Kanak-kanak yang masih belum mencapai akil baligh tidak diwajibkan menjalani ibadah puasa. Walau bagaimanapun, anda, sebagai ibu bapa, boleh memperkenalkan anak anda kepada ibadah puasa sewaktu mereka masih kecil supaya anak anda dapat menangani ibadah puasa apabila dewasa kelak.

Mulakan Berpuasa 4 Jam Dalam Sehari Kemudian Tambah Waktu Jika Anak Dapat Bertahan. Cara Latih Berpuasa Yang Berkesan!

Oleh itu, bagaimana untuk mengajar anak anda berpuasa untuk kali pertama?

Tip mendidik anak berpuasa buat kali pertama

Mengajar anak anda berpuasa mungkin merupakan cabaran baru kepada diri anda. Terdapat kanak-kanak yang ingin berpuasa seperti anggota keluarganya yang lain, tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak mahu. Sebelum mengajar anak anda berpuasa, anda harus memberikan kefahaman terlebih dahulu tentang puasa dan mengapa ibadah ini perlu dilaksanakan setiap tahun. Sebaik sahaja difahamkan makna di sebalik puasa, kanak-kanak mungkin merasa lebih mudah untuk ikut berpuasa.

Inilah petua untuk mengajar anak anda berpuasa kali pertama:

Tunjukkan contoh

IKLAN

Menunjukkan contoh kepada anak anda lebih penting daripada sekadar mengajarkannya tentang puasa. Memandangkan anak kecil gemar meniru orang dewasa, ini memudahkan anak anda belajar untuk berpuasa.

Apabila anda berpuasa, anak anda pasti akan bertanya apa itu puasa, kenapa emak dan ayah tidak makan, dan sebagainya. Ini akan menimbulkan rasa ingin tahu pada kanak-kanak, sehingga dia mahu mencuba dan mengamalkannya. Ingat, pada usia muda, kanak-kanak sangat mudah meniru tingkah laku orang di sekelilingnya.

Mulakan Berpuasa 4 Jam Dalam Sehari Kemudian Tambah Waktu Jika Anak Dapat Bertahan. Cara Latih Berpuasa Yang Berkesan!

Jangan paksa anak anda berpuasa sepenuhnya

IKLAN

Berikan anak anda kelonggaran semasa puasa pertama mereka. Anda perlu ingat bahawa kanak-kanak masih dalam tempoh pertumbuhan dan perkembangan di mana mereka masih memerlukan banyak nutrien. Di samping itu, kanak-kanak juga selalu tidak dapat menahan diri mereka atau lupa bahawa mereka tidak dibenarkan makan, lalu pergi mendapatkan makanan atau minuman apabila mereka memerlukannya. Oleh itu, memaksa anak anda berpuasa sepenuhnya atau setiap hari boleh menimbulkan risiko kesihatan.

Anda harus mula mengajar anak anda perlahan-lahan. Bermula dari berpuasa beberapa jam dalam sehari kemudian tambah waktu jika anak anda dapat bertahan. Yang paling penting, ajar mereka bagaimana menangani situasi tertentu semasa berpuasa seperti dijemput makan atau ketika mereka lapar. Keupayaan dan kesedaran mereka tentang puasa juga akan meningkat dari masa ke masa.

Minta anak anda berpuasa dari makanan tertentu

Jika anak anda terbiasa makan makanan tertentu, minta anak anda mengelakkan makanan ini sewaktu mula berpuasa. Sebagai contoh, jika anak anda suka coklat dan kerepek, mintalah anak anda untuk tidak memakannya semasa waktu puasa. Ini boleh membantu menghapuskan tabiat pemakanan yang buruk. Di samping itu, ia juga boleh membantu mereka lebih menghargai makanan tersebut.

IKLAN

Jangan lupa untuk memberi ganjaran

Tidak kira berapa jam atau berapa hari anak anda berpuasa, anda harus memberi ganjaran kepada anak anda selepas mereka berbuka. Ganjaran ini dapat meningkatkan semangat mereka untuk berpuasa lagi. Anda tidak perlu memberi hadiah, hanya memuji mereka dan mengatakan mereka telah melakukannya dengan baik pun sudah mencukupi.

Anda juga boleh menawarkan makanan kegemaran anak anda apabila puasa berakhir. Ini juga salah satu perkara yang membuat anak-anak bahagia. Walau bagaimanapun, pilih makanan sihat yang mengandungi nutrien penting, seperti makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan mineral. Jangan membiasakan diri memberi makanan manis kerana boleh memudaratkan.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI