Murid Pasti dinobat juara dunia pidato Bahasa Inggeris. Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris yang dianjurkan Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) berpangkalan di Hong Kong, China pada 23 Januari lepas.
Murid Pasti Dinobat Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris
Membaca dan menghafal ayat suci al-Quran pada setiap hari adalah antara resipi kejayaan seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering itu. Kanak-kanak itu merangkul gelaran Juara Dunia pada Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63.
Ibunya, Hasmah Darwis, 31, berkata, kejayaan tersebut didorong oleh amalan membaca dan menghafaz al-Quran sepanjang masa yang diterapkan sejak kecil.
“Sejak Amatullah Hamidah kecil, saya dan suami, Muhammad Luqman Al-Hakim, 32, sentiasa mengalunkan zikir selain mengajar anak membaca al-Quran bagi mencerdaskan dan memiliki fikiran yang tenang supaya mudah menerima ilmu.
“MENGHAFAL AYAT SUCI AL-QURAN SALAH SATU KUNCI KEJAYAAN UNTUK ANAK-ANAK INI MEMILIKI DAYA INGATAN KUAT SERTA MENGUKUHKAN KEFAHAMAN TENTANG SESUATU PERKARA.
“Alhamdulillah, amalan yang sentiasa diterapkan itu membantu kejayaan anak saya dalam menunjukkan bakat dan potensi berpidato dalam Bahasa Inggeris dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Amatullah Hamidah (kiri) bersama ibunya, Hasmah (dua dari kiri)
Selain itu, Hasmah berkata, kesungguhan dan kegigihan berlatih pada setiap hari juga antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amatullah Hamidah dalam memenangi pertandingan tersebut.
“Saya dan suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Amatullah Hamidah untuk berlatih.Setiap hari dia akan meluangkan masa selama setengah jam untuk berlatih berpidato.
Ads
“Malah kami akan belanja dia makan dan membawa ke tempat yang menarik seperti pantai sebagai tanda menghargai kesungguhan dirinya berlatih sekali gus tanda penghargaan dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara ” jelasnya.
Amatullah Hamidah (kanan) bersama ibunya, Hasmah (kanan) berserta ayah dan adiknya
Dalam pada itu, Hasmah juga sering menerapkan amalan dan ajaran yang baik kepada Amatullah Hamidah bersama adiknya, Amatullah Habibah, 6, dari sejak kecil bagi memastikan anak-anaknya itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.
“KAMI KURANGKAN ANAK-ANAK TERDEDAH PADA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DENGAN MENGEHADKAN PENGGUNAANNYA AGAR MEREKA TIDAK TERLALU LEKA.
“Kami juga selalu membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ceramah agama bagi memastikan mereka berpeluang mendapat ilmu agama daripada para ulama sekali gus memupuk rasa cinta pada agama dan ibadah,” ujarnya.
Justeru, Hasmah berkata, kejayaan anaknya itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat dan murid Pasti dari seluruh negara supaya berani mencabar diri dalam menonjolkan bakat masing-masing.
“Saya mengharapkan anak saya ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya harap Amatullah Hamidah berjaya menjadi pakar bahasa Arab.
Ads
“Selain itu, saya juga berharap dia berjaya menjadi penghafaz al-Quran yang memahami dan menghayati kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.
Menurut Nora, ini adalah kali pertama dia menyertai sesi tadarus secara berkumpulan dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk melakukannya.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari.
“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya, sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini,” ujarnya.
Pengalaman luar biasa
Tambah Nora lagi, ia adalah pengalaman cukup luar biasa dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni malah dia bersyukur kerana Allah membuka hatinya.
Menurut perkongsian Nora lagi, dia dan rakan tadarusnya membawa sebanyak 50 muka surat sehari bagi menyudahkan bacaan 30 juzuk mereka.
“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya.
“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca al-Quran.
“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.
“Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya tetap berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik. Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa.
“Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak yang berbakat, Shukri Yahaya? Dikurniakan dua orang anak yang comel, figura ini dilihat sangat menyayangi keluarganya. Anak sulungnya, Aira Ameena juga rapat dengan Shukri.
Terbaharu, melalui sebuah perkongsian di laman Instagram menunjukkan bapa mithali ini mnegusik anak perempuannya itu. Dalam video tersebut, salah seorang ahli keluarga Shukri bertanya adakah Ameena berpuasa atau tidak.
Yang lucunya adalah reaksi dari Shukri. Dia telah menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat anak sulungnya itu. Mendengarkan lirik lagu yang ditukar, Ameena juga nampak seperti malu-malu.
Video yang mendapat tontonan sehingga hampir 64,000 ini ternyata mengusik hati warga maya. Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan Shukri seorang yang nakal kerana mengusik anaknya begitu.
Anak Shukri masih kecil lagi. Mungkin setahun dua lagi bolehlah latih untuk mula berpuasa. Shukri pun saja-saja mengusik, lagu yang dinyanyikan juga sekadar hiburan untuk ahli keluarganya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya.
Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Ertinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Kredit foto: Facebook Munirah W A Rahman
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Kredit foto: Munirah W A Rahman
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunyai sikap pilih kasih kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Ingat, walaupun anak masih kecil mereka juga mempunyai perasaan. Hormatilah perasaan anak dan tunjukkan penghargaan anda terhadap mereka.
Penduduk di Sabak Bernam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang ditemui di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad.