Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda, malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang.
Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan seawal 3-4 tahun dengan tugasan mengemas mainan mereka, membuang sampah, memasukkan baju dalam mesin basuh dan mengemas katil.
Ads
Anak anak yang melakukan tugas di rumah akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih baik dan ini penting untuk kestabilan mental dan emosi mereka.
Ads
Ia juga penting untuk memupuk rasa tanggung jawab dan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran. Sikap menjaga kebersihan bermula dari rumah. Jika dirumah mereka sudah biasa dengan persekitaran bersih, tidak membuat semak dan membuang sampah, menggunakan tandas dengan bersih, sikap ini akan dibawa apabila mereka berada di luar rumah.
Ads
Paling penting, perkara ini perlu ajar untuk anak lelaki dan perempuan. Jangan latih anak lelaki untuk menjadi “Raja” di rumah, kasihan bakal isteri nanti!
Ibu bapa tentu sekali penat bila berhadapan dengan anak yang selalu tantrum. Kalau anak bawah 3 tahun tantrum, jangan dipukul. Peluklah sekuat-kuatnya sambil baca ayat Al-Quran. Itulah antara perkongsian dari Ibu Rose.
BILA ANAK BAWAH 3 TAHUN TANTRUM
“Dah lah adik, ibu penat ni. Apa adik nak sebenarnya ni?”
“Uwaa…uwa….”
“Okay, okay…adik nak susu?. Taknak? Lampin ok? Emm..ok…Adik nak tidur?”
“Aduh..buntunya. Ehh..dah lah adik. Dahlah ibu penat ni. Kang tak pasal-pasal adik kena.”
Biasa dengar dialog ni? Uhuk..macam sebut diri sendiri je ye.
Ada yang tanyakan Ibu:
Bagaimana kalau anak sedang meraung dan diluar kawalan?
Jawapannya adalah:
Anak di bawah 3 tahun terutamanya, itu namanya Tantrum.
JIKA TANTRUM JANGAN SEKALI-KALI DIROTAN SEMASA DIA SEDANG MENGAMUK ITU KERANA PENCEDERAAN EMOSI AMAT KUAT.
Semasa itu anak itu sudah hilang kawalan dirinya. Ibarat kata, monsternya sudah keluar.
Jika terdaya peluklah sehingga dia tenang. Peluk kuat-kuat sambil membaca ayat Al-Quran.
Semasa memeluk kuatkan rasa kasih sayang dan kasihan kepadanya. Keadaan yang tenang didalam diri anda itu akan meresap kepadanya dan dia akan tenang.
Anak mengamuk tidak boleh dikawal adalah kerana terlalu letih, terlalu kecewa, terlalu bergolak emosinya. Merotan anak itu semasa itu hanya akan menguatkan kesan negatif didalam diri anak itu.
Semoga kita menjadi lebih belas kasihan kepada anak-anak kita semasa mereka masih belajar-belajar mengenali hidup.
Salam Sayang,
Ibu Rose
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika anak mewarna, perhatikan betul-betul tangan anak. Perbetulkan mana yang dirasakan tidak selesa. Bila anak makin selesa untuk memegang pensil, menulis dan seterusnya mewarna, barulah hasil mewarna anak jadi lagi cantik.
Apa kedudukan terbaik anak waktu mewarna? Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Aisyah Rozalli berkongsi cara tepat kedudukan anak waktu mewarna. Jom perbetulkan anak kita.
7 PERKARA PERLU PERHATI PADA TANGAN, MATA, KEPALA, MULUT, BELAKANG BADAN ANAK KITA SEMASA MEWARNA
Cuba tengok cara anak kita mewarna.
1. Tangan dominan.
Kalau anak right-handed, dia akan mewarna guna tangan kanan. Kalau anak left-handed, dia akan mewarna dengan tangan kiri. Ini kita panggil hand-dominance.
2. Tangan bukan dominan.
Tangan anak kita yang bukan dominan pula, akan jadi tangan pembantu. Kalau anak kita right-handed, tangan kiri akan jadi tangan pembantu. Kalau anak kita left-handed, tangan kanan akan jadi tangan pembantu.
Tangan pembantu akan bantu anak kita dalam memastikan kestabilan postur, dan menahan kertas yang dia sedang warnakan.
3. Kepala anak.
Kepala anak perlu berada dalam jarak yang selesa. Tak terlalu dekat dengan kertas.
Kalau kepala anak kita rapaaat sangat dengan kertas, anak kita mungkin ada masalah penglihatan, atau anak kita ada masalah dengan kekuatan dan kawalan otot belakang badan dia.
4. Mata anak.
Mata anak mesti akan tengok kawasan yang dia sedang warnakan. Ini namanya koordinasi mata-tangan atau bahasa jawa kampung saya panggil, eye-hand coordination.
Eye-hand coordination ini sangat penting sebagai indikasi fokus anak pada tugasan dan merupakan asas kepada kemahiran menulis.
5. Mulut anak.
Kalau mulut anak terjuih sampai meleleh air liur, atau tergerak-gerak seiring dengan pergerakan pensel warna. Itu tandanya anak kita belum ada “dissociative movement” yang cukup. Bahasa mudahnya, anak kita tu masih kena latih kemahiran motor halusnya.
6. Belakang badan anak.
Kalau belakang badan anak kita membongkok macam huruf ‘C’ masa mewarna ni, itu tandanya otot belakang badan dia tak kuat lagi. Atauuuu… Mungkin meja yang kita bagi tu terlalu rendah. So, tak sesuai meja tu untuk aktiviti macam ni.
7. Tangan terkepak 90 darjah.
Ini tandanya meja tu tinggi sangat. Tak sesuai dan tak bagus meja tu untuk postur anak kita nak menulis atau mewarna dengan sihat dan selamat ya.
Semua ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak-anak yang soleh kan? Ini kerana ia adalah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa.
Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda meninggal dunia kelak? Yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Namun, keinginan tanpa usaha adalah sia-sia. Sudah menjadi lumrah, kita sebagai ibu bapa harus berkorban masa dan sepenuh tenaga dalam membentuk kehidupan anak-anak.
Berdoa termasuk usaha yang begitu dianjurkan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, “Berdoa kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai dan lengah.” – Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Berdoa untuk anak selepas azan dan iqamat juga pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Doa yang baik adalah amalan yang terpuji. Disamping itu, memberikan nama yang baik kepada anak juga termasuk sebahagian daripada doa.
Antara doa-doa yang ringkas tapi mustajab untuk diamalkan adalah:
“Ya Tuhan, berikan aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” (Surah Ali Imran, ayat 38)
“Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikan kami imam untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74).
“Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anak cucu aku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan perkenankan doa aku”(Surah Ibrahim, ayat 74)
“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan jadikanlah diantara anak cucu kami yang tunduk kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau yang maha menerima taubat lagi maha penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 128)
Semoga doa-doa diatas boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
InsyaaAllah, dengan usaha yang keras, cara yang berhikmah dan selalu memohon doa serta pertolongan daripada Allah, kita akan berjaya.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.