Tanpa kita sedari, kadang-kadang bila ada anak ramai kita cenderung untuk mengabaikan perasaan anak sulung. Kita akan minta dia faham situasi (walaupun usianya masih kecil), kemudian kita suruh dia beralah dengan adik-adiknya yang lain.
Ada masanya emosinya diabaikan. Terpaksa mendahulukan orang lain dan perasaannya jarang diambil peduli. Begitulah kisahnya dengan ibu ini yang berkongsi cerita tentang anak sulungnya.
Assalamualaikum semua. Nama saya Siti. Saya berusia 33 tahun. Ada tiga orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. yang sulung lelaki. Anak sulung saya usianya 7 tahun, anak yang baik dan mendengar kata. Selalunya bila saya minta dia tolong apa-apa, dia boleh diharap.
Kasihan saya dengan anak sulung saya ni. Dia ada dua orang adik yang masih kecil. 4 tahun dan setahun lebih. Saya dan suami assume dia sepatutnya lebih matang dan boleh beralah dengan adik-adik. Selalunya kalau apa yang adiknya nak, saya akan minta dia beri pada adik. Walaupun barang tu kepunyaan dia atau dia yang dapat dulu.
Ads
Kadang-kadang boleh nampak dia memberontak. Bila dia serahkan barang tu pada adik, dia tolak adiknya. Dah buat si adik menangis. Bila dah jadi macam tu, of course dia yang kena marah. Saya dan suami tahu, perbuatan kami tu salah. Rasa macam tak adil pada dia, tapi waktu tu kami rasa, ia pilihan terbaik.
Jarang anak sulung ni dapat apa yang dia mahu, sebab kami merasakan yang dia dah cukup besar. Kalau ayahnya belikan mainan untuk adik-adik, abang tak dapat. Bila ditanya, ayah beritahu yang dia dah besar. Kalau nak main, pinjam yang adik punya.
Di situlah silapnya kami sebagai parents. Bila tak dibelikan mainan untuk abang, kita suruh dia pinjam yang adik. Bila dia main yang adik, tapi tiba-tiba adik minta, kita suruh dia beralah dengan adik. Selalu macam tu kan? Kita tak sedar yang kita dah guriskan perasaan anak sulung.
Ads
Suatu hari, saya marahkan anak sulung saya. Asalnya dia tengah minum air, lepas tu adik rampas dari abang. Abang bagi pada adik dalam keadaan marah kemudian dia tanrum. Mengamuk-ngamuk. Sudahlah saya marah, kemudian ayah dia pula denda. Beri dia time out padahal kalau diteliti, sebenarnya salah pada si adik.
Waktu itulah dia ‘meletup’. Dia menangis sepuas hati dan luahkan segalanya. Dia beritahu apa yang dia tak puas hati selama ini. “Along sedih, asyik kena marah. Mama dengan Papa benci Along, tak sayang Along. Along sedih!!”. Mendengar luahan perasaan si abang, rasanya kami dah bersalah sebagai ibu dan ayah. Beratnya bebanan yang ditanggungnya selama dia kena beralah dengan adik-adik.
Untuk Along, Mama Papa sorry okay? Mama janji takkan buat macam tu lagi. Untuk usia 7 tahun, salah Mama Papa asyik marah-marah Along. Suruh jaga adik, tapi Mama Papa tak jaga Along. Sorry ya sayang?
Pada saya, sebaiknya sebagai ibu ayah kita kena bersikap adil. Utamakan perasaan setiap anak kita. Anak sulung terutamanya, banyak perkara yang mereka terpaksa beralah dengan adik-adik. Kadang-kadang boleh buat dia sedih. Dia marah. Itu normal. Sebaiknya, kita ambil tahu perasaan mereka.
Jika anda mahu berkongsi sebarang cerita, boleh klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diuji dengan perceraian sejak enam bulan lalu, penyanyi Noh Salleh sempat berkongsi kisah hidupnya yang sukar selepas tempoh gelap itu.
Tambah pula kata Noh, dia dan bekas isteri, Mizz Nina turut berebut hak penjagaan anak angkat mereka, Musa yang dijaga sejak Mac tahun lalu.
Noh meluahkan rasa hatinya itu selepas selepas mengulas lagu dendangan David Baju, bertajuk Manusia yang diakui begitu dekat dengan kehidupannya.
Akui Noh lagi, dalam tempoh beberapa bulan selepas bercerai, dia juga sempat berebut hak penjagaan anak angkat mereka dan ia tambah menyukarkan.
“Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
“Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak.
“Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” ujarnya.
Noh yang mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam dan dijangka mendirikan rumah tangga pada September nanti.
Terdahulu, Noh Salleh tekad untuk berpisah dengan bekas isteri, Mizz Nina pada Ogos 2022. Pada Mac tahun lalu juga, mereka telah mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Sikap tidak bertanggungjawab seorang suami telah mengakibatkan isteri dan bayi mereka dijangkiti virus kurang imun (HIV). Hal ini dikongsikan oleh seorang peguam, Kirdpon Kaewkird di laman Facebook.
Sumber foto: www.freepik.com
Kejadian viral tersebut berlaku di di Thailand dan mula mendapat perhatian orang ramai selepas wanita malang itu meminta bantuan peguam tersebut untuk memfailkan sama terhadapnya suaminya yang curang.
Menurut peguam itu lagi, jangkitan HIV itu berlaku apabila si suami curang dengan isterinya. Wanita tersebut yang berasal dari wilayah Isaan telah menghubungi peguam terbabit untuk memohon bantuannya mempejuangkan kes ini.
Sumber foto: www.freepik.com
“Wanita tersebut yang tinggal di wilayah Isaan telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang sehingga dijangkiti HIV.”
Tambah peguam itu, keadaan menjadi lebih teruk buat wanita tersebut kerana jangkitan itu telah menyebabkan bayi mereka yang baharu lahir meninggal dunia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut.
“Virus HIV menjangkiti isterinya dan kemudian terkena pada bayi mereka juga. Bayi malang itu baru saja dilahirkan apabila dia kemudiaannya jatuh sakit dan meninggal dunia.”
Sebelum kejadian tersebut, si isteri tidak pernah membayangkan suaminya akan curang. Namun akhirnya lelaki itu terpaksa mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain apabila doktor mengesakan bayi mereka turut dijangkiti HIV.
Sumber foto: www.freepik.com
Memang pentingkan diri sendiri! Sebenarnya lelaki terbabit telah mengetahui tentang keadaan dirinya yang menghidap HIV tetapi tidak berusaha untuk mencegah hubungan kelamin bersama isterinya.
Suami durjana itu boleh didakwa mengikut Seksyen 297 Undang-undang Jenayah negara terbabit yang akan membawa kepada hukuman penjara enam hingga 10 tahun.
Keputusan UPKK 2024, calon boleh mula semak pada 20 Mac 2025. Keputusan Ujan Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 boleh disemak pada 20 Mac 2025 melalui laman web https://semakan.islam.gov.my/
Keputusan UPKK 2024, Calon Boleh Mula Semak Pada 20 Mac 2025
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pukul 2 petang.
“Semakan dengan menggunakan nombor MyKid dan nombor angka giliran. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing bermula 21 Mac 2024, pukul 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Sirajuddin berkata, Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2024 akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar pada 20 Mac 2025, pukul 12 tengah hari.