Dalam fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebenaran untuk ketua keluarga atau wakil keluarga keluar membeli barang makanan atau keperluan dengan membawa seorang lagi ahli bersamanya telah dibenarkan.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Gambar Hiasan
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.
Ads
Masa sama, warta kerajaan itu mengekalkan peraturan sebelum ini, iaitu mereka yang mahu keluar membeli makanan, barangan keperluan harian, perubatan, rawatan dan lain-lain, hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.
Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.
Ads
Gambar Hiasan
Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.
Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Ads
Pada 21 Mac lalu, Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, memaklumkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan, untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.
Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP Fasa 3 yang berakhir semalam, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula hari ini hingga 12 Mei depan.
Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kereta elektrik pertama Proton e.Mas 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Memetik laporan Bernama, Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama negara iaitu Proton e.MAS 7 yang ditawarkan pada harga bermula RM109,800 dengan tawaran rebat sebanyak RM4,000 bagi 3,000 pembeli pertama.
Model berkenaan dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam ucapannya mengumumkan bahawa ia akan menjadi kenderaan rasmi ASEAN 2025 sebagai sokongan kepada kenderaan sifar emisi dan teknologi kenderaan mesra alam di Malaysia.
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu ditawarkan menerusi dua varian iaitu e.MAS 7 Premium pada harga RM123,800 dan e.MAS 7 Prime (RM109,800).
Bagaimanapun, bagi 3,000 pembeli pertama, e.MAS 7 Premium ditawarkan pada harga RM119,800 manakala e.MAS 7 Prime (RM105,800).
Untuk makluman, e.MAS 7 dipacu oleh motor elektrik bersepadu “12 dalam 1” pada gandar depan yang menghasilkan 218 PS (160 kW) dan 320 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 175 km/j.
Menerusi bateri Aegis ‘short blade’ ia mempunyai kemampatan tenaga lebih tinggi, selamat dan tahan lebih lama.
Varian Prime dilengkapi versi 49.52 kWj yang menawarkan jarak gerak sejauh 345 km dan Premium mendapat pek 60.22 kWj dengan jarak mencecah 410 km (WLTP).
Untuk pengecasan, e.MAS 7 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium – kedua-duanya memerlukan 20 minit untuk pengecasan dari 30 peratus hingga 80 peratus.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sarat hamil 8 bulan, comel je baby bump Maryam Durian Kimchi. Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Sarat Hamil 8 Bulan
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu. Pasangan ini bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi
Melalui satu entri di laman Instagramnya, Maryam berkongsi ‘baby bump’ yang kelihatannya cukup comel. Walaupun sudah sarat hamil 8 bulan, Maryam tetap nampak berseri-seri.
Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke.. kpop dance ke….Did baby kicks originally hurt this much? – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Selepas kejadian mengejutkan yang menimpa anak lelakinya berusia 12 tahun, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi berdepan detik cemas apabila isterinya pula menjadi sasaran ugutan. Menurut Sinar Harian, lebih membimbangkan, ugutan ini dihantar terus ke nombor telefon peribadi isterinya melalui aplikasi WhatsApp.
Rafizi (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan Parlimen pada Khamis.
Menurut Rafizi, mesej pertama diterima pada jam 1.12 pagi daripada nombor tidak dikenali, berbunyi “diam andai teruskan AIDS”. Ancaman yang sama dihantar sekali lagi pada jam 11.02 pagi hari berikutnya, lengkap dengan tiga emoji picagari. Kata-kata berbaur ancaman ini jelas ditujukan untuk menakut-nakutkan keluarganya, khususnya anak tunggal mereka.
Bagi seorang suami dan bapa, ancaman terhadap isteri dan anak adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Rafizi percaya ugutan ini bertujuan mempengaruhi tindakannya dalam mendedahkan isu-isu besar termasuk skandal yang sedang dibongkarnya. “Mereka fikir dengan mengugut isteri dan anak, saya akan ubah keputusan. Itu psikologi biasa,” katanya dalam sidang media di Parlimen.
Beliau turut menegaskan bahawa semua maklumat berkenaan ugutan ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Keselamatan keluarga adalah keutamaan, dan sebagai figura awam, ancaman sebegini menjadi cabaran besar yang memerlukan tindakan segera.
Kesan Ancaman Kepada Keluarga
Ancaman seperti ini bukan sahaja mengganggu keselamatan fizikal, malah memberi kesan emosi kepada seluruh ahli keluarga. Anak yang masih kecil boleh merasa takut untuk ke sekolah atau berada di luar rumah, manakala ibu pula sentiasa dalam keadaan cemas dan tertekan.
Keselamatan Keluarga Adalah Keutamaan
Kisah ini menjadi peringatan penting kepada semua ibu bapa keselamatan keluarga bukan hanya tentang mengunci pintu rumah, tetapi juga melindungi privasi dalam talian, nombor telefon, dan data peribadi. Sentiasa peka dengan persekitaran, dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa jika keselamatan keluarga terancam.
Kerana dalam kehidupan berkeluarga, tiada yang lebih berharga daripada memastikan pasangan dan anak-anak berada dalam keadaan selamat, bebas daripada sebarang bahaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.