Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
Ads
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Ads
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu dan ayah mana yang tidak merasa sedih dengan kehilangan anak. Tambah menyayat hati apabila kehilangan itu selepas lima hari dihantar ke rumah pengasuh. Satu kehilangan yang menyakitkan.
Mahu menuntut keadilan, pasangan suami isteri ini, Abdur Rahman Abdullah dan isterinya, Alynn Syaz berkongsi kisah kehilangan anak kembar mereka agar kes ini diberikan perhatian pihak berwajib.
Melalui laporan yang dikongsikan Astro Awani, polis sudah pun menahan suspek untuk siasatan.
Tambah Abdur Rahman lagi, suspek terbabit merupakan pengasuh yang dicari mereka melalui satu posting di media sosial.
“Anak saya meninggal di tempat pengasuh. Salam semua. Beberapa bulan lepas saya dan isteri saya, Alynn Syaz ada membuat satu posting untuk mencari pengasuh buat anak saya yang berusia 3 bulan lebih di kawasan Bandar Sunway.
Melalui posting saya, saya sudah bertemu dengan pengasuh di area berdekatan rumah saya. Kami ada berjumpa dengan pengasuh di rumah pengasuh tersebut untuk melihat disekeliling rumah pengasuh itu, kawasan dalam rumah nampak ok dan saya “DIBERITAHU” bahawa dia mengasuh bersama adiknya (2 baby termasuk baby saya).
Selepas 5 hari (tak termasuk 3 hari percubaan) saya menghantar baby ke rumah pengasuh dan pada 9hb May, anak saya telah meninggal dunia di rumah pengasuh itu.
Kehilangan anak saya sangat menyakitkan, lagi-lagi pada isteri saya. Kami telahpun membuat report polis dan kes ini dalam siasatan.
Semoga Allah menegakkan keadilan demi anak kesayangan kami, in shaa allah. Kami berharap perkara seperti ini tidak akan terjadi kepada orang lain.
P/S: Anak kami kembar. Adiknya meninggal dunia 9 hari selepas dilahirkan di Hospital di kelantan, disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Kes pengasuh ini adalah kakaknya pula
Nota kaki: Dikhabarkan suspek telah ditangkap oleh polis untuk siasatan lanjut.
Polis tahan pengasuh, disyaki melakukan pengabaian
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia, di sekitar Sungai Way di sini, pada 9 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pukul 3.56 petang, pada hari kejadian.
“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kadang-kadang dalam rumahtangga, kita terlajak kata bila emosi dan badan tidak sihat. Itulah yang dilalui oleh penyanyi Syasya Rizal, yang berkongsi pengalaman dirinya bergelar seorang isteri di media sosial baru-baru ini.
Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal menceritakan bagaimana dia secara tidak sengaja mendoakan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, ketika dirinya sedang demam.
“Beberapa hari lepas saya demam. Bila sakit dan emosi, saya tidak sengaja buat sesuatu yang tidak patut. Masa tengah demam, saya terasa hati dengan suami. Mulut terlepas cakap, ‘saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit’. Masa itu saya ingat gurau kasar sahaja, tak sangka betul-betul jadi. Allahu, terus rasa berdosa,” kongsinya.
Menurut Syasya, kata-kata seorang isteri bukan sekadar luahan kosong. Malah, doa isteri sangat mustajab dan kadang lebih cepat dimakbulkan daripada yang disangka.
“Jangan doa yang tak baik untuk suami, walau dalam keadaan marah atau sakit hati. Daripada doa benda yang tak elok, lebih baik gunakan kuasa doa isteri untuk kebaikan. Itu doa paling cepat Allah makbulkan,” nasihatnya.
Dalam perkongsian itu juga, Syasya menitipkan pesanan kepada para isteri , jangan biarkan emosi menguasai diri hingga mulut melepaskan kata-kata negatif. Sebaliknya, gunakan kuasa doa untuk mendoakan kebaikan dalam rumah tangga.
Dalam rumahtangga, pasti ada pasang surutnya. Kadang kala kita penat, stres dengan anak-anak, atau sakit badan sehingga mudah rasa kecil hati dengan pasangan. Tetapi sebagai isteri dan ibu, doa kita sangat kuat kesannya. Doakanlah kesihatan, rezeki, dan kebahagiaan untuk suami dan keluarga.
Kerana setiap doa yang baik, insya-Allah akan kembali semula kepada kita dan anak-anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka di sebalik wajah jelita dan status selebriti, Datin Atikah Suhaime sebenarnya ibu yang sangat berdikari dan sederhana.
Perkongsian terbaru pelakon dan usahawan ini di Instagram benar-benar mencuit hati netizen. Datin Atikah berkongsi momen dirinya memasak empat jenis hidangan sekaligus tanpa bantuan pembantu rumah sambil mengendong anaknya, Lyla Mulan Teh, menggunakan kain batik gendong tradisional.
Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh, dan sejak kelahiran anak mereka pada 6 Mei 2024, beliau sering berkongsi kehidupan harian sebagai ibu muda di media sosial, termasuk rutin memasak dan sesi mukbang.
Dalam video yang dimuat naik, Atikah dilihat tenang menyediakan masakan walaupun anak kecilnya mula merengek.
“Datin mahu dibantu?” soal pembantunya bila Mulan mula menangis.
Tapi dengan lembut Atikah membalas, “Tak apa, saya boleh buat sendiri.”
Situasi itu buat ramai tersentuh. Bayangkan, dalam keadaan anak menangis dan tidak ada ‘baby carrier’ mahal, Atikah cuma gunakan kain batik – cara lama yang terbukti masih relevan dan penuh kasih sayang.
Tanpa keluh, dia siapkan empat hidangan seorang diri. Jelas, kekuatan seorang ibu itu memang luar biasa. Kata orang, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Dan Atikah buktikan yang ibu tetap mampu memasak dan mengurus rumah, walau ada anak kecil di gendongan.
Perkongsian ini mencuri perhatian ramai. Ramai yang kagum melihat multitasking dan semangat Atikah menguruskan rumah tangga, malah ada yang berkongsi pengalaman sendiri:
“Sy pun mcm ni lah sambil masak sambil gendong baby tp sy tak kurus² lg sbb makan ikut sedap tekak.”
“Buat keje sambil gendong anak, serious cepat kurus. From 60kg to 45kg.”
“Behave nye baby tu.. elok je snyap dia dlm kain tu..”
“Suka tengok cara Tikah urus Mulan dan cuba berdikari.”
Jelas, dalam dunia penuh kemudahan hari ini, Atikah pilih untuk kekal dekat dengan nilai keibuan yang asli tangan sendiri, kasih sendiri, peluh sendiri. Itu yang buat ramai makin sayang dan hormat dengan Atikah Suhaime.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...