Semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Tiada seorang pun minta untuk dilahirkan tak sempurna. Anak yang dilahirkan istimewa ini sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa untuk hidup.

Itulah luahan Dr Atiyah Azmi, anak kepada Prof Dr Muhaya di laman instagram miliknya, itulah moto kehidupan Muhammad sejak dalam rahim mamanya ketika dalam kandungan. Walaupun Muhammad menghadapi pelbagai cabaran kesihatan dilalui, dengan rahmat Allah, Muhammad berjuang dengan penuh semangat.

Mungkin Tak Secepat Anak Normal, Tapi Jangan Pandang Ringan Semangat Juang Si Manja Istimewa

Melalui perkongsiannya, meskipun Muhammad belum menunjukkan kemajuan untuk duduk dan angkat kepala sendiri, namun boleh lihat usaha dan semangatnya untuk berbuat demikian bila meniarap dan berusaha untuk praktis dengan lebih lama.

Malah, Muhammad juga seperti bayi biasa, pantang bila dengar orang ketawa atau cakap kuat sedikit, Muhammad juga akan kuatkan suara sebagai tanda membalas respon mamanya.

Dr Atiyah juga selitkan pengajaran yang perlu diambil oleh orang ramai, bagi yang sedang tertekan dan murung, ingatlah kembali diri tentang apa tujuan dilahirkan, teruskan maju menjalani kehidupan dengan harapan dan berkejar berbuat kebaikan kerana tidak ada seorang pun tahu bila masa mereka akan tamat sebelum ke alam kekal abadi.

Mungkin Tak Secepat Anak Normal, Tapi Jangan Pandang Ringan Semangat Juang Si Manja Istimewa

IKLAN

Semangat untuk hidup… Rasanya itulah moto kehidupan Muhammad, sejak dalam rahim Mama Tiyah dapat rasakan anak yang dikandung ni punya semangat yang tinggi.
Walau pelbagai cabaran kesihatan yang dilalui, dengan rahmat Allah.. Muhammad berjuang dengan penuh semangat.
Walaupun Muhammad belum dapat duduk dengan sendiri, kepala nak angkat sendiri namun nampak usaha dan semangat Muhammad untuk angkat kepala bila meniarap dan berusaha nak biar lama.
Bila dengar orang ketawa atau cakap kuat sikit, Muhammad pun juga akan kuatkan suara ? tanda membalas kami.
Allahuakbar.
Bismillahi MasyaAllah.
Memang luar biasa semangat anak-anak istimewa, anak syurga ni. Kita je yang juga datang dari syurga, dah terlupa dan alpa dengan hal dunia. Rasa tertekan dengan hal dunia dan kehidupan yang tidak akan henti. Sedangkan mereka yang diberi mata hati yang terang, menjalani kehidupan setiap hari dengan penuh yakin akan dicukupkan rezeki, mendapat rahmat Allah dan tenang serta redha dengan situasi diri.
Jika ada yang sedang tertekan dan murung, ayuh ingatkan diri kembali tentang apa tujuan kita dilahirkan. Renungkan berapa lamakah masa yang kita ada?
Jom kita terus maju menjalani kehidupan dengan harapan dan berkejar berbuat kebaikan.
Kerana tidak ada seorang pun yang tahu bila masa mereka akan tamat… untuk memasuki alam yang kekal abadi. ❤️
Coretan Mama Tiyah

View this post on Instagram

Semangat untuk hidup… Rasanya itulah moto kehidupan Muhammad, sejak dalam rahim Mama Tiyah dapat rasakan anak yang dikandung ni punya semangat yang tinggi. Walau pelbagai cabaran kesihatan yang dilalui, dengan rahmat Allah.. Muhammad berjuang dengan penuh semangat. Walaupun Muhammad belum dapat duduk dengan sendiri, kepala nak angkat sendiri namun nampak usaha dan semangat Muhammad untuk angkat kepala bila meniarap dan berusaha nak biar lama. Bila dengar orang ketawa atau cakap kuat sikit, Muhammad pun juga akan kuatkan suara ? tanda membalas kami. Allahuakbar. Bismillahi MasyaAllah. Memang luar biasa semangat anak-anak istimewa, anak syurga ni. Kita je yang juga datang dari syurga, dah terlupa dan alpa dengan hal dunia. Rasa tertekan dengan hal dunia dan kehidupan yang tidak akan henti. Sedangkan mereka yang diberi mata hati yang terang, menjalani kehidupan setiap hari dengan penuh yakin akan dicukupkan rezeki, mendapat rahmat Allah dan tenang serta redha dengan situasi diri. Jika ada yang sedang tertekan dan murung, ayuh ingatkan diri kembali tentang apa tujuan kita dilahirkan. Renungkan berapa lamakah masa yang kita ada? Jom kita terus maju menjalani kehidupan dengan harapan dan berkejar berbuat kebaikan. Kerana tidak ada seorang pun yang tahu bila masa mereka akan tamat… untuk memasuki alam yang kekal abadi. ❤️ Coretan Mama Tiyah Pesanan: Minum air ? banyak-banyak ya.

A post shared by Atiyah Azmi (@dratiyahazmi) on

Bagi ibu bapa yang dianugerahkan anak-anak istimewa ini, jangan pernah berputus anak untuk mendidik dan melayani anak anda. Anggap Tuhan sangat menyayangi anda sehingga menurunkan ujian yang begitu bermakna buat ibu bapa. Pa&Ma kongsikan tip untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa:-

#1 Kekal Positif Dalam Mendidik Anak-Anak Istimewa

IKLAN

Anak-anak istimewa sama juga seperti anak-anak biasa, sepanjang perjalanan membesar ada proses pembelajaran yang tertentu. Jika ibu bapa terapkan positif untuk anak-anak, InsyaAllah mereka turut rasa positif ibu bapa dan perkembangan mereka juga akan semakin baik.

#2 Jangan Malu Dengan Anak Anda

Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini mengalami kesukaran dan rasa rendah diri untuk membawa anak keluar. Ini kerana mereka khuatir orang ramai merendahkan dan pandang aneh anak mereka. Bangkit ibu bapa semua! Sebenarnya anda perlu berbangga kerana anda diuji sebegini. Malah anda perlu mengambil langkah jujur untuk menerngkan situasi anak kepada orang ramai supaya mereka peka dengan dunia sebenar.

Mungkin Tak Secepat Anak Normal, Tapi Jangan Pandang Ringan Semangat Juang Si Manja Istimewa

IKLAN

#3 Berikan Kebebasan Untuk Anak Bergaul

Ini juga menjadi masalah terbesar untuk ibu bapa. Disebabkan anak-anak ada kekurangan, mereka menyekat untuk anak-anak berkomunikasi dengan orang lain. Jika begitu, sampai bila-bila mereka tidak akan berkembang. Kan? Ibu bapa boleh berikan mereka kebebasan untuk berkawan, tetapi anda jangan pernah lepaskan mereka dari pantauan anda.

#4 Tetapkan rutin yang konsisten

Misalnya waktu makan, bermain dan tidur. Dengan mengekalkan rutin ini, mereka lebih peka dengan apa yang perlu mereka lakukan untuk kehidupan seharian mereka. Malah, ini juga akan mengajar mereka untuk lebih berdisplin dalam menguruskan perihal diri.

Artikel Berkaitan [Bangkit Bila Jatuh, Jangan Malu Jadi ‘Single Mom’]

SUMBER: Atiyah Azmi 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI