Pelakon Aman Graseka berkata dia terpaksa menangguhkan untuk melakukan acara ‘jejak tanah’ untuk anak lelakinya Aishyraf Mikail Shah, berusia setahun dua bulan kerana kurang sihat.
Memetik Harian Metro, Aman berkata anaknya itu turut dimasukkan ke hospital akibat demam yang menyebabkan sawan dan terpaksa menangguhkan acara itu pada Disember depan.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti.
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Pelakon yang kini menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah berkata anaknya itu perlu dibawa berjumpa pakar untuk mengenal pasti virus di matanya itu.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar.
Ads
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata.
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” katanya.
Dalam pada itu, Aman mengakui sukar untuk dipanggil berlakon apatah lagi dia menetapkan syarat enggan bersentuhan dengan muhrim dalam lakonan. Ujarnya lagi, kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,” katanya.
Ads
Aman juga mengakui susulan syarat yang ditetapkannya itu memberi kesan terhadap kariernya namun dia percaya pada rezeki dan akan terus berusaha mencari perndapatan.
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezek datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Nurul Amrina Zamri, 33, dia turut mempunyai anak lelaki, Aishymir Mateen, kini berusia tiga tahun.
Kita semua tahu mengenai kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri. Tetapi tahukah anda, susu badan juga boleh mengurangkan risiko obesiti pada si manja?
Kebaikan penyusuan susu ibu
Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan banyak faedah. Sebelum ini pun, sudah ada yang mengatakan kaitan susu badan dengan peranannya mencegah masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak.
Cuma, bukti yang diperolehi tidak begitu jelas dan agak kabur. Pun begitu, berdasarkan penyelidikan terkini mengesahkan, penyusuan secara eksklusif kepada anak yang terdedah dengan risiko obesiti secara genetik boleh memberikan kesan yang baik.
Ini terutamanya apabila melibatkan aspek nilai indeks jisim badan (BMI) ketika dewasa kelak. Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan, penyusuan susu ibu secara terus atau langsung daripada payudara kepada bayi dapat mengurangkan risiko obesiti pada tahap terendah.
Penyusuan itu perlulah dilakukan untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan si kecil.
Kajian mengenai susu badan & risiko obesiti
Kajian tentang manfaat susu badan dalam menurunkan masalah kegemukan ini melibatkan sekumpulan 5,266 bayi yang mempunyai risiko genetik mengalami obesiti yang tinggi.
Risiko obesiti
Dalam penyelidikan tersebut mendapati bayi yang mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk tempoh 5 bulan pertama kehidupan mempunyai pengaruh besar dalam mengurangkan BMI.
Malangnya, kebaikan susu badan ini hanya dapat dinikmati oleh bayi yang diberikan penyusuan secara eksklusif untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan.
Manakala, bayi yang diberikan penyusuan campuran – susu formula dan susu ibu – tidak mendapat manfaat perlindungan yang sama.
Masalah kegemukan kanak-kanak
Obesiti, walaupun dialami pada zaman kanak-kanak, tetap boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa seperti masalah diabetes atau penyakit jantung.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa pemberian makanan yang diproses, peningkatan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video atau menonton TV dan isu kegemukan dalam kalangan ibu bapa sebagai antara penyebab utama obesiti kanak-kanak.
Pun begitu, salah satu penyebab utama kegemukan kanak-kanak adalah faktor genetik kanak-kanak. Menurut pakar pemakanan pediatrik, seorang bayi boleh mempunyai kecenderungan untuk berdepan masalah obesiti disebabkan faktor genetik.
Ini terutamanya jika terdapat ahli keluarga terdekat seperti ibu, ayah, adik-beradik atau datuk nenek berdepan masalah kegemukan atau mengalami isu dengan pengurusan berat badan.
Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk membendung risiko obesiti kepada kanak-kanak. Antaranya adalah melalui penyusuan susu ibu yang boleh dilakukan mulai hari pertama kehidupan anak.
Susu ibu juga dipercayai dapat membantu menjaga nilai BMI anak anda walaupun terdapat komponen genetik melibatkan obesiti dalam keluarga.
Tetapi bagaimana penyusuan susu ibu secara eksklusif boleh mengurangkan peratusan risiko obesiti?
Penyusuan susu ibu vs kadar obesiti
Mesti ada dalam kalangan anda yang ingin tahu hubungan antara proses penyusuan secara eksklusif dengan penurunan risiko anak untuk mengalami obesiti, kan?
Mulanya, hubungan antara kedua-dua perkara ini kelihatan agak kabur. Pun begitu, 2 sebab ini dipercayai faktor utama menyebabkan bayi yang diberikan penyusuan susu badan mempunyai kadar BMI lebih rendah ketika dewasa nanti.
Pertamanya, susu badan secara positifnya dipercayai boleh mempengaruhi bakteria usus. Secara asasnya, ia menyokong pertumbuhan bakteria sihat di dalam semua sistem pencernaan tubuh.
Sebahagian bakteria usus ini mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam perkara seperti metabolisma tenaga, fungsi gen serta sistem imun.
Mempunyai mikrobioma usus yang sihat – campuran bakteria, virus, dan kulat hidup dalam sistem pencernaan tubuh – dilihat dapat mempengaruhi berat badan seseorang individu ketika meningkat dewasa.
Sebab yang kedua, bagaimana penyusuan susu ibu boleh menjadi penyebab kepada penurunan BMI adalah berkaitan dengan aspek mekanik.
Jika anda boleh mengingati bagaimana penyusuan badan berfungsi, jelas bahawa bayi yang bertanggungjawab terhadap berapa banyak susu yang akan diminum dan bila.
Bayi akan menyusu mengikut keperluan tubuhnya. Lama-kelamaan, jumlah susu yang dihasilkan juga akan bersesuaian dengan permintaan bayi.
Sebaliknya, bayi yang menyusu dengan susu botol, selalunya ibu bapa akan ‘memaksa’ si manja menghabiskan susu dalam botol, walaupun jumlah yang dibancuh melebihi keperluan mereka.
Perbuatan ini secara tidak langsung memberikan maklum balas kepada tubuh bayi bahawa mereka harus terus makan walaupun tidak lapar.
Peranan ibu bapa
Semestinya ibu bapa bertanggungjawab dalam mengatasi masalah obesiti pada kanak-kanak yang berisiko secara genetik.
Berikut adalah 4 perkara dapat anda praktikkan untuk memberi anak permulaan yang terbaik dalam hal kesihatan sepanjang hayat:
Pemakanan seimbang
Jadi contoh terbaik dalam aspek pemakanan sihat. Masukkan banyak buah dan sayuran segar ke dalam diet keluarga anda. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan dengan memberikan anak peluang memilih beberapa resepi untuk dicuba
Hadkan makanan yang diproses, gula tinggi dan lemak tepu. Pengambilan garam, gula, dan lemak yang tinggi dalam makanan ini selalu menjadi punca peningkatan risiko obesiti pada masa kanak-kanak
Buatkan anak-anak aktif. Libatkan mereka dalam sukan pada usia muda, dan tunjukkan minat terhadap sukan mereka. Lakukan aktiviti bersama keluarga seperti menaiki basikal atau berjalan kaki bersama. Sediakan juga permainan aktiviti fizikal yang menyeronokkan di rumah
Jangan mempermainkan isu berkaitan makanan. Ia tidak boleh dijadikan ganjaran ataupun hukuman
Jika terdapat sebarang pertanyaan, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor pakar untuk langkah pencegahan yang lebih baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Baru sahaja melahirkan anak kedua 5 September lalu, penampilan Tasha Shilla yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata ini nampak seperti bukan orang dalam pantang. Penampilan yang berseri dengan solekan nipis menambahkan kecantikannya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Atiq Idris telah menarik perhatian ramai kerana gambar selepas bersalin ini nampak Tasha begitu ceria sekali.
Menerusi instagram Tasha Shilla, dia ada memuat naik satu posting keluar ke hospital bawa anak buat pemeriksaan kesihatan.
Tampil ringkas mengenakan kemeja bersama ‘leggings’ hitam, Tasha turut ditemani suami ketika sedang membuat pemeriksaan bayi perempuan mereka yang diberi nama Nyla Kaadira.
“With my baby girl Nyla Kaadira,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk love.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan ucapan tahniah dan selamat berpantang buat Tasha Shilla. Malah, tak kurang juga yang memuji kecantikannya.
“Alhamdulillah syukur direzekikan sepasang.. big congratulations to you😍”
“Congratulation pretty mommy still maintain and sweet always”
“Mommy looking good😍”
Terdahulu, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak selamat melahirkan cahaya mata kedua bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara pembedahan sekitar 10.37 pagi, 5 September lalu.
Tasha dan Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raees Zander kini berusia setahun lima bulan
Kredit: IG Tasha Shilla
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Ujian setiap orang tak sama. Diuji dengan anak sakit, bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada kekuatan untuk menempuhinya. Tiada ibu minta untuk anak yang dilahirkan sakit. Namun ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu menolaknya.
Kisah anak syurga, Khadejah Aisyah yang dikongsikan oleh ibunya cukup menyentuh hati. Walaupun Khadejah istimewa di mata kedua ibu bapanya, kasih sayang buat dirinya tak pernah berbelah bahagi.
Kongsi ibunya, tanggal 18 September lalu, genap usia Khadejah 7 bulan. Namun dah hampir 3 bulan Khadejah berkampung di hospital, membesar pun di hospital. Sempat balik rumah 2 bulan ja.
Lepas Khadejah buat shunt kali kedua dan terpaksa buat trachy akibat masalah pernafasan Khadejah belum balik rumah lagi.
Ibu nak memohon secebis doa dari ibu-ibu untuk Khadejah Aisyah. Semoga Allah angkat semua penyakit Khadejah.
Tak ada apa yang mustahil sayang. Ibu yakin anak ibu akan sihat. Anak ibu akan ada lama dengan ibu. Ibu yakin dengan Allah, akan ada satu hari nanti Allah akan turunkan rezeki untuk anak ibu sihat sepenuhnya. Ibu hanya perlu kuat dan yakin dengan Allah sayang. Ibu kuat untuk anak ibu. Ibu akan terus kuat, kita ada Allah kita minta pada Allah ye sayang.
Sejak lahir hidap pelbagai penyakit
Apa yang istimewa Khadejah ini sejak lahir dia disahkan hidroceplus, jantung berlubang, jejunal atresia(usus), masalah pernafasan dia dan kecacatan kedua kakinya supaya dia dapat berjalan macam anak-anak yang lain dan sihat seperti anak-anak yang lain.
Doakan juga Khadejah tak bergantung dengan oksigen dan balik rumah tanpa oksigen. Semoga ada doa-doa ibu yang diangkat Allah SWT..InsyaAllah Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.