Benda nak jadi sekelip mata. Ibu ayah yang ada anak kecil, walaupun dalam rumah sendiri, jika tak berhati-hati sekejap saja boleh berlaku perkara tak diingini. Sama ada kesilapan itu dari ibu bapa atau anak-anak kecil yang mula nak meneroka.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Dr. Syaz, Pegawai Perubatan Oftalmologi, baru-baru ini dapat satu kes anak 2 tahun terkena gam di bahagian mukanya sehingga menyebabkan mata tak boleh buka dan perlu dilakukan pembedahan sebagai jalan penyelesaiannya.

Mata anak terkena gam 

Pada satu malam hari minggu, menerima panggilan dari jabatan kecemasan. Seorang budak 2 tahun terkena gam 3 saat (yang banyak jual dekat Mt.DIY tu). Habis satu muka kene katanya, mata tak boleh bukak langsung. Hmmm…pertama kali ni dapat kes macam ni. Lantas pesakit diarahkan datang ke wad mata untuk diperiksa.

Muka Anak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat! Terpaksa Operate Buang Gam Pada Mata

Sejarah pesakit diambil dari ibunya, ketika si ibu melakukan kerja di rumah, dia panjat kerusi nak pasang hiasan pada rumahnya. Anaknya girang bermain di kerusi ibunya, memegang kerusi tak nak ibunya jatuh. Tanpa sedar gam 3 saat yang dipegang ibu tertumpah ke bawah dan terkena pada seluruh muka anaknya. Allahuakbar, pantas ibu membasuh muka anaknya dan dibawa terus ke hospital. Namun gam 3 saat memang susah nak hilang,terkena kulit tangan kita pun ia cepat mengeras dan sangat sukar dicuci, apatah lagi kena pada kulit muka dan mata.

Bulu mata terpaksa dipotong

IKLAN

Ketika melakukan pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lain. Namun kekuatan gam itu benar-benar terbukti, tiada hasil. Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah. Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata,kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak.

***Antara tips hilangkan kesan gam ini pada kulit ialah dengan basuhan air suam + sabun atau gunakan gel petroleum(seperti Vaseline). Tapi sebab dekat mata, kami gunakan yang khas dibuat untuk mata supaya tidak pedih jika termasuk dalam mata.

Keesokannya, si ibu datang dengan wajah muram. Mata anaknya masih tidak terbuka. Gam pada pipi dan muka nampak menipis dan tertanggal, namun pada matanya sama sahaja. Perkara ini tidak boleh dibiarkan lama, kerana kanak-kanak jika dibiarkan kedua-dua mata tertutup pada tempoh yang lama, ia boleh menjadi punca kepada mata malas, mengakibatkan penglihatan yang kurang sempurna seumur hidupnya.

Terpaksa bius penuh untuk jalani pembedahan

IKLAN

Keputusan dibuat untuk melakukan pembedahan secara bius penuh, keluarga setuju. Alhamdulillah, dalam dewan bedah lebih mudah untuk buang gam pada matanya, kerana pesakit sudah tidak meronta-ronta. Ada kecederaan pada dalam mata juga kerana gam tersebut masuk ke dalam matanya , tak sempat anak itu nak tutup mata sebab tiba-tiba tertumpah atas mukanya. Alhamdulillah pesakit semakin sembuh.

Muka Anak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat! Terpaksa Operate Buang Gam Pada Mata

Sebagai peringatan bersama, perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malang tidak berbau. Sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja dengan gam gajah/gam 3 saat(superglue) terutama apabila ada kanak-kanak di sekeliling.

IKLAN

*Gambar pesakit sebenar, keizinan lisan telah diambil dari ibu pesakit untuk peringatan bersama

Kredit: Dr. Syaz
Pegawai Perubatan Oftalmologi

Muka Anak 2 Tahun Terkena Gam 3 Saat! Terpaksa Operate Buang Gam Pada Mata

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI