ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam perut.
“Walaupun Almy masih mengalami alahan tetapi dia tetap berkeras ingin menjaga sendiri dua puterinya,” jelasnya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pasangan itu turut memiliki dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.
Sumber: ig Fizz Fairuz & Almy Nadia/astro gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu sebenarnya boleh mengelakkan bayi dalam kandungan terkena alergi selepas lahir. Lakukan empat perkara ini masa mengandung sebagai usaha awal.
Ramai yang berpendapat pemakanan yang sarat dengan makanan pencetus alergi pada trimester terakhir menjadi penyebab utama si kecil yang di kandung mendapat reaksi alergi sejurus selepas lahir. Betul ke?
Menurut Dr Dharmini Veerakumaran, pakar perbidanan dan sakit puan Kelana Jaya Medical Centre, belum ada penyelidikan dan kajian yang 100% membuktikan kenyataan ini. Ibu yang hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam piramid makanan. Tidak perlu mengubah terlalu banyak dan mengambil setiap makanan yang baik dalam kuantiti yang sederhana sahaja walau pun ia baik untuk anda dan bayi.
Alahan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alahan yang disebabkan oleh seperti pemakanan, pernafasan, kulit, logam atau ubat-ubatan. Ia disebabkan oleh faktor yang dipanggil allergen. Apabila terdedah kepada allergen, reaksi alergi akan berlaku.
SEJARAH KELUARGA
Bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah keluarga yang alergi terhadap sesuatu allergen perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Alergi sememangnya boleh diwarisi dalam keluarga. Apabila tahu, maka anda akan lebih bersedia menghadapinya dan akan berhati-hati untuk memperkenalkan makanan tersebut apabila dia mencecah usia enam bulan. Bagi golongan yang berisiko, persiapkan diri untuk penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu adalah usaha terbaik untuk menghindari masalah alahan pada si kecil.
MAKAN KUANTITI SEDERHANA
Sesetengah ibu mengambil makanan yang berkhasiat sehingga memudaratkan sehingga menyebabkan keracunan toksin. Sebagai contoh ikan salmon yang kaya dengan omega 3 dan vitamin A. Mustahak untuk memastikan sajian yang diambil tidak terlalu banyak.
Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keracunan merkuri.
Begitu juga vitamin A, D, E dan K perlu diambil dalam kuantiti minimum. Hal ini kerana vitamin-vitamin tersebut adalah jenis yang berasaskan minyak dan akan disimpan oleh hati apabila terlalu banyak dan tidak diguna oleh tubuh seterusnya menyebabkan keracunan toksik. Hal ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti kesihatan bayi yang di kandung apabila lahir kelak.
JAUHI ASAP ROKOK DAN ELAK JADI PEROKOK SEKUNDER
Bagi ibu yang pernah merokok, suami atau ahli keluarga perokok atau pun selalu terdedah kepada asap rokok, hal ini akan menyebabkan bayi lahir kurang berat badan dengan paru-paru tidak matang.
Walau pun hal ini tidak berkaitan dengan alergi si manja, kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah alergi dan terdedah kepada asap rokok akan mempunyai risiko besar untuk mendapat allergic rhinitis apabila dia mencecah usia setahun.
Para perokok yang merancang untuk hamil harus berhenti merokok sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Nikotin yang ada dalam darah ibu boleh masuk ke dalam darah bayi menerusi plasenta dan ini boleh mengancam paru-paru dan meningkatkan risiko asma dan kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).
MAKANAN KAYA PROTEIN
Pengambilan diet yang kaya protein amat disarankan. Protein yang tinggi akan membina imuniti badan. Hal ini kerana sel-sel antibodi terdiri daripada protein. Kemungkinan besar ini adalah cara yang boleh digunakan oleh para ibu untuk mengurangkan risiko alergi pada si kecil apabila lahir. Daging tanpa lemak dan ikan adalah contoh makanan yang boleh diambil oleh mama hamil untuk menguatkan antibodi bayi.
SUMBER VITAMIN
Bakal ibu juga perlu mendapat sumber vitamin secukupnya daripada sumber semula jadi. Ia lebih baik berbanding pil atau kapsul lebih segar dan lebih mudah diproses tubuh terutama sekali vitamin C yang menguatkan pertahanan tubuh daripada penyakit dan alahan.
Pengambilan vitamin pranatal oleh secara berterusan seperti yang diarahkan oleh doktor memberikan manfaat membina tubuh bayi yang sihat. Vitamin pranatal mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu untuk perkembangan tubuh sendiri dan janin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Mawar Rasid mendedahkan bahawa dia telah hamil anak kedua melalui postingnya di instagram. Disebalik berita gembira tersebut, dia turut memohon doa ramai agar kandunganya membesar dengan sempurna dan selamat.
Alhamdulillah.. Syukur.. doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.
Menurutnya lagi, kehamilan kali ini agak mencabar berbanding kehamilan pertama. Dia diuji dengan alahan teruk sehingga terganggu aktiviti seharian. Tambahnya lagi, dia turut berehat daripada melakukan Tik Tok Challenge dan kerja-kerja lain.
Doakan Mawar jugak tau.. kalini alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi x larat.. sorry gais.. bnyk lagi nak buat challenge2 lain dan kerja lain2.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni
Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raden Faizal Ahmad Yaakob (Raf Yaakob) pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Raden Rafael Raf, 1 tahun 3 bulan. Selain itu Mawar turut menjaga dua anak suaminya iaitu Raden Ahmad Rayyan, Raden Seri Raysaa Chanela.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat Raden Rafael (Raden) mengigit perut apabila Mawar menyuruh anaknya itu mencium bakal adik. Comel habis!
Mawar masih lagi rahsiakan usia kandungan dan jantina bayinya. Ramai yang mendoakan kesihata ibu dan bayi termasuklah rakan artis. Rata-rata teruja dengan berita gembira ini dan tak sabar menunggu kelahiran baby Raden.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Ramai yang hanya mula mengambil berat tentang kesihatan selepas mengalami masalah seperti kolesterol tinggi, diabetes, gout, dan...