Untitled design

Tidak sangka mengambil pelbagai sajian menyebabkan efek kesihatan kepada aktres Wawa Zainal. Ibu hamil lima bulan ini kini ditahan di wad untuk rawatan.

Menerusi kemaskini Instagram suami Wawa, aktor Aeril Zafrel me aktres ini memberitahu perkembangan terkini diri isterinya.

“Berat sungguh dugaan seorang isteri/ibu…

“Wahai lelaki…hargailah dia….

“Doakan Wawa baik-baik saja semua…”

Manakala Wawa sendiri menerusi Insta story berkongsi tentang keadaan dirinya dalam video yang menyatakan dirinya sedang berada di hospital bersama Aeril.

Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad

Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad

WAWA MAKAN MAKANAN LAUT, TARAP, NANAS & MAKANAN LAUT

Menurut laporan sebuah akhbar, Aeril turut memaklumkan yang isterinya itu telah mengambil pelbagai jenis sajian ketika berada di Kota Kinabalu.

“Semalam Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut.

“Mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan,” kata pelakon Aeril Zafrel mengenai keadaan isterinya, Wawa Zainal yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah.

IKLAN

Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad

KEADAAN STABIL & TIDAK SERIUS

Aeril berkata, buat masa sekarang isterinya dalam keadaan stabil dan tidak terdapat sebarang masalah serius.

Menurut Aeril, jika semuanya baik, Wawa akan dibenarkan keluar petang ini.

Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad

MUNGKIN MAKAN BANYAK ATAU TINDAKBALAS BAYI

IKLAN

Aktor ini turut menjelaskan yang punca masalah kesihatan yang dihadapi Wawa ketika itu.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk.

“Pagi tadi dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan,” katanya.

BUKAN PERTAMA KALI TERJADI

Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama.

IKLAN

“Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi.

“Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja,” katanya.

Aeril dan Wawa berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja sejak sejak beberapa hari yang lalu.

Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad

Rakan artis dan peminat mendoakan agar keadaan Wawa dan bayi dalam kandungan dalam semakin baik. Tidak kurang juga memuji sikap Aeril yang sangat menghargai Wawa, sentiasa ada disisi ketika sakit.

Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad Mungkin Makan Banyak Atau Tindakbalas Bayi Dalam Kandungan, Wawa Zainal Ditahan Wad

Sumber: IG Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Harian Metro

Artikel berkaitan: [ “Sentiasa Anggap Suami Anda Paling Handsome Di Dunia Walaupun..” Wawa Zainal Kongsi Tip Rumah Tangga Bahagia ][ Cara Aeril Zafrel Tunjuk Sayang Pada Wawa Zainal Melahirkan Anak-Anak Yang Ceria Dan Gembira  ]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI