Seorang pemandu wanita, Lee Zi Rou, 21, yang dihempap kontena dalam kejadian tragis di lampu isyarat Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah pada Rabu lalu, sempat menelefon ibunya empat minit sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Dalam satu temu bual bersama China Press, ibu mangsa yang dikenali sebagai Lim, 42, berkongsi detik memilukan apabila anaknya menelefon dalam keadaan meraung kesakitan. Suara Lee yang teresak-esak tiba-tiba bertukar senyap, meninggalkan ibunya dalam keadaan pilu dan tidak berdaya.
Dalam detik penuh pilu, seorang pemandu wanita yang dihempap kontena sempat menghubungi ibunya, mengerang kesakitan dalam panggilan terakhir itu. Lim, ibu kepada mangsa, bertanya dengan cemas tentang keberadaan anaknya, namun tiada jawapan yang diterima.
Suara anaknya yang perlahan dan penuh derita tiba-tiba menjadi senyap. Lim hanya mampu berbisik dengan hati yang luluh, “Saya dapat rasakan dia telah meninggal dunia.” Saat itu, seluruh dunianya seakan runtuh, meninggalkan luka yang tak mungkin terubat.
Ads
Ibu pemandu wanita dihempap kontena terkejut anak telefon, biasa mesej sahaja
Lim yang berkongsi berkenaan situasi dialami ketika itu menyatakan yang dia kerap berpesan kepada anak-anak untuk menghantar sahaja mesej jika ingin memberitahu perkara tidak penting.
“Jadi, apabila mereka menelefon, sudah pasti perkara tersebut adalah kecemasan ataupun mustahak.
“Jika mereka telefon, bermakna ada kecemasan. Jadi apabila Zi Rou telefon, saya berasa takut,” katanya sebak.
Mummy! Sakit sangat!” kata Lim.
Ads
Dengan hati yang dipenuhi keresahan, Lim meminta anak perempuannya yang lain membawa ke laluan yang sering digunakan oleh Lee Zi Rou untuk ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan, Lim berkali-kali cuba menghubungi anaknya, namun panggilan itu tidak pernah dijawab.
Saat panggilan akhirnya diangkat, suara seorang lelaki di hujung talian memberitahu berita yang menghancurkan hati seorang ibu – anaknya terlibat dalam kemalangan.
Setibanya di lokasi kejadian, Lim merayu untuk menyelamatkan anaknya, tetapi keadaannya amat mustahil. Kontena yang menghimpit terlalu berat, dan waktu terus berlalu tanpa belas.
Ads
“Anak saya telefon pada pukul 9.24 pagi… dan pada pukul 9.30 pagi, dia telah tiada,” katanya dengan linangan air mata yang tak mampu dibendung.
Difahamkan pada pagi Rabu, sekitar jam 9.15, Lee Zi Rou, 21, dalam perjalanan bersendirian ke tempat kerja, menemui ajal selepas sebuah kontena terjatuh dari lori treler dan menghempap kenderaannya.
Ketika itu, mangsa sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah. Lori treler yang datang dari arah bertentangan dipercayai membuat belokan tajam ke kiri sebelum kontena yang dibawa jatuh dan menghempap kereta mangsa.
Kenderaan yang dipandu Zi Rou remuk teruk akibat hentaman tersebut, dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian itu turut melibatkan beberapa kenderaan lain, dengan seorang pemandu, Tan Chou Theng, 25, mengalami kecederaan. Tan berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum bantuan tiba dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan.
Sumber: The Star (Arnold Loh)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aura penyanyi nombor satu negara ini bukan biasa-biasa. Apa sahaja yang digayakan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza tetap kena malah cantik digayakan.
Paling terbaru, satu rakaman video yang tular meraih perhatian ramai.
Melalui video yang dikongsikan itu, Siti tampil cukup ringkas dengan hanya bertudung litup malah bersimpuh di atas lantai sambil cuba melakukan sesuatu kepada telefon bimbitnya.
Gayanya bersahaja, apa lagi pemakaiannya yang cukup sederhana. Langsung tidak menggambarkan populariti yang dimilikinya. Begitu merendah diri.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya gaya bersahajanya bahkan aksi Dato Siti yang cuba menegakkan telefon bimbitnya tanpa sedar dirakam oleh seseorang.
Sebaik menyedari gelagatnya itu dirakam, reaksi Tok Ti mengundang tawa orang ramai malah memuji kecomelan penyanyi nombor satu negara itu. Tok Ti tetap comel walau dalam apa sahaja situasi.
Reaksi Siti yang comel dan keanakkan itu sudah semestinya menarik perhatian orang ramai. Apa lagi penampilan ringkasnya dengan tudung sarung yang diakui selesa oleh semua wanita.
Sekiranya terpaksa keluar untuk membeli barangan keperluan dapur, timbul juga rasa was-was kerana sudah tentu kita terpaksa memegang dan memilih produk yang mahu dibeli. Tentu kita risau kerana tidak tahu siapa lagi yang sudah menyentuh barangan itu.
Ada tatacara yang betul untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 jika anda ke pasar raya. Perkongsian ini dibuat oleh Pn Noreny Rahmat melalui laman Facebooknya.
Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya
Pihak kerajaan telah keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini.
Rakyat Malaysia dinasihati supaya tidak keluar rumah jika tidak ada hal penting seperti keluar membeli barangan keperluan seperti makanan.
Tapi, mesti ada dikalangan anda yang was-was untuk keluar kan? Sebab takut dijangkiti COVID-19 ini.
Iyalah, kita tidak tahu siapa yang pegang barangan yang kita mahu beli itu, mungkin mereka sudah dijangkiti COVID-19.
Kalau yg keluar beli makanan di pasaraya tatacara yg betul adalah:
1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil brg di rak2 pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.
2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa xsebar virus, virus pun xbleh masuk ke rongga hidung, mulut dr luar.
Langkah selepas balik dari membeli makanan:
1. Jgn disambut oleh ahli keluarga terutama anak2. Elakan dr terus bertemu ahli keluarga lain.
2. Terus masuk kedlm toilet, buka semua pakaian dan masukan dlm beg plastik utk dicuci terus.
3. Baru buka mask dan sarung tangan.. terus buangkan dlm plastik khas. Jgn buang dlm tong sampah biasa untuk elakkan virus bersentuh dengan sampah-sampah lain dan sukar untuk dikendalikan.
4. Mandi dan cuci dgn sabun, detol.
5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.
6. Barang2 yg dibeli, jgn terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yg dibeli, boleh mati slps 8 jam. Jika taknak tunggu 8 jam pun boleh. Terus pergi sinki basuh dengan sabun untuk matikan virus kalau ada. Barang2 basah pun sama, basuh bungkusan luar dengan sabun, jangan pergi basuh barang basah dengan sabun pulak. Kang jadi cerita PRamlee 🥴
Jika beli makanan siap masak:
1. Pastikan kedai yg bersih 2. Pastikan tiada crowd yg ramai menunggu 3. Beli dan terus balik. 4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas td. Makanan siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan. Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah.
Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Baru lah efektif.
Susah tak…. ya amat menyusahkan. Stay at home…kita disiplin ikut arahan kawalan pergerakan..maka cepatlah ianya berakhir.
Doa, solat, mengaji al Quran dan jaga diri…✌
Bolehlah gunakan cara ini jika terpaksa keluar membeli barangan keperluan dapur. Sama-sama kita doakan agar keadaan segera pulih seperti biasa. Ingat, hanya seorang yang dibenarkan untuk keluar pada satu masa sekiranya perlu keluar rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Adam Corrie meminta para suami berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat.
Adam yang menempuh pengalaman selama 10 tahun tanpa kehadiran zuriat dalam perkahwinannya itu turut berkongsi nasihat dan pesanan melalui Instagramnya.
Menimang cahaya mata sulungnya selepas 10 tahun berkahwin kata Adam perlu disusuli dengan doa dan usaha malah berikhtiar semampu yang boleh untuk memiliki zuriat.
“Nak kahwin lagi sebab tak ada anak? Ini pengalaman saya. Usaha dulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak. Makan masa, ada cepat dan ada yang makan tahun,” katanya berkongsi.
Menurut Adam lagi, ditambah dengan kemajuan dalam dunia perubatan kini, bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk mendapatkan zuriat dengan mengikut syariat.
“Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih. Macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat. Jika dah usaha semuanya dan gagal, cuba lagi gagal juga, berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi.
“Minta pertunjuk, adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk.
“Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?.
“Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40 tahun. Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah,” tulisnya.
Terdahulu, Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun menanti.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.