Bersyukurlah wahai suami anda mempunyai isteri yang sangat mengambil berat. Walaupun sesekali pertanyaan dan soalan isteri itu agak merimaskan, tetapi sebenarnya ada makna yang kita tak nampak di kemudian hari.
Mungkin bagi suami, pertanyaan yang sama itu tak penting namun bagi seorang isteri itulah buktinya dia mengambil berat dan risaukan suami. Sepatutnya suami perlu berterima kasih.
Menurut Imam Muda Hassan, isteri selalu tanya “Abang Kat Mana”, bukanlah erti dia mengongkong suaminya.
Ada suami yang mengadu, katanya isteri sangat busy body, ke hulu ke hilir semua dia nak tanya. “Abang bila nak balik?”, “abang kat mana tu?”, “abang dah lewat malam ni, abang OK ke tu?
Ads
Siapa suami yang selalu dapat call atau whatssapp dari isteri soalan macam ni? Rimas ke?
Ada suami yang sampai jadi stress dengan keadaan isteri yang terlalu risaukan keberadaan suaminya. Sampaikan ada yang berperang besar dengan isu ini sahaja.
Ya, teman tahu, temanpun suami juga, orang lelaki memang tidak suka ditanya soalan-soalan macam ni sebab kita ni ketua keluarga. Kita merasakan seperti hilang kuasa ‘ketua keluarga’ bila asyik ditanya soalan sebegini kan?
Pernah berlaku tragedi di mana suami ugut isteri dengan perceraian kalau tanya soalan “abang kat mana”, si suami bagi amaran pada isteri agar jangan ambil tahu hal suami, hinggalah menyebabkan si isteri mula membiarkan keadaan suami, nak buat apa pun suka hati lah, si isteri langsung tak nak masuk campur lagi. Nak balik rumah ke, tak nak balik rumah ke, ikut mu la!
Ads
Satu hari suami terlibat dalam kemalangan tanpa pengetahuan sesiapapun termasuk isterinya. Isteripun sudah lali dengan keadaan suami yang tak balik rumah beberapa hari. Jadi isteri beranggapan suaminya sihat walafiat di luar.
Cuma panjang umur suami, Allah masih memberi nafas pada si suami untuk meneruskan kehidupan.
Ads
Daripada situ barulah suami sedar kenapa isteri kerap bertanya “abang kat mana”, bukan sebab dia busy body tapi dia sangat risaukan keselamatan suaminya di luar rumah.
So, suami ubahlah sudut pandang agar kita tidak stress dengan berbisik dalam hati tatkala isteri bertanya “abang kat mana” dengan monolog dalam hati: “isteri aku ni sayang & risaukan keselamatan aku sebab tu dia tanya aku kat mana”.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi impian setiap ibu bapa, pasti mahu membawa anak-anak ke Tanah Suci. Bukan mudah untuk bawa anak kecil untuk beribadah di sana. Mahu fokus menjalani ibadat, mahu jaga anak lagi. tetapi itu bukan alasan kerana banyak orang yang sudah berjaya melakukannya.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, merancang untuk membawa anaknya Ayden Adrean yang berusia dua tahun untuk menunaikan umrah. Kata ibu muda ini lagi, hasratnya itu sudah lama disimpan sedari dahulu sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Kali ini, Bella akan membawa kedua-dua ibu bapanya sekali bersama kenalan rapatnya untuk ke tanah suci Mekah.
Semoga urusan Bella dan keluarganya dipermudahkan di sana.
Pa&Ma kongsikan tip membawa anak kecil ke Mekah:
1. DOA & PASANG NIAT
Berdoalah sebelum ke sana. Pasangkan niat untuk menjayakan ibadat itu. Ketika berdoa, mintalah apa yang anda mahu secara terperinci. Semoga kuat, semoga larat dan mampu menahan perubahan cuaca. Jika bawa anak kecil yang sudah bebas lampin, berdoalah agar mereka dapat bertahan sekiranya perjalanan jauh atau kekangan mencari tandas.
2. PERSEDIAAN MENTAL
Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, sediakan mental dan emosi anak. Berceritalah kepada mereka tentang semua perkara di sana. Tunjukkan gambar atau video di sana.
3. PENERBANGAN YANG LAMA
Memandangkan masa penerbangan yang lama, pastikan mental ibu dan anak masing-masing bersedia. Jika risau anak bosan, sediakan material seperti buku atau permainan yang yang boleh mengalih perhatian si manja.
5. STROLLER & BABY CARRIER
Bawa bersama stroller dan baby carrier bagi memudahkan pergerakan anda ketika di sana. Ada masanya anak mungkin letih untuk berjalan dan kita juga tidak larat kalau mahu mendukung mereka, jadi dengan membawa stroller atau baby carrier, mungkin masalah itu dapat diatasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sakit, batuk, selesema bukan sahaja memberi kesan pada anak itu sendiri tetapi turut memberi kesan kepada ibu bapa untuk berjaga malam sehingga ada yang tak mendapat rehat yang cukup.
Jadi sebagai salah satu ikhtiar, boleh cuba petua minyak bawang putih yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra ini untuk membantu menyembuhkan batuk dan selesema anak kecil.
Saya nak share cara saya buat minyak bawang putih. Cara saya berbeza sikit sebab bawang putih digoreng dalam minyak. Arwah nenek saya dulu bidan kampung dan buat minyak urut sendiri. Herba/akar kayu semuanya digoreng dalam minyak & dibiarkan merenih lama supaya khasiatnya larut ke dalam minyak & tahan lebih lama. Sy adaptasi cara arwah untuk buat minyak bawang putih ni lak semoga dengan perkongsian ni, dikurniakan pahala buat arwah.. Aamiin..
Bahan-bahan:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (sy guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)
Cara-cara:
KEGUNAAN
Untuk ditambah ke dalam masakan
Mommies yang mempunyai masalah anak kurang berat badan, tambahkan sesudu minyak ni ke dalam masakan (selepas selesai memasak) untuk menambah kalori. Daun salam bukan sahaja memberikan aroma yang enak tetapi meningkatkan selera makan si manja
Pengganti tumisan bawang putih dalam masakan
Mommies yang kesuntukan masa, gunakan je sedikit minyak ni/bawang putih goreng untuk menumis. Dapat jimat masa — tak perlu lagi tambah bawang putih.
Bawang putih membantu menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit. Sapukan minyak pada bahagian dada, belakang badan & paling penting tapak kaki. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Untuk sakit tekak & batuk, boleh juga sapukan minyak ni dibahagian bawah dagu & sekitar leher untuk kesan yang lebih cepat.
Mengurangkan selsema
Rebus air & masukkan beberapa sudu minyak bawang putih. Hidu wap selama 15-20 minit. Bagi anak kecil, tiarapkan di atas riba. Mommies perlu pastikan hidung anak menghidu wap. Bawang putih adalah antibiotik terbaik, daun salam pula membantu mengurangkan masalah berkaitan pernafasan.
Menghentikan bersin
Sapukan minyak pada hidung & batang hidung. Bersin akan beransur-ansur kurang. Bagi yang mengalami gatal dalam hidung/resdung, titiskan sedikit minyak bawang putih ke dalam hidung (bahagian tepi) untuk kurangkan gatal.
Sebagai mosquito repellent
Bawang putih sangat efektif digunakan sebagai repellent kerana baunya yang kuat tidak digemari oleh nyamuk.
Mengurangkan gatal akibat gigitan nyamuk/alahan/eczema
Kedua-dua bawang putih & daun salam mempunyai efek anti inflamasi & boleh mengurangkan gatal.
Sapukan ditempat gatal & urut agar minyak meresap ke dalam kulit. Lakukan beberapa kali hingga gatal hilang.
❇Nota:
Anak saya ada ekzema dan saya sapukan minyak ni setiap hari dan setiap kali ekzema dia flare. Alhamdulillah, ekzema dia cepat surut bila sapu dengan konsisten.
Mengelakkan & mengurangkan ruam lampin.
Bayi yang mempunyai kulit sensitif mudah terkena ruam lampin. Pastikan kerap menukar lampin kerana air kencing bayi menyebabkan ruam semakin gatal. Bersihkan punggung bayi (sebaik-baiknya guna air) & sapukan minyak sebelum dipakaikan lampin baru.
Mempercepatkan proses penyembuhan luka
Bersihkan luka & sapu minyak sebelum balut luka. Khasiat bawang putih sebagai antibakteria mengurangkan risiko jangkitan & daun salam mempercepatkan luka sembuh.
❇Nota: Pentingnya goreng bawang putih hingga garing adalah untuk kurangkan ‘pedas’ atau ‘pijarnya’. Bawang putih yang tak digoreng garing akan membuatkan rasa pedih apabila disapu tempat luka/berdarah.
Kerap sapukan minyak pada bibir yang kering/bahagian yang terkena ulser.
❇Nota: anak saya pernah terjatuh & bibir belah dalam luka akibat terkena gigi. Si kecik ni langsung tak nak makan/minum susu sebab luka bibirnya dah jadi ulser. Dalam 3-4hari je ulser dia dah kering dengan penggunaan sekurang-kurangnya 2x sehari.
Melebatkan rambut/mengurangkan rambut gugur
Mommies yang ingin anak rambut lebat, rajinlah lumurkan minyak ini pada rambut. Minyak zaitun sendiri terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk rambut, ditambah pula dengan kandungan gizi yang tinggi dalam bawang putih mampu menguatkan & melebatkan rambut. Gabungan daun salam — digunakan dalam perubatan ayurvedic untuk menguatkan rambut/mengurangkan rambut gugur. Mommies pun boleh guna sendiri untuk kurangkan rambut gugur lepas bersalin tu.. Lumur pada rambut & biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum cuci rambut.
Merawat cradle cap (kulit kepala berkerak)
Untuk merawat bayi yang mempunyai masalah cradle cap (kulit kepala berkerak seakan-akan kelemumur, bertompok kecoklatan & berminyak), sapu minyak & urut lembut kepala bayi. Biarkan dalam 15min-30min untuk melembutkan kerak. Sikat kepala bayi dengan sikat untuk menanggalkan kerak. Syampu rambut bayi seperti biasa. Lakukan beberapa kali sehingga cradle cap benar² hilang.
❇Nota: Cradle cap kerap berulang & selalunya akan hilang sendiri apabila bayi mengjangkau usia setahun tapi ada jg yg lebih lama. Si kecik ni sendiri dah nk masuk 2 thn pn, masih ade cradle cap. Sebelum ni guna santan/minyak baby biasa. Lepas beberapa lama jadik balik walaupun kerap syampu. Semenjak amalkan sapu minyak bawang putih ni kat kepala, nampak perubahan ketara. Cradle cap makin berkurang & alhamdulillah sekarang dah tak de.
Bonus untuk mommies – sebagai homemade make up remover. Untuk buat make up remover, campurkan 1 bahagian minyak + 3 bahagian air dalam bekas/botol. Bukan sahaja berfungsi tanggalkan mekap, tapi mengecutkan jerawat & memudarkan parut juga. Pastikan goncang bekas sebelum digunakan ye..
Untuk jenis kulit berminyak, boleh campurkn sebatang kayu manis ke dalam botol.
*Menurut Dr. Zubaidi bawang putih perlu dipotong & dibiarkan seketika kerana bawang yang telah dipotong/dilenyekkan akan mengalami proses enzimatik yang akan menukar bahan alliin kepada allicin, yang sangat bermanfaat pada tubuh.
*Penggunaan minyak ni hanya sebagai alternatif. Dapatkan khidmat doktor sekiranya gejala berterusan
*Tindakbalas tubuh tidak sama bagi setiap individu. Mungkin ada yang cepat/lambat nampak kesan
*Anak yang tak serasi dengan minyak zaitun, boleh ganti minyak kelapa dara (evco)
*Untuk simpan lama, pastikan bawang putih terendam dalam minyak sepenuhnya untuk elakkan bawang berkulat. Jika minyak tinggal sikit, boleh keluarkan je bawang putih.
*Sebaik-baiknya gunakan minyak bawang putih yang direndam semalaman bersama hirisan bawang putih untuk lebih efektif.
Tidak dinafikan proses hamil & melahirkan cukup menyakitkan. Hadirnya anak dalam keluarga sebuah rahmat, punca mengalirnya keberkatan & rezeki dalam keluarga.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menyentuh sanubari ibu & ayah yang kadangkala terlupa detik sukar mengandung & melahirkan dan tidak menghargai anak-anak. Dalam kesibukan urusan dunia, jangan abaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang & perhatian kepada mereka.
Main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Tak sabar nak jumpa umi & anak-anak.
Pandanglah anak-anak & isteri dengan kasih sayang. Sakit sangat untuk dapat seorang anak, bersyukurlah. Ada yang diuji tanpa anak. Hargailah pasangan kerana Allah.
Ingat suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan rumah & pasti kita akan terpisah.
Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Jangan pandang rendah, cari emas dalam diri mereka, hargai, puji & doakan mereka.
Jika kita tak hargai anak, siapa lagi nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
Pegang & dukung anak rahmat Allah, Allah sayang kita. Bila mati anak yang akan doakan kita. Doa mereka membawa kita kepada reda Allah.
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.