Ramai ibu bapa mengadu anak tak mendengar cakap. Sampai STRES mereka dibuatnya! Grrrrr.. geram betul kan? Sabar.
5 SEBAB IBU BAPA TIDAK TAHU KENAPA ANAK TAK DENGAR CAKAP
Anak Tak Dengar Cakap
1. IBU BAPA SENDIRI TAK DENGAR CAKAP SESEORANG YANG LEBIH TUA
Mungkin anak anda pernah lihat anda tidak dengar orang yang lebih tua- contohnya seperti ibu bapa anda, suami atau isteri. Bila dia nampak cara dan akhlak kita begitu, dia pun tiru. Mungkin pada pendapat mereka itulah caranya untuk behave.Yang penting adalah untuk anda lebih peka akan kelakuan anda.Anda adalah pemimpin kepada anak anda.
Contoh ibarat anda panjat bukit, anda sudah ke hadapan, dan anak di belakang. Jadi dia akan ikut cara anda. Walaupun ada jalan lain tetapi dia akan cenderung melihat dan mengikut cara anda.
Dia ada idea dia sendiri dan dia ingin buktikan idea dia.Dia mahu anda dengar idea dia. Nampak mcam dia tak dengar cakap tapi apa yang anda perlu buat ialah berikan dia ruang untuk bercerita.
2.ANDA PERNAH BUAT TAK TAHU APABILA DIA MEMINTA SESUATU
Cuba anda ingatkan semula, pernah atau tidak terjadi kejadian anak anda minta sesuatu tetapi anda buat tak tahu.Atau kadang-kadang anak anda cakap atau cerita sesuatu, anda tidak sedar atau peduli. Mungkin kerana anda tengah sibuk dengan kerja anda.
Jika pernah, pada pemikiran anak anda, itulah behaviour yang dia belajar. Jadi dia pun akan melakukan perkara yang sama. Ataupun jika dia dengar pun mungkin kerana dia takut akan anda.
3.SELF PRESERVATION – MENYELAMATKAN DIRI
Ibu rasa tak ramai yang sedar akan perkara ini. Anak itu tak dengar cakap sebab dia tak rasa selamat. Apa tanda-tanda dia? Jika anak tidak rasa selamat. Sama ada dia tutup telinga dia atau dia nak lari dari situ.
Atau seperti dia ada di situ tetapi dia tak ada. Kenapa? Sebab kadang-kadang bila mak bercakap, mak akan marah jer. Jadi dia nak selamatkan diri dia, dia akan switched off. Terutamanya yang remaja.
4.ANAK ANDA SEDANG DALAM ‘GENIUS STATE‘
Apa itu ‘GENIUS STATE’? – Ianya adalah satu keadaan apabila anda sedang ralit melakukan sesuatu dengan sebegitu kusyuk dan fokus. Apa yang selalu berlaku, ada sesetengah ibu bapa apabila melihat anak sedang bermain,mereka akan ada satu tanggapan yang dia sedang membuang masa. Sebab bermain itu adalah membuang masa. Tetapi bagi anak, bermain adalah cara dia belajar.
Contoh anak usia 10 tahun, dia sedang bermain. Sebenarnya dalam dunia dia mungkin itulah istana dia. Segala benda dari luar dia tak sedar. ‘Genius state’ sangat penting untuk seseorang itu ada supaya dia boleh fokus dengan apa yang dia sedang buat.
Tetapi apabila sering diganggu lama-lama dia tak boleh nak fokus. Itu yang akan ada masalah anak susah nak fokus. Sebenarnya semasa anak anda dalam ‘genius state’ dia tak dengar pun apa yang anda cakap. Jadi bila tak dengar, dia tidak menyahut. Bila tak menyahut, ada yang akan labelkan “kenapa tak ikut cakap mak?”
Yang lebih teruk sampai tahap marah dan pukul anak. Lainkali kalau anda panggil 2-3 kali tetapi tidak disahut, anda pergi tengok apa sebenarnya yang dia sedang lakukan. Okay, pasti ada yang nak tahu bagaimana cara nak break the genius state.
Ikuti langkah ini:
– Pergi ke tepi anak dan pegang sedikit bahu atau tangan dia dan kata,” sayang tadi mama panggil”
-Mungkin dia akan terkejut, anda cakap,
“It’s okay mungkin tadi sayang sedang fokus. I just want you to know that tadi mama panggil dan mama suruh buang sampah. Boleh tak sayang stop main dahulu dan buat apa yang mama suruh dan lepas tu boleh sambung main semula”
5. PENERANGAN TIDAK CUKUP JELAS
Ini satu perkara yang Ibu notice apabila Ibu terdengar perbualan Ibu bapa di luar sana. Bahasa yang digunakan tidak child-friendly.
Contoh anak itu berusia 3 tahun, anda berharap dia boleh faham seperti anak usia 15 tahun.Jadi anak anda tak faham apa yang anda cakap kerana usia dia. Dia belum lagi matang dan belum lagi memahami seperti yang anda harap dia fahami.
Ada beberapa perkataan yang dia sendiri belum pandai.Dalam kes begini ramai yang beranggapan anak tak dengar cakap sedangkan bukan anak tak dengar cakap tetapi dia tak faham apa sebenarnya yang anda cuba sampaikan.
Contoh:
Anda suruh dia pergi solat. Dan dia tidak solat. Kerana dia tak faham apa itu solat.Mungkin masa itu dia berusia 7 tahun atau lebih muda dari itu.Anda pula tak ambil masa untuk jelaskan apakah solat , kebaikan solat, kenapa kita perlu solat.
Ramai yang berikan example begini: “kita kena solat kalau tak Allah marah”. Sebenarnya penerangan itu tak cukup untuk dia faham sebenarnya.
Atau contoh ini: “Jangan bergaduh, bergaduh tak baik”. Kenapa tak baik? Penjelasan tak cukup mantap untuk dia terpengaruh untuk tidak melakukan sesuatu yang terlarang.
Okay, sekarang anda sudah faham SEBAB/PUNCA, jom baca apa pula tips untuk:
3 LANGKAH MUDAH ANAK DENGAR CAKAP
1.MEMAHAMI TAHAP PERKEMBANGAN DAN EMOSI ANAK
Ramai ibu bapa tidak ada pemahaman mengenai tahap perkembangan anak-anak mengikut usia. Oleh kerana tidak tahu, sebab itulah ramai yang cenderung membuat anggapan buruk pada anak dan akhirnya stres.
Contoh: Anak umur 2 tahun – anak ni masih dalam ‘Fasa Individuating’ atau lebih dikenali dengan – Fasa Mengamuk. Apabila kita memahami fasa yang sedang anak lalui, jadi apabila anak sedang mengamuk,kita berikan ruang untuk dia bertenang dulu.
Kemudian barulah merapati anak itu. Bila dah tenang barulah kita bercakap dan memberikan arahan. Cakap dengan tenang, tegas dan kasih sayang.
2. KENAL PASTI VAK SISTEM ANAK ANDA
Setiap orang belajar dan menerima maklumat dengan cara yang sangat berbeza.
V- VISUAL
A- AUDITORY
K- KINESTATIC
3.TENAGA/EMOSI PERKATAAN SAMA LEVEL DENGAN PERBUATAN
Contoh : Anda ingin mengajak anak anda pergi mandi. Masa tu mungkin dia sedang seronok menonton televisyen. Antara mandi dan menonton rancangan kartun kegemaran dia, mana yang lebih seronok? Tentulah TV tu kan!
Jadi apa yang anda perlu buat ialah, anda perlu tingkatkan tenaga anda dan create excitement.Anda masukkan elemen emosi dalam arahan anda.
Sekarang, anda perlu mengajak anak anda itu mandi dengan penuh excitement dan seronok! Bila anda boleh samakan level tenaga dan emosi anda dengan perkara yang anda ingin dia lakukan, supaya anak anda akan rasa teruja nak ikut arahan anda.
Semoga membantu
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI