Ibu mengandung akan diminta untuk meminum air gula bagi melihat sama ada mempunyai kencing manis atau tidak. Proses ini dipanggil sebagai Modified Glucose Test Tolerances (MGTT).

Jangan ingat doktor atau jururawat saja-saja beri air gula ni ya. Ada sebabnya mengapa ibu hamil perlu melalui proses ini. Dr Erna Nadia telah berkongsi info tentang hal ini:

Disuruh Minum Air Gula, Confirm Diabetes. Persepsi Salah, Air Gula Bukan Penyebab!

KENAPA KENA MINUM AIR GULA?
TAK MENGANDUNG PUN KENA MINUM?

Ramai rupanya yang salah faham tentang kenapa kena minum air gula atau disebut sebagai Glucose Test Tolerances. Masa mengandung disebut MGTT (Modified Glucose Test Tolerance).

Ada yang ingat disebabkan kena minum air gula tu lah yang kena kencing manis tu sebab airnya manis bebenor.

Nope!
Salah sama sekali.
Tidak tepat.

Anda perlu faham yang nak kena kencing manis tahap dua atau semasa mengandung ni mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk terjadi. Ini berlaku akibat organ pankreas tidak dapat lagi menghasilkan insulin yang cukup untuk memproses paras gula dalam badan.

Sebab itu kalau minum air gula tu tak adanya terus dapat kencing manis, melainkan sudah ada kencing manis tapi tak tahu🙂

Artikel Menarik: [Mengelat Pakai Tali Pinggang Masa Hamil, Ini Cara Pakai Tali Pinggang Yang Betul Waktu Hamil!]

Kencing manis jenis satu pula boleh terus tahu semasa kecil lagi kerana organ bernama pankreas memang sudah ada masalah untuk proses insulin. Jadi, paras insulin memang lahir lahir saja dah rendah.

Ok, boleh faham, kan?😊

Jadi kenapa kena ada ujian minum air gula yang bluwerkkk tak sedap ni?
Untuk menguji organ pankreas kita.

IKLAN

Kenapa kena uji?
Untuk pastikan yang kita memang tak ada kencing manis.

Kenapa nak kena tahu sangat ada kencing manis atau tak ni?
Sebab pentinglah untuk kesihatan anda.
Jika mengandung, lebih penting kerana ianya melibatkan janin di dalam rahim anda juga.

Masa mengandung, jika ada kencing manis, risiko untuk bayi meninggal, bayi terlalu besar, bayi tidak sihat, bayi pramatang, risiko bayi mendapat kencing manis selepas dilahirkan, ibu menjadi hipoglisemia dan risiko ibu mendapat darah tinggi atau eclampsia semasa dan selepas mengandung.

Disuruh Minum Air Gula, Confirm Diabetes. Persepsi Salah, Air Gula Bukan Penyebab!

Sebab itu, bila umur sudah lebih 25 tahun, ada sejarah keluarga terdekat yang ada kencing manis, pernah kena kencing manis untuk kandungan sebelum itu, berat naik banyak perlu minum air gula untuk kita pantau kesihatan ibu tadi.

Kasihan janin untuk ibu yang ada kencing manis sebab organ pankreas dia sendiri juga diperlukan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah ibu dia. Akibatnya organ pankreas janin itu yang terjejas akibat ‘overwork’.

Ok, mari kita fahamkan apa berlaku bila minum air gula. Sama sahaja konsep samada mengandung atau tidak.

Kita akan disuruh puasa sekurang kurangnya 8 jam sebelum itu.

IKLAN

Datang klinik, ambil darah semasa puasa.
Kemudian terus minum air gula. Misi akan bancuh air gula berkepekatan 75g. Habiskan dan rehat. Lepas dua jam, darah akan diambil sekali lagi.

Kenapa dua jam?
Kerana jika organ pankreas anda masih normal, sepatutnya ianya boleh menghasilkan insulin untuk memastikan paras gula dalam darah anda kekal normal.

Semasa puasa, patutnya kena kurang 5.1 g/dl.
Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 7.8 g/dl.
Ni untuk ibu mengandung.

Artikel Menarik: [Bayi Sihat & Cantik, Amalkan Makanan Sunnah. Usaha Ibu Jaga Kandungan]

Untuk yang tak mengandung,
Semasa puasa, patutnya kena kurang dari 6.0 g/dl.
Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 8.0 g/dl.

Jika keputusan anda lebih dari yang disebut, anda sudah dikira ada kencing manis.

Ada satu ujian lagi yang disebut sebagai hba1c akan dilakukan. Ujian ini adalah sebagai kawalan paras gula dalam badan selama 3 bulan.

Jika lebih dari 6.5 g/dl bermakna kencing manis anda memang tidak terkawal.

IKLAN

Haaa gitchewww😉

Jadi, boleh faham kan kenapa kena minum air gula untuk uji kencing manis?
InshaAllah boleh dah kan😎

Disuruh Minum Air Gula, Confirm Diabetes. Persepsi Salah, Air Gula Bukan Penyebab!

Ada yang kutuk,
‘Bengong doktor, nak uji orang ada kencing manis tapi suruh minum air gula. Mestilah jadi kencing manis. Saja nak juai ubat dia lettew’
Begitulah kata kata individu yang malas menggali ilmu tapi cuma tahu menghentam saja✌🏻

Jangan begitu, setiap apa yang anda tidak tahu atau tidak faham, bertanyalah dahulu pada ahlinya ya. Nanti sendiri yang malu😙

Ok, marilah pergi cari breakfast.
Jangan skip makan ok sebab bila skip, nanti akan makan lebih untuk next meal dan meninggikan risiko dapat gastrik kelak.

Artikel Menarik: [Ibu Hamil & Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid-19, Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai]

Pstt : Dari takut air gula, lebih baik risau pengambilan gula seharian dalam makanan dan minuman. Hari hari tu😛

Semoga dengan penerangan Dr Erna ini dapat memberi penjelasan kepada kita akan kepentingan proses minum air gula ini ketika hamil. Buat apalah nak dielakkan, ia untuk kebaikan si ibu dan bayi dalam kandungan. Kalau takut kena kencing manis, jagalah corak pemakanan supaya tidak menjejaskan tahap kesihatan kita.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Disuruh Minum Air Gula, Confirm Diabetes. Persepsi Salah, Air Gula Bukan Penyebab!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI