Sudah kita ketahui akan kebaikan air masak. Ibu ayah harus melatih anak-anak untuk minum air masak dan jadikan ia tabiat. Tidak dinafikan, anak-anak lebih suka minum air manis kerana banyak perisa yang sedap-sedap.

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh ibu ayah untuk menggalakkan anak-anak minum air masak. Di dalam laman Facebooknya, seorang ayah, Ahmad Luqman Bukhari telah berkongsi caranya melatih anak minum air kosong.

PAYAH BETUL NAK MINUM AIR!

Dia ni payah benar saya nak suruh minum air, doktor. Tiap kali suruh minum air, mesti nak kena sampai berkejar-kejar keliling rumah!

Artikel Menarik: [Anak Lelaki Yang Diajar Untuk Sayang Ibunya, Bila Besar Akan Hormatkan Perempuan]

Hihi. Nampak kelakar, tapi inilah antara masalah utama yang mak ayah adukan setiap kali saya berjumpa pesakit kanak-kanak.

Serius, memang mencabar nak mintak mereka ni minum air banyak. Tapi sebenarnya ada teknik yang kalian boleh buat dan ianya sangat berkesan nak selesaikan masalah ni.

Inilah juga yang saya selalu ceritakan pada mak ayah pesakit cilik saya:

1. Beri anak guna cawan yang dia orang paling suka. Kan sekarang ada banyak cawan dengan design kartun-kartun menarik. Mana anak yang minat cawan Upin Ipin, kalian belikan yang tu. Yang minat Frozen, belikanlah cawan yang ada gambar kartun tu.

Dan pastikan cawan tu letak dekat tempat anak-anak mudah capai sendiri. Jangan terkejut bila dia orang ni asyik nak minum air je kerjanya. Haha.

IKLAN

2. Sediakan botol air khusus untuk setiap anak. Ha, ini pun lebih kurang sama macam tips yang pertama tadi.

Nak Latih Anak Suka Air Masak, Mak Ayah Pun Sama-Sama Kena Berebut Minum!

Carikan botol design nya seperti yang anak kalian minat. Paling bagus masa nak beli tu, bawaklah anak sekali dan suruh dia orang pilih sendiri. Sebelum beli tu, buatlah akujanji untuk dia orang minum air lebih banyak nanti. Hahaha.

Botol air tu penting kegunaannya semasa berada di luar rumah. Tak kiralah bila ke sekolah ke, keluar berjalan-jalan ke, balik kampung ke, isikan air siap-siap dalam botol tu setiap kali nak keluar. Kan jimat, dan tak perlu susah payah cari kedai nak beli air.

Artikel Menarik: [Anak Datang Menyendeng, Peluk & Cium Kita Maknanya Dia Nak Perhatian]

Boleh jugak tiap-tiap malam kalian penuhkan botol air dan letak kat bilik anak-anak. Tak perlu berperang suruh minum dah, botol air tu confirm akan kosong sendiri.

IKLAN

3. Sesekali, bagi mereka guna silly straw. Budak-budak memang suka dengan benda ni. Apa yang mereka nampak ialah mainan, tapi dalam masa sama kita dapat galakkan anak minum air dengan guna alat tu.

4. Ajar anak sediakan minuman dan hidangkan sendiri. Alah, anak perempuan kan suka sangat main masak-masak. Anak saya pun sama.

Nak Latih Anak Suka Air Masak, Mak Ayah Pun Sama-Sama Kena Berebut Minum!

Kalian latih mereka untuk ambil air sendiri dari bekas air, kemudian hidangkan atas meja. Mesti dia orang excited sangat-sangat bila berjaya lakukan sendiri.

5. Dalam peti ais kat rumah tu, kalian sediakan satu bekas ice cube pelbagai bentuk. Nanti jarang-jarang sekali, letakkan ais kiub yang ada bentuk bintang ke, bentuk dolphin ke, bentuk love ke, dalam cawan anak. Memang melompat-lompatlah dia orang, punyalah gembira nak minum air nanti.

IKLAN

6. Buatkan mereka jus buah-buahan. Masa nak siapkan jus tu pula, kalian ajak mereka lakukan bersama. Banyak kebaikan bila kita berikan minuman jus buahan.

Selain ada mineral dan vitamin penting, ia juga kaya dengan serat buahan. Barulah nanti anak-anak bebas daripada masalah sembelit.

Nak Latih Anak Suka Air Masak, Mak Ayah Pun Sama-Sama Kena Berebut Minum!

7. Akhir sekali, kalian sendiri sebenarnya yang kena berusaha untuk jadi model terbaik untuk anak-anak. Nak anak minum air masak banyak, kalian kena tunjukkan pada mereka yang kalian pun suka minum air masak.

Remember, young children learn by copying you

Kawan-kawan, set dalam minda kita, sebenarnya mudah saja nak latih anak minum air ni. Paling penting, kita timbulkan rasa seronok dalam diri mereka tiap kali nak minta minum air, barulah mereka akan lakukan sendiri dengan senang hati.

Kita pun tak akan lagi susah hati lagi. Hihi.

Semoga bermanfaat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI