Mengandung dan bersalin adalah fasa yang bukanlah mudah buat seorang wanita. Ia dianggap satu pengorbanan dan tak semua bertuah melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Namun dalam sesetengah kes, ada ibu yang sanggup melakukan perkara diluar jangkaan atas alasan tertentu.

Seperti kisah bayi perempuan ini yang ditinggalkan di kawasan tokong, nasiblah dijumpai oleh individu bertanggungjawab dan berjaya menyelamatkan nyawa si kecil ini.

“Mula-Mula Dengar Seperti Anak Kucing, Datang Dekat Senyap.” Rupanya Bayi Dalam Beg!

Menerusi laporan Astro Awani, bayi perempuan yang baru dilahirkan itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang berjoging dan kebetulan melalui kawasan itu. Nasiblah ketika melalui jalan tersebut, bayi itu sedang menangis.

“Dengar tangisan, saya datang dekat dia senyap”

Menurut Mohd Hanif Zaini individu yang menjumpai bayi tersebut, ketika kejadian dia sedang berjoging dan terdengar satu suara seperti anak kucing.

“Pada awalnya, saya menyangka itu hanyalah anak kucing tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Selepas membuka sebuah beg yang ditinggalkan atas bangku, saya melihat terdapat seorang bayi yang dibalut dengan kain batik berada di dalamnya.

IKLAN

“Mula-Mula Dengar Seperti Anak Kucing, Datang Dekat Senyap.” Rupanya Bayi Dalam Beg!

“Saya datang dekat, dia senyap, kemudian menangis lagi. Saya masuk ke dalam (kawasan tokong), saya buka beg dan tengok dalam tu ada bayi. Masa tu (cuaca) panas, jadi saya tarik dia ke sini (kawasan teduh).

Difahamkan, bayi yang seberat 3 kilogram itu ditemui di atas kerusi di hadapan sebuah tokong di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah.

Bawa balik bayi bersihkan kesan darah

IKLAN

Mohd Hanif menjelaskan, selepas menjumpai bayi tersebut, dia terus menghubungi dan meminta isterinya untuk membawa kereta ke lokasi berkenaan. Mereka kemudian membawa bayi ini ke rumah untuk dibersihkan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

“Mula-Mula Dengar Seperti Anak Kucing, Datang Dekat Senyap.” Rupanya Bayi Dalam Beg!

Bawa ke hospital untuk rawatan lanjut

IKLAN

Namun, tidak lama selepas itu, ambulans dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah tiba di kediaman mereka dan membawa bayi berkenaan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL MENARIK [Pagi-Pagi Anak Bangun Hidung Tersumbat & Selalu Bersin, Mungkin Allergic Rhinitis]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Ada Anak Usia 2 Bulan – 2 Tahun Tengok Perkembangan Ni. Kalau Lambat, Jangan Tangguh!]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI