Hebat anak ini! Dari seorang kanak-kanak biasa, kini rezeki yang dianugerahkannya cukup luar biasa sekali. Membesar dalam persekitaran yang positif dan dikelilingi oleh orang yang hebat sejak kecil buatkan anak ini layak mendapat pujian.
Seawal usia 9 tahun, adik Haikal Firdaus yang berasal dari negeri Johor mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa. Kita yang dewasa pun belum mampu tapi anak sekecil ini dah berjaya buktikan.
Kelebihan dia ialah 30 juz Al-Quran dalam kepala. Dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, sejak bila adik Haikal ni mula hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin hafal Quran?
Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal ialah cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal Al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri,
Ads
Aktiviti Harian Dia ialah :
Bangun pada 5.00 pagi, ambil wuduk dan solat, lepas solat dia baca Al-Quran satu juz hingga masuk waktu Subuh. Waktu pagi pergi ke sekolah agama lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40.
Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 juz.
Ibu mana yang tidak menitiskan air mata melihat anak sendiri menangis kesakitan. Namun inilah yang dilalui setiap hari apabila anak kecil ini disahkan mengalami kanser otak dan ketumbuhan di buah pinggang selepas 21 hari dilahirkan.
Selepas pembedahan ketiga bulan lalu, bayi berusia tiga bulan yang menderita kanser otak tahap 4 dan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kirinya akan menjalani pembedahan terbaru bulan depan.
Menurut Khairiah Kamaruddin, ibu kepada Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham, pembedaahan itu perlu dilakukan segera bagi memasang kimo pod pada badan anaknya itu.
ALAT SEPATUT BERTAHAN DUA TIGA TAHUN TAPI TERSUMBAT
“Kimo pod last pasang pada 22 Julai lalu. Sepatutnya alat itu boleh tahan sampai dua tiga tahun sekiranya tak ada masalah tapi sekarang kena ganti yang baru sebab dah tersumbat.
“Jadi pembedahan segera perlu dilakukan untuk buang dan pasang kimo pod baharu pada 4 September depan. Kalau tak buat, rawatan kimoterapi tak boleh dilakukan. Tempoh hari kimo pod dipasang ialah pada dada sebelah kiri.
“Untuk yang baharu ini saya tak pasti sebab sebelah kanan dada ada shunt. Kemungkinan akan dipasang pada paha tapi doktor masih lagi dalam proses perbincangan,” kata ibu tabah ini.
HOSPITAL JADI RUMAH PERTAMA
Jelas Khiriah atau lebih mesra disapa Kheriy, dia membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli dua alat tersebut.
“Kimo pod berharga RM850 manakala jarum RM240 sekotak (12 batang). Kedua-dua alat tu kena beli sendiri.
Sekarang hospital ni dah jadi rumah nombor 1 saya. Jarak hospital ke sekolah dalam masa 50 minit. Jadi saya harap boleh tukar sekolah dekat dengan hospital memandangkan sata memang ulang alik dari sana.
“Kimo pod tu akan bersambung dengan urat-urat pada badan. Jadi doktor akan masukkan ubat kimo melalui jarum kimo pod,” katanya.
JARUM DITUKAR 5 HARI SEKALI
Ibu kepada tiga anak orang ini berkata, jarum tersebut akan ditukar selama lima hari sekali bagi memasukkan ubat untuk rawatan kemoterapi.
“Jarum tu akan dicucuk pada dada. Jadi tak bolehlah selalu sangat bayi kena tukar dan cucuk (jarum).
“Proses itu amat menyakitkan sebab baby tak dibius. Saya sendiri pun nangis tak sampai hati tengok kaki tangan dia semua lebam. Tapi apa kan daya…kita niat nak berubat,” katanya.
BERULANG ALIK SETIAP HARI
Kheriy yang bertugas sebagai guru sekolah rendah di Machang, Kelantan berkata dia berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia selepas habis mengajar.
“Setiap kali habis mengajar saya akan ke hospital. Saya memang tak akan balik rumah. Kiranya dari hospital ke sekolah. Kemudian dari sekolah ke hospital semula.
“Sekolah ni hospital dah jadi rumah No. 1 saya. Jarak dari sekolah dalam masa 50 minit. Jadi saya harap boleh tukar sekolah dekat dengan hospital memandangkan saya memang ulang alik dari sana,” katanya.
SELAIN KANSER OTAK, ADA KETUMBUHAN PADA BUAH PINGGANG
Kisah bayi comel ini mendapat perhatian netizen selepas nasibnya yang terpaksa bertarung nyawa melawan dua jenis barah.
Anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap 4 selepas 21 hari hari dilahirkan dan mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua cm ketika berusia dua bulan.
TELAH MENJALANI 3 PEMBEDAHAN
Bayi tersebut sudah menjalani tiga pembedahan termasuk sekali pembedahan utama bagi membuang tumor di kepalanya.
“Menerusi pembedahan itu hanya 30 peratus sahaja tumor berjaya dikeluarkan. Doktor buat saluran air daripada tiub ke tabung. Waktu tu berlaku pendarahan teruk.
“Masa tu doktor cakap peluang baby 50-50. Selepas pembedahan tu baby dalam keadaan kritikal selama tiga mingggu. Dia intubate dan terpaksa guna oksigen sebulan,” katanya.
Seorang wanita meninggal dunia apabila rahimnya tertarik keluar oleh seorang doktor selepas melahirkan bayi perempuan dalam satu kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia.
Doktor yang tidak dinamakan itu kini berdepan hukuman penjara tiga tahun jika sabit kesalahan cuai sehingga mengakibatkan kematian.
Mangsa, Alisa Tepikina, 22, meninggal dunia selepas koma akibat kesakitan melampau apabila rahimnya ditarik keluar.
Menurut laporan Daily Mail, doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.
Tambah memilukan apabila ibu muda itu hanya mampu tersenyum melihat bayinya sebelum ditimpa kejadian yang meragut nyawanya tidak lama kemudian.
Ketika perbicaraan, ketua doktor Elena Barannikova mendakwa tidak berlaku keganasan ketika kejadian, namun dakwaan itu ditolak pakar selepas melihat laporan analisis lengkap.
Ibu mangsa, Svetlana Malyukova, 42, yang bersedih dengan kematian Alisa berkata dia tidak akan memaafkan doktor yang menyebabkan kematian anaknya itu.
“Tiada maaf. Jangan cuba berhubung dengan kami. Dia bunuh anak saya,” kata ibu mangsa.
Bayi perempuan yang diberi nama Anya kini dijaga Svetlana dan menantunya, Nikolay Tepikin.
Ibu mana yang tak panik melihat jari anak kecil yang sudah bengkak akibat terbelit sehelai rambut, lebih merisaukan apabila lilitan rambut tersebut terlalu kemas untuk dibuka.
Begitulah yang dilalui oleh salah seorang pengguna Facebook, Puan Fatimah di mana dia telah menceritakan mengenai kisah yang berlaku kepada anaknya sendiri iaitu detik ketika jari anaknya terlilit rambutnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Kisah yang berlaku ini mungkin jarang kali didengari, namun wajar untuk setiap ibu bapa mengambil cakna supaya perkara yang terjadi tidak berlaku di kemudian hari lagi.
Menurutnya, anaknya telah dimasukkan ke dalam wad akibat terlilit sehelai rambut dijarinya. Difahamkan, kulit dijarinya serta sedikit isi perlu dipotong untuk menanggalkan belitan rambut yang terikat sangat ketat itu. Rambut yang terikat dijari anaknya itu kelihatan sudah terbenam ke dalam kulit.
Lanjutan daripada itu, anaknya difahamkan telah dibenarkan keluar daripada hospital pada 18 Jun. Doktor yang mengendalikan kes tersebut menjelaskan berkemungkinan akan membuat pembedahan kerana gusar jika masih ada rambut atau benang di dalam kulit tersebut.
Bagaimanapun, tiada pembedahan lanjut yang perlu dilaksanakan dan doktor hanya meminta si ibu untuk memantau perkembangan pada jari anaknya.
Fatimah Az Zahra mengatakan, menurut doktor, kalau boleh sewajarnya tidak mahu untuk membuat pemedahan kerana anaknya masih lagi baru berusia empat bulan. Walaubagaimanapun, anaknya itu masih lagi mempunyai temu janji bersama doktor pakar.
Sejajar dengan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan anaknya itu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aircond atau kipas untuk bayi, mana lebih sesuai ketika cuaca panas? Ketahui kelebihan, risiko serta cara penggunaan yang selamat untuk memastikan bayi kekal selesa dan sihat.