Anak tantrum sebenarnya cuba meluahkan emosi mereka yang tidak terkawal untuk dikongsikan kepada mak ayah. Apa yang ditunjukkan oleh anak diketika dia sedang beremosi, mengamuk dan buat perangai jelas menunjukkan apa yang dirasakan. Mereka keliru dan bercampur-aduk.

Semuanya ingin ditunjukkan untuk orang yang paling mereka sayang, iaitu mak ayah. Jadi mak ayah bertahanlah, gunakan trik bijak anak ini dengan helah yang berlainan untuk menangani mereka. Ini panduan yang dikongsikan oleh saudara Ahyat Ishak.

Mula Tantrum & Buat Perangai, Trik Anak Bijak Curi Perhatian, Ini Mak Ayah Perlu Buat!


CARA TANGANI ANAK TANTRUM

Dah lama anak-anak terperuk kat rumah mesti diaorang pun dah tepu and dah bosan dengan rutin sama betul tak. Lepas tu mula lah nak tantrum. Kalau anak tantrum di rumah takpe lagi tapi macam mana kalau anak tantrum depan ramai orang?

Anak berusia 1 tahun setengah ke 2 tahun setengah akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak korang berkelakuan demikian, bukan bermaksud diaorang dah jadi degil atau kurang ajar.

Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Diaorang sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan diaorang berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Mesti peningkan kepala dan kadang tak tahu nak react macam mana bila anak start tantrum ni. Ada juga yang start naik angin. Ahaa jom Ahyat share sikit tips untuk kita tangani anak bila dia start tantrum ni.

Mula Tantrum & Buat Perangai, Trik Anak Bijak Curi Perhatian, Ini Mak Ayah Perlu Buat!

IKLAN

1) Tanya anak apa yang dia nak
Kalau time tu anak tengah pegang barang, pastikan kita cuba alihkan perhatian diaorang dan ambil barang yang diaorang tengah pegang kerana ada kemungkinan kalau anak protes, dia akan membaling barang yang ada dekat tangan atau berdekatan dengannya. Cuba tentukan apa punca anak buat macam tu, tanya kenapa buat macam tu, apa yang diaorang nak.

2) Bagi anak sibuk dengan sesuatu
Kadang diaorang dah bosan dengan apa yang ada di depan mata dan diaorang nakkan perhatian. Jadi mak ayah boleh cuba bagi sesuatu yang baru atau create satu permainan atau aktiviti yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak ni contohnya mewarna, melukis atau pun membaca buku berkaitan kartun yang anak-anak ni minat.

Beli Pororo Alphabet Board Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/toys-others/pororo-alphabet-board-20090927″ style=”flat” background=”#a1ef2d” color=”#ffffff” size=”6″]Pororo Alphabet Board[/su_button]

 

3) Alih perhatian mereka
Cuba berdiri atau duduk sama level dengan ketinggian anak ketika itu. Peluk dan tenangkan diaorang beserta dengan kata-kata kasih sayang. Kemudian dukung atau pimpin mereka ke tempat lain dari mereka berada sekarang.

IKLAN

Mula Tantrum & Buat Perangai, Trik Anak Bijak Curi Perhatian, Ini Mak Ayah Perlu Buat!

4) Dengar apa yang mereka nak luahkan
Kadang-kadang mak ayah pun sibuk dengan aktiviti sendiri di rumah contohnya hujung minggu lah waktu kita nak “ber me time” chill-chill di rumah sehingga anak-anak terabai.

Dekati anak-anak dan dengar luahan isi hati mereka walaupun sekadar nak ulas tentang cerita kartun kegemaran diaorang atau apa yang diaorang nampak dekat sekeliling diaorang. Anak-anak ni pun nak meluah juga apa yang diaorang rasa dan nak didengari.

5) Buat aktiviti luar dengan mereka
Macam yang kita tahu aktiviti luar memang bagus untuk anak-anak betul tak? Jadi pada waktu awal pagi atau petang, mak ayah boleh bawa anak berjalan di sekitar rumah dengan berbasikal, berjalan kaki atau membawa mereka ke taman permainan untuk mereka melihat dunia luar berbanding berada di rumah sahaja.

Mula Tantrum & Buat Perangai, Trik Anak Bijak Curi Perhatian, Ini Mak Ayah Perlu Buat!

Sekiranya mak ayah masih bimbang untuk bawa anak ke luar dari pagar, mungkin boleh membuat aktiviti berkhemah di luar rumah atau beli mini pool secara online atau menyewa dari mana-mana peniaga online untuk menghiburkan anak-anak. Kalau size besar tu, mak ayah pun boleh join sekali depan rumah.

IKLAN

Ibu bapa jangan terlalu risau kalau anak tantrum. Itu adalah normal untuk anak-anak kecil cuma kita kena tahu cara nak tangani atau kawal tantrum anak-anak ni. Itu adalah salah satu proses diaorang nak membesar.

Selamat mencuba untuk mak ayah kat luar sana.

Menarik: Tiap Kali Hulur Duit Pada Isteri, Suami Mesti Niatkan Sebagai Hibah, Bukan Sedekah

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI