Semua ibu bapa nak anak-anak pandai menguasai matematik namun kita sendiri tidak tahu cara mudah untuk mengajar mereka.

Bagi anak-anak yang baru nak belajar matemati atau lemah matematik kerana tak hafal sifir pun boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Mohamad Hakim yang juga guru Matematik sendiri.

“Mulakan Dari Darjah 1” Guru Kongsi Cara Mudah Hafal Sifir & Jadikan Anak ‘Power’ Matematik

Tip berkesan hafal sifir

Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang aku praktikkan untuk anak murid di sekolah. Ianya berkesan!

1. Sendiri-sendiri

Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali. Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan.

1 x 2 =2

atau

2
4
6
8

Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir.

2. Tulis

Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafal tadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.

Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalau aku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.

IKLAN

Segi tiga

2 2 2 2 2 2 2 2
4 4 4 4 4 4 4
6 6 6 6 6 6
8 8 8 8 8
101010
1212
14

Baris

2
4
6
8
10
12
14
16
18
20

Kalian boleh tengok contoh pada gambar di bawah.

“Mulakan Dari Darjah 1” Guru Kongsi Cara Mudah Hafal Sifir & Jadikan Anak ‘Power’ Matematik

3. Pasangan

Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert dengan jawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.

IKLAN

Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca. Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.

4. Latih tubi

Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya aku suka buat pertandingan. Rujuk pada gambar, aku panggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.

Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah. Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yang penting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?

Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang aku dah buat tu. Berkesan!

“Mulakan Dari Darjah 1” Guru Kongsi Cara Mudah Hafal Sifir & Jadikan Anak ‘Power’ Matematik

5. 1 hari 1 sifir

Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1 sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1 sifir dah lah. Lambat!

IKLAN

6. Bakar line

Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, aku bakar line. “Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh. Mesti boleh!”

Tercabar lah beb. Haha. Satu hari nanti aku nak buat pertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!


7. Pesan

Setiap hari aku tinggalkan pesan akan pentingnya sifir. Sambil mandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam kereta pun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana pun mereka berada.

8. Rotan

Ini sebagai catalyst dan ianya sangat berkesan. Kalian letak sahaja rotan di sisi. Pasti membantu! Bila salah jawapan tu, hayunkan sedikit rotan tu. Haha.

Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya, sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapi momen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Ini antara langkah-langkah yang aku guna. Semoga ianya membantu.

Bagi aku, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak laju dalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.

Bila nak mula? Mulakanlah dari darjah 1.

Sumber: Mohamad Hakim

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI