Bila masuk bab anak menangis nak telefon, mama papa mesti tak mampu nak bertindak cara terbaik nak elakkan beri pada anak. Sudahnya anak mengamuk di khalayak ramai dan mood mula bertukar. Bukan tak boleh berikan anak telefon tapi kena ada hadnya.
Perkongsian tip daripada Diyana Jamal ini boleh juga kita ikuti. Beri anak ‘time frame’ supaya anak lebih alert. Jom cuba!
Beri Time Frame
Zaman serba canggih ni, semua di hujung jari. Semua orang gunakan gajet. Hingga anak-anak pun terikut sama. Kita sebagai ibu bapa ni, pening di buatnya. Bila tak bagi, dia menangis. Kalau bagi, dia leka dengan gadjet tu.
Ibu pun hadapi situasi yang sama. Dan alhamdulillah. Semalam ada terbaca 1 perkongsian hebat ni. Ibu dah cuba dan ianya menjadi.
Ads
Tipnya ialah :
Berikan time frame untuk anak bermain gadjet.
Memang seeloknya kita ELAK TERUS atau USAH DEDAHKAN mereka dengan gadjet terlalu awal. Namun, buat ibu-bapa yang dah terlajak macam ibu ni, eloklah cuba tips ni.
Ads
Caranya begini.
Jika anak terlalu leka, panggil dia dengan baik dan berikan time frame. Contoh :
“Damia. Lagi 10 minit bagi ibu semula handphone tu. Kita belajar sama-sama”
Hasilnya : Lepas 10 minit, bila ibu minta, Damia terus bagi.
Contoh lain :
Ads
“Damia. Ibu bagi guna handphone ni sampai jam 4 petang saja. Jam 4 terus bagi ibu”
Hasilnya : Damia terus bagi ibu bila tepat jam 4 petang.
Hasilnya mungkin berbeza-beza mengikut usia dan tahap kecenderungan/keinginan anak-anak terhadap gadjet. Tapi, apa yang penting, MESTI CUBA AMALKAN tip ini.
Kredit: Diyana Jamal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian video berdurasi 20 saat yang memaparkan seorang bayi berusia antara dua atau tiga tahun sedang menghisap pod (vape) dengan lagak seperti orang dewasa menerima kecaman netizen selepas tular di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh seorang pakar perubatan, Dr Khairul Hafidz di Twitternya meraih lebih 162,000 tontonan video.
Melalui posting itu, Dr Khairul juga berkata, situasi berkenaan amat menyedihkan dan kesal terhadap sikap ibu bapa anak kecil itu.
“Ibu bapanya seakan-akan memberi galakan dan mendedahkan anak mereka kepada perkara yang tidak sihat pada usianya yang sangat muda.
“Ini merupakan satu kejadian yang amat menyedihkan. Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara yang biasa?
“Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka? Sayangi keluarga kita.. sayangi anak-anak kita…#StopVaping #StopSmoking,” luahnya di Twitter
Macam mana nak ajar anak suka makan buah-buahan dan makanan sihat? Sebenarnya ia bermula daripada ibu bapa. Jika kita biasakan anak-anak dengan makanan sihat sejak dari kecil, sampai besar anak tidak memilih makan.
Seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan, caranya membiasakan makanan dalam peti sejuk penuh dengan pilihan buah-buahan menyebabkan anak-anak tak makan makanan yang tak sihat. Bagaimana caranya, berikut perkongsian bermanfaat untuk ibu ayah semua.
Pilih je haaa nak makan buah apa. Dalam peti sejuk saya, sebolehnya saya akan pastikan ada banyak pilihan buahan-buahan untuk anak makan setiap hari.
Setiap kali bawa pulang buah dari pasaraya, saya akan rendam dulu semua buah dalam larutan garam atau cuka. Ataupun larutan pencuci buah.
Rendam, gosok-gosok sikit, bilas dan keringkan air sekejap. Saya buat begini sebab nak hilangkan sebanyak mungkin sisa-sisa racun serangga atau wax yang mungkin ada pada buah.
Dah selesai semuanya, baru saya masukkan dalam peti sejuk. Bila anak nak makan, diorang dah pandai bilas sendiri dan terus ngap je, tak payah beriya nak basuh dah. Cuma kalau buah naga dan oren, tahu pulak diorang bawak tunjuk ke saya dulu mintak tolong kupaskan.
Saya kongsikan 7 tips untuk anak jadi pencinta buah, dan tak tolak apa saja jenis buah yang diberi.
1. Ibu ayah ambil dan makan buah dulu, anak tengok dan anak akan ikut.
2. Mula dari seawal usia anak boleh makan.
3. Sediakan buah sentiasa di rumah tanpa putus bekalannya.
4. Pelbagaikan pilihan rasa buah yang ada di rumah, dari manis, tawar, masam dan lain-lain rasa.
5. Pelbagaikan pilihan warna dan bentuk buah supaya menarik minat anak untuk mencuba.
6. Elakkan simpan di rumah bekalan ultra processed food seperti jajan, roti, biskut, coklat, aiskrim dan cereal.
7. Doa sentiasa tanpa putus supaya buah jadi sahabat baik anak kita.
Ini saja yang saya buat. Jika ada ibu ayah yang masih struggle nak beri anak makan buah, boleh cuba ya perkongsian saya ini.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Sekarang setiap pagi sebelum ke tempat kerja, pusara arwah isteri tempat saya dan anak-anak melepaskan rindu. Inilah tempat persinggahan sejak isteri meninggalkan kami sekeluarga,”Itu luahan bapa kepada dua anak, Ahmad Mu’arif Ahmad Khairuddin, 30, yang masih sukar menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.
Meninggal selepas 2 minggu lahirkan anak
Menerusi laporan BH, Ahmad Mu’arif yang kini terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada dua anak mereka yang masih kecil berkata isterinya, Fitryayumi Jamaris, 29, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Selayang pada 23 Ogos lalu, dua minggu selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Arwah isteri saya dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, saya sendiri tidak pasti dari mana dia dapat virus itu.
“Kami bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis itu ditutup, kami tidak dapat bekerja dan banyak duduk di rumah.
“Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke Hospital Selayang dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada 8 Ogos lalu,” katanya yang memberitahu, selepas itu arwah ditidurkan kerana kadar oksigen menurun, bahkan tidak sempat melihat dan menyentuh bayi dilahirkannya.
“Minggu pertama ditidurkan, keadaan isteri saya nampak semakin baik dengan kadar oksigen stabil. Namun, pada minggu kedua, oksigen mula menurun dan terus merosot sehinggalah dia dijemput Ilahi pada pagi, 23 Ogos lalu,” katanya.
Anak sulung kerap bertanya, tidur pegang gambar ibu
Selepas isteri tiada, terasa dunia saya gelap dan tidak tahu bagaimana nak teruskan hidup. Apa yang saya boleh lakukan sekarang, setiap hari singgah ke pusaranya, bacakan doa dan turut bercerita kepadanya hari-hari yang saya lalui tanpanya bersama anak-anak.
“Itulah kekuatan saya, bila mengunjungi pusara arwah isteri. Tidak kira hujan ribut pun saya redah, ada ketika saya bawa anak sulung yang berumur tiga tahun kerana dia masih setiap hari kerap bertanya mengenai ibunya, bahkan tidur pun memegang gambar arwah,” katanya.
Kisah pemergian Fitryayumi turut dikongsikan di laman web ‘Memorial COVID-19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.
Ibu tolong jaga anak-anak buat sementara waktu
Ahmad Mu’arif berkata, kehidupannya turut berubah sepenuhnya kerana perlu memberi perhatian kepada dua anak iaitu Ahmad Qhutbie Zayyan, 3 dan Ahmad Qhutbie Zaffran, yang baru berusia sebulan.
“Buat masa ini, anak-anak dijaga oleh ibu saya yang bekerja di sekolah sebagai pekerja pembersihan, memandangkan sekolah ditutup, jadi dia menjaga sementara.
“Saya mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan lebih fleksibel selepas ini apabila ibu sudah mula bekerja semula kerana perlu menjaga anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai jurujual pakaian.
Harap dipermudahkan urusan membesarkan anak
Ahmad Mu’arif berkata, pendapatannya yang sedia terjejas kerana pandemik COVID-19 semakin membebankan selepas isterinya meninggal dunia.
“Dulu boleh berkongsi dengan isteri untuk bayar rumah sewa dan uruskan keperluan anak, tetapi semuanya kini terletak di bahu saya seorang.
“Bayangkan, untuk uruskan jenazah isteri pun saya hanya ada RM500 wang simpanan dan mujur duit itu cukup untuk mengupah khidmat pengurusan jenazah swasta,” katanya.
Beliau turut berharap pihak berkuasa memudahkan pengurusan COVID-19 khususnya bagi membuat tuntutan dan bantuan seperti zakat.
“Saya harap kerajaan pertimbangkan peruntukan untuk anak-anak kepada mangsa COVID-19, mudahkan juga urusan bantuan zakat kerana contohnya sekarang, saya tidak boleh memohon (zakat) kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk dokumen lengkap perubatan dikeluarkan pihak hospital,” katanya.
Mu’arif turut berharap golongan bapa tunggal turut dibantu, dengan bantuan sewajarnya diberikan untuk kebajikan anak-anak yang masih kecil terutama berkaitan penjagaan dan asuhan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!