Gambar hiasan (14)

Mata membengkak, hidung berdarah antara tanda awal si kecil ini. Beberapa bulan sel kanser menggganas, tubuh yang dulu lincah dan aktif kini lemah tidak lagi bertenaga.

Si kecil Muhammad Shah Daniel, 1 tahun 10 bulan berjuang melawan kesakitan. Hanya tangisan meluahkan kesakitan yang dirasai.

Left Sinonasal Embryonal Rhabdomyosarcoma With Orbital Extension, itulah nama penyakit yang bersarang dalam tubuh anak kecil ini. Ibu mana yang sanggup melihat anak yang dilahirkan menderita dalam keadaan yang amat memilukan.

Ibunya, Nur Shahira sempat berkongsi tanda-tanda awal kanser yang menyerang Daniel. Ia adalah sejenis kanser otot di mana pada peringkat awal mata Daniel sering dilihat membengkak manakala hidungnya berdarah.

Muka Bengkak Mata Tersembul, Tiada Lagi Harapan Sembuh. Hanya Doa Kekuatan Daniel

“Seingat saya ketika berumur 9 bulan Daniel mula menunjukkan tanda-tanda ini. Namun saya tidak menyangka ia adalah sesuatu yang amat serius. Pertama kali diberitahu doktor saya hilang arah. Mulanya tak boleh nak terima. Entahlah, tak tahu nak cakap apa,” kata Shahira yang dihubungi Pa&Ma.

IKLAN

Menurut Shahira, ketumbuhan pada wajah Daniel agresif dan membesar dengan pantas sejak Jun lalu.

Muka Bengkak Mata Tersembul, Tiada Lagi Harapan Sembuh. Hanya Doa Kekuatan Daniel

MERENGEK KETUK-KETUK MUKA

Sebagai ibu, Shahira melakukan yang terbaik buat permata hatinya. Setiap hari dialah yang menjaga dan menguruskan. Cuma sejak akhir-akhir ini anaknya sudah tidak aktif lagi. Dengan ketumbuhan yang semakin membesar, anak kecil ini kini hanya berbaring dan tidur tidak bermaya.

IKLAN

“Sebelum ini dia aktif macam budak-budak lain. Tapi akhir-akhir ini Daniel main baring je dan tidur. Dia semakin kurang minum mkn pon kurang. Apabila sakitnya datang dia akan merengek dan mengetuk-ngetuk muka kuat-kuat dengan,” kata Shahira yang tidak tega melihat penderitaan anaknya.Tambah si ibu, Danel kini tidak lagi mampu ketawa.

RAWATAN SUDAH HABIS

Apa yang menyedihkan Shahira ialah rawatan yang diterima anaknya sudah pun berakhir. “Rawatan sudah habis. Kimoterapi Daniel juga sudah complte. Tiada apa-apa lagi rawatan untuk Daniel selepas ini,” ujar Shahira perit namun pasrah dengan ketentuan Allah.

IKLAN

PERLU SIAP SEDIA USIA TAK PANJANG

“Doktor cakap saya kena bersiap sedia menerima andai kata umur dia tak panjang. Keadaannya sudah dalam kategori kritikal. Sebab dah tak bole nk buat apa lagi. Tiada rawatan tiada de ubat untuk merawat Daniel. Sekarang ini sebulan sekali hanya ke hospital untuk rawatan susulan biasa.

Sebagai ibu, jauh disudut hati, tetap mahukan yang terbaik untuk anaknya. “Harapan saya cuma nak Daniel saya sembuh sprti dulu. Itu je harapan dan inginkan untuk Daniel. Tak sanggup lagi lihat dia kesakitan dan menderita” kata Shahira penuh harapan.

Artikel berkaitan:[ Ingatkan Sakit Perut Biasa, Rupanya Ada Ketumbuhan. Doktor Sahkan Anak Ada Kanser Yang “Rare”] [Menangis Luah Kesakitan. Kerap Demam & Sakit Kepala, Rupanya Husna Derita Kanser Neuroblastoma]

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI