Biasanya anak-anak kita ni, apa yang ibu masak semua sedap. Walaupun hanya goreng telur mata dengan kicap saja. Betul tak? Walaupun lauk ringkas boleh bertambah makannya.
Itu belum lagi masak yang sedap-sedap. Rasanya lagi berselera. Kadang tu ramai yang bertanya apa rahsianya air tangan ibu. Persoalan ini sukar dijawab tetapi hakikatnya ada sesuatu yang istimewa sebenarnya.
Kebanyakannya tak perasan semasa memasak itu ada beberapa perkara yang boleh dilakukan sebelum mengenyangkan perut suami dan anak.
Bagi yang dah biasa amalkan teruskanlah untuk kebaikan ahli keluarga namun bagi yang belum mengetahuinya anda patut mulakan dari sekarang.
Ads
Berikut perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud mengenai apa rahsia yang boleh dilakukan ketika memasak.
Untung mak-mak yang sempat siapkan makanan anak setiap hari. Banyak portion ajaib boleh masukkan dalam masakan. Ni lah yang mak saya amalkan..
1. Setiap kali mula masak mulakan dengan bismillah. Nak masukkan bahan dalam periuk atau kuali mesti dengan bismillah.
Ads
2. Tiap kali mengacau makanan dalam kuali atau periuk kacaulah berlawanan arah jam dari kanan ke kiri. Ini sunnah!
3. Sepanjang proses memasak, banyakkan istighfar dan selawat – inilah rahsia penyedap masakan tanpa ajinomoto.
4. Untuk melembutkan hati suami dan anak-anak sentiasa lah baca ayat dari surah al-Imran : 200 yang bermaksud :
Ads
Wahai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.
Cubalah amalkan tip simple macam ni setiap kali sediakan masakan untuk seisi keluarga. Mana tahu anak-anak dan suami lebih lembut dan terang hati.
Barang kemas antara aset buat seorang wanita. Tanyalah mana-mana wanita mesti akan ada sekurang-kurangnya satu barang kemas. Walaupun hanya ada sebentuk cincin ia dah cukup bermakna.
Bagi wanita bergelar isteri pula, sewaktu akad nikah pun pasti akan ada sebentuk cincin, seutas gelang atau rantai diberikan pihak suami sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjadi suri hidupnya.
Tapi pernah tak terfikir di saat suami susah, isteri akan berkorban harta yang dia ada untuk pastikan kelangsungan hidup keluarganya berada dalam keadaan selesa biarpun hakikatnya itu barang yang cukup dia sayang.
Perkongsian dari Penulis Isu Kekeluargaan & Keibubapaan, Akhtar Syamir cukup menjelaskan apa tanggungjawab suami seandainya isteri reda dan membantu di saat kesusahan dengan merelakan barang kemas kesayangan mereka dilepaskan.
Resit-resit lama dan kotak-kotak yang sudah kosong tidak berisi. Ini adalah gambaran biasa yang sentiasa dibuat-buat tak nampak sedangkan ini sangat memberi kesan kepada si isteri.
Sayu hati isteri melihatkan kotak yang dahulunya diisi dengan kegembiraan, kini kosong sudah sekian lama tanpa diketahui bilakah ianya akan kembali. Malah ada yang tidak mungkin akan ada semula.
Jangan ambil mudah barang kemas isteri di pajak gadai. Itu hutang suami kepada isteri. Jadikan ia nombor 1 di dalam keutamaan hutang yang perlu dibayar.
Walaupun itu adalah pemberian suami atau sesiapa sahaja pun, ianya bukan satu alasan untuk meletakkan ia sebagai satu “tanggungjawab”. Ianya masih lagi harta kepunyaan mutlak isteri. Ianya masih lagi satu hutang apabila digunakan untuk membantu suami.
Jangan sesekali mengutamakan orang lain jika masih lagi berhutang dengan isteri. Tanya soalan-soalan ini dahulu.
3. Nak beli telefon baru, sport rim dan sebagainya? Hutang isteri dah bayar belum?
4. Nak belanja ahli keluarga ke sana sini? Hutang isteri tu dah bayar ke belum?
Kenapa isteri harus terus diketepikan? Sedangkan dia yang pertama ada apabila suami dalam kesusahan?
Apabila kita tengok sewaktu PKPB bermula, betapa ramainya orang beratur di Ar Rahnu dan pajak gadai yang lain, ia sepatutnya mendatangkan keinsafan dalam diri.
Adakah emas yang diserahkan di kaunter Ar Rahnu itu milik suami? Hampir pasti kepunyaan isterinya. Apakah maksudnya ini? Maksudnya, keluarga itu di dalam kesusahan dan isteri sedang menghulurkan bantuan. Ada yang hanya tunggu di rumah atau di dalam kereta kerana tidak sanggup bersedih.
Saya sendiri yang sudah berkali-kali ke sana, tetap rasa hati ini bagai disiat-siat kerana telah menyusahkan dan membuatkan isteri sedih. Walaupun dia tunjuk yang dia kuat, saya tahu hatinya sedang menangis waktu dia serahkan barang kemasnya untuk digadai dan dijual.
Kita kurang faham sebenarnya ikatan antara wanita dan emas. Kerana ia adalah satu naluri. Apa yang kita boleh buat ialah dengan tidak memperlekehkan perasaan mereka dan cuba memahami kepentingan emas itu buat mereka.
Di dalam Ar Rahnu ialah satu tempat di mana ianya dipenuhi dengan keheningan yang menyesakkan. Dapat kita rasakan sendiri “harapan”, “kesedihan” dan “kekecewaan” walaupun tidak ada orang yang bercakap pada waktu itu. Suasana itu sangat memberi keinsafan. Ramai yang sedang menunggu giliran tertunduk kepalanya tidak mampu diangkat tinggi kerana ditekan perasaan-perasaan itu.
Kepada sesiapa yang pernah masuk Ar Rahnu, mesti tahu perasaan dalam tu. Sunyi sepi. Hanya kedengaran orang di kaunter bercakap-cakap. Riak wajah masing-masing sugul. Jika ada senyum pun, kita boleh tahu senyuman itu sekadar memujuk hati.
Bayarlah hutang isteri seberapa segera yang boleh. Berhenti tolak kewajipan itu ke tepi. Hargai orang yang membantu di saat kita memerlukan.
Bila masuk bab anak menangis nak telefon, mama papa mesti tak mampu nak bertindak cara terbaik nak elakkan beri pada anak. Sudahnya anak mengamuk di khalayak ramai dan mood mula bertukar. Bukan tak boleh berikan anak telefon tapi kena ada hadnya.
Perkongsian tip daripada Diyana Jamal ini boleh juga kita ikuti. Beri anak ‘time frame’ supaya anak lebih alert. Jom cuba!
Zaman serba canggih ni, semua di hujung jari. Semua orang gunakan gajet. Hingga anak-anak pun terikut sama. Kita sebagai ibu bapa ni, pening di buatnya. Bila tak bagi, dia menangis. Kalau bagi, dia leka dengan gadjet tu.
Ibu pun hadapi situasi yang sama. Dan alhamdulillah. Semalam ada terbaca 1 perkongsian hebat ni. Ibu dah cuba dan ianya menjadi.
Tipnya ialah :
Berikan time frame untuk anak bermain gadjet.
Memang seeloknya kita ELAK TERUS atau USAH DEDAHKAN mereka dengan gadjet terlalu awal. Namun, buat ibu-bapa yang dah terlajak macam ibu ni, eloklah cuba tips ni.
Caranya begini.
Contoh lain :
“Damia. Ibu bagi guna handphone ni sampai jam 4 petang saja. Jam 4 terus bagi ibu”
Hasilnya : Damia terus bagi ibu bila tepat jam 4 petang.
Hasilnya mungkin berbeza-beza mengikut usia dan tahap kecenderungan/keinginan anak-anak terhadap gadjet. Tapi, apa yang penting, MESTI CUBA AMALKAN tip ini.
Kredit: Diyana Jamal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakkan ibu bapa yang bekerja biasanya akan pulang lewat ke rumah, ada sehingga pukul 12 malam baru sampai ke rumah terutama bagi yang bekerja shift ataupun yang bekerja di bandar-bandar besar.
Apabila anda balik ke rumah di tengah malam tak kiralah selepas habis bertugas/kerja syif malam, selepas menziarahi saudara yang sakit di hospital ataupun balik dari kubur selepas pengebumian, sebelum masuk kedalam rumah jangan lupa untuk membaca doa ini supaya jin ataupun syaitan tidak mengkiut anda masuk sekali ke dalam rumah.
Ini kerana syaitan dan jin sangat suka menganggu bayi ataupun kanak-kanak yang kecil. Doa ini insya-Allah dapat melindungi dari sebarang gangguan.
Jika kaki anda kotor, basuh dahulu. Kemudian bacalah 3 Qul dan diikuti dengan doa ini.
“In kullu nafsin lamma Aalayha hafith”
Maksudnya:
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).
Amalkan doa ini jika anda selalu balik lewat malam. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil di rumah tu.