Semakin menginjak usia remaja, anak sulung pasangan doktor, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina kini sudah pun berusia 12 tahun.
Melalui Instagram, kedua pasangan ini, baik Dr Halina mahupun Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan ucapan manis buat cahaya mata sulung mereka, Bella.
Namun yang paling menarik pastinya hadiah hari lahir buat Bella yang menarik perhatian ramai. Anak kecil itu yang kini menginjak usia remaja hanya mahu membeli belah bersama ibunya ke kedai kesukaan wanita.
“My firstborn turns 12 yesterday.
Ads
“Saya tanya dia apa dia nak untuk birthday. Dia kata dia nak ajak I pergi Sephora. Like mother like daughter! Hahaha.
“Happy birthday B! Mommy loves you,” tulisnya.
Ads
Rata-rata pengikut setia Dr Halina di Instagram turut bersetuju dengan pilihan Bella untuk ke kedai barangan make up yang sememangnya menjadi pilihan wanita.
Seorang bayi berusia 20 hari maut dipercayai akibat tersedak susu, di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Dalam kejadian jam 3.07 petang itu, bayi perempuan berkenaan disedari tidak sedarkan diri oleh bapa angkatnya yang berusia 35 tahun.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata lelaki berkenaan kemudian menghubungi klinik kesihatan berhampiran sebelum bayi terbabit disahkan sudah meninggal dunia.
“Ketika kejadian bayi berkenaan dipercayai sedang menyusu di rumah sewa lelaki berkenaan di Tanjung Kupang.
“Mangsa kemudian mendapati anak perempuannya itu tidak bergerak dan disyaki sudah meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.
“Mangsa menghubungi klinik kesihatan berhampiran sebelum bayinya itu disahkan sudah meninggal dunia, ” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, bayi perempuan berkenaan dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)pada 27 September lalu.
“Jenazah bayi berkenaan dihantar ke HSA untuk tindakan bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, perkongsian Dr Azila Mohd Kasim mengenai cara elakkan bayi tersedak susu ini boleh ibu praktikkan. Kita cuba, selebihnya kita serahkan pada-Nya.
Hari ini ada lagi kes bayi meninggal dunia akibat tersedak susu.
Masa saya beranak kecil, semasa anak-anak bayi..perkara yang paling saya takuti adalah bayi lemas akibat susu. Alhamdulillah..saya sudah melepasi fasa tersebut.
Saya kongsikan tips susukan bayi :
➡️ Jangan menyusukan bayi bila susu badan terlalu penuh, aliran air susu yang laju boleh membuatkan bayi tersedak.
➡️ Jangan biarkan bayi bawah 6 bulan minum susu sendiri tanpa pantauan, bayi bila tersedak boleh mengakibatkan risiko kematian mengejut.
Selepas susukan anak, jangan lupa sendawakan bayi ya.
Apabila bayi merengek semasa menyusu, itu menandakan bahawa bayi sudah mula tidak rasa selesa pada perutnya.
Jadi, berhenti menyusukan dan cuba sendawakan bayi. Menangis yang berterusan dapat membuatkan bayi tertelan lebih angin sehingga membuatkannya meragam dan mudah termuntah.
Di dalam badan bayi mengandungi gas dan mereka cuba untuk keluarkan gas tersebut. Apa yang berlaku adalah abdomen bayi sedang mengalami kontraksi untuk menolak gas yang terapung, yang bergerak untuk disendawakan.
Jadi bayi akan menangis, berbunyi, cuba bercakap untuk beritahu bahawa dia tidak selesa.
Waktu Terbaik Sendawakan Bayi
➡️ Bagi yang menyusu botol. Adalah dinasihatkan untuk sendawakan bayi selepas menyusukannya sebanyak 2 ke 3 auns (60 ke 90 ml) susu.
➡️ Bagi yang menyusu badan, sendawakan anak sebelum beralih ke sebelah payudara lagi.
Posisi Betul Untuk Sendawakan Bayi
Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi mengikut kesesuaian ibu bapa.
1️⃣ Sandarkan bayi pada bahu.
Caranya ialah melentokkan bayi pada bahu dan menepuk belakangnya dengan perlahan.
Bayi ditiarapkan @ dibaringkan di atas bahu ibubapa / penjaga di mana dada bayi akan ditekan oleh bahu penjaga.
Tambah bantuan dengan menepuk secara perlahan / gosok belakang bayi bagi memudahkan gas dikeluarkan.
2️⃣ Bayi ditiarapkan di atas lengan secara 45° dan tepuk secara perlahan-lahan di belakang bayi.
Sebelah tangan digunakan untuk menyokong dada dan sebelah lagi untuk menepuk belakang. Lentokkan badan sedikit ke hadapan untuk memudahkan sendawa.
Bagi bayi baru lahir, pastikan leher dan kepala disokong.
3️⃣ Meribakan bayi dan tepuk bayi secara perlahan.
Bayi ditiarapkan di atas riba dan tepuk-tepuk sahaja belakang bayi untuk memudahkan gas dikeluarkan.
Menukar bayi kepada beberapa posisi juga dapat membantu mengeluarkan angin dengan lebih lancar.
Fokuskan menepuk belakang bayi pada bahagian kiri kerana lokasinya yang berdekatan dengan perut.
Jika bayi meragam tetapi tidak dapat sendawa, ibu bapa boleh cuba untuk melakukan urutan lembut pada bahagian perut atau lakukan pergerakan ‘mengayuh basikal’ dalam keadaan bayi berbaring.
Melatih bayi untuk meniarap juga dapat membantu mengurangkan gas dalam perut.
Persediaan Yang Boleh Dilakukan
Sediakan kain lap yang bersih ketika menyusukan bayi. Harus diingat bahawa bayi boleh termuntah semasa sendawa.
Sampai Bila Bayi Patut Disendawakan?
Pada awal kelahiran bayi perlukan perhatian khusus kerana anggota badannya yang masih berkembang.
Lama-kelamaan, ibu bapa tidak perlu sendawakan bayi sekerap dahulu kerana sistem penghadamannya yang semakin matang mengikut usia.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibubapa sekalian.
Masih ramai ibu yang kesedihan kerana terpaksa mencatu susu anak masing-masing. Ramai yang tiada wang kerana tidak dapat keluar bekerja kesan wabak Covid-19. Ramai yang menangis merayu memohon RM20 sahaja untuk membeli susu anak mereka.
Ramai yang sudah bancuh susu pekat untuk anak masing-masing, ada yang beri sirap dan teh o sahaja. Terpanggil untuk membantu, inisiatif bapa (En Khairul Abdullah)ini harus dipuji. Dia akhirnya dapat membantu beberapa buah keluarga yang memerlukan hasil sumbangan orang ramai.
***En Khairul Abdullah yang mempunyai 3 cahaya mata lelaki pernah muncul dalam rancangan Keluarga Throwback terbitan Majalah Keluarga.***
Jomlah, kita pakat bantu sekadar mampu. Together we can.
Semalam aku tidur awal. Tak daya nak teruskan kerja-kerja bantuan. Stress baqhang. Hanya team aku yang asalnya 5 orang dan kini dah jadi 15 orang bertungkus lumus bergilir-gilir bersengkang mata memproses permohonan dan meluluskan bantuan.
Komited sungguh depa ni walaupun masing-masing ada keluarga dan tanggungjawab di rumah dan di tempat kerja. Aku dok pikir macam mana lah nak balas budi baik depa ni.
Takkan nak belanja KFC jer kan?
Pagi ni, ada pemohon bantuan bagitau, YB kawasan dia yang suruh dia contact dan mohon bantuan dengan kami. Aku rasa YB tu pun dah habis duit dah kot.
Dana kami pun dah susut sangat dah. Setakat ini kami dah beri bantuan kepada lebih 1200 keluarga. Ada beribu-ribu lagi yang memohon. Setiap pagi kami menerima ribuan permohonan walaupun kami dah stop sementara.
Tak tergamak weh tengok orang menangis merayu demi anak-anak. Ada yang bancuh air gula dan paksa anak minum. Sedih wehh.
Malangnya kami hanya mampu bantu sekitar 400 keluarga sahaja lagi dengan dana yang ada.
Jika kalian ingin turut membantu, kami sedia menerima sumbangan bagi membolehkan ramai lagi menerimanya.
Bantuan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Bank: CIMB – 8009705253 Acc: KA Creative Services Reference: Infak Dana Susu Bayi
Terima kasih banyak-banyak.
Semoga sumbangan kalian semua dirahmati Allah dan diberikan ganjaran berlipat kali ganda. Aamin.
P/s: Dah selesai semua ni nanti aku akan daftar NGO. Lebih senang dan aku harap takde lagi orang tuduh aku tipu.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
#InfakSusuBayi
#StayAtHome
#SusuUntukSemua
Selalunya anak perempuan dikaitkan dengan emosi yang mudah tersentuh dan harus dijaga perasaannya berbanding anak lelaki. Tetapi sebenarnya, anak lelakilah yang memerlukan lebih perhatian dari ibu bapanya.
Melalui artikel yang dipetik dari laman web Hello Doktor, dikatakan anak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif dan memerlukan sokongan sepenuhnya dari ibu bapanya.
Kenyataan ini diambil berdasarkan sebuah kajian yang dipanggil sebagai The Fragile Male. Kajian ini adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif kerana dipengaruhi emosi dan perasaan si ibu.
Selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya berbanding bayi perempuan. Perkembangan otak untuk bayi perempuan adalah enam minggu lebih cepat.
Perkembangan yang cepat ini memberi kelebihan kepada bayi perempuan untuk mendapat momentum yang lebih baik. Bayi lelaki pula akan sedikit ke belakang.
Ia bukan sahaja mempengaruhi aspek tumbesaran fizikal tetapi sikap matang sosio-emosi mereka. Sebab itulah, sebagai ibu bapa kita dapat melihat tumbesaran anak perempuan adalah lebih cepat dari anak lelaki.
Sebagai ibu bapa, kita biasanya akan membesarkan dan mendidik anak lelaki dengan cara yang lebih ‘keras’ berbanding anak perempuan. Anak lelaki biasanya diperkenalkan dengan permainan yang berunsur lasak serrta didikan juga lebih berunsurkan kelelakian.
Sebenarnya cara ini membentuk keperibadian yang kasar dalam jiwanya. Mungkin juga mereka membesar sebagai individu yang kurang sensitif terhadap perasaan orang lain.
Tunjukkan sokongan kepada anak lelaki untuk membantu mereka mengendalikan emosi mereka untuk menjadi individu yang lebih prihatin. Inilah apa yang boleh anda lakukan:
# Galakkan anak lelaki untuk meluahkan perasaan secara verbal. Apabila mereka menangis, jangan dimarahi. Biarkan mereka menangis untuk meluahkan apa yang dirasai.
# Apabila anak lelaki sedang bercerita kepada anda, berikan perhatian. Respon dengan setiap cerita mereka. Jangan menyampuk atau mencelah kata-kata mereka.
# Peluk dan ciumlah pipi serta dahi anak lelaki seperti yang dilakukan pada anak perempuan. Mungkin mereka nampak kasar, tetapi sebenarnya anak lelaki sangat menghargai jika ibu bapa menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan.
# Bercakap dengan lembut dan elakkan komunikasi secara kasar dengan mereka.
Tidak kisahlah anak lelaki mahupun anak perempuan, tunjuklah kasih sayang kepada mereka secara sama adil. Ibu bapa yang melayan anak dengan emosi yang seimbang, pastinya melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
Ketahui punca pneumonia kanak-kanak, simptom awal, faktor risiko dan langkah pencegahan penting yang ibu bapa perlu tahu untuk melindungi anak daripada jangkitan paru-paru berbahaya.