Bersalin waktu PKP ni memang agak mencabar. Banyak SOP yang perlu dipatuhi supaya ibu dan bayi yang bakal lahir selamat dari jangkitan Covid-19. Ibu-ibu yang bakal bersalin bukan hanya perlu bersedia dari segi fizikal, tetapi mental juga harus kuat kerana jika bersalin di hospital awam suami tidak dapat menemani isteri.
Puan Haslinda berkongsi pengalaman dari mula masuk ke hospital untuk bersalin hinggalah dibenarkan pulang ke rumah. Semuanya harus dilakukan sendiri. Persiapkan mental agar ibu-ibu bakal bersalin kuat situasi ini.
Bersalin di hospital kerajaan musim pkp 3.0 19/5/2021
Pastikan sebelum check in hospital minta ampun siap-siap dengan suami sebab lepas register suami tidak dibenarkan jumpa isteri. Barang dihantar ke security guard sahaja
Ads
Register pukul 8pagi pukul 6petang baru dipanggil masuk ward sebab katil penuh ye puan-puan, sementara tunggu katil berlegar-legar seperti dalam gambar tu
Setelah dapat katil swab test dilakukan bagi ibu-ibu yang bakal bersalin secara elective cezer result keluar setelah 4jam jangan risau tak sakit pun dia cucuk kat hidung je.
Ads
Dah bersalin nurse akan call suami naik ward untuk azan dan ambil uri diberi masa 10minit sahaja, saya dibius penuh disebabkan ada masalah kesihatan lain maka packing baju baby siap seperti dalam gambar sangat membantu nurse sebab saya tak sedar apabila sedar pun masih tak mampu uruskan baby masih ada ibu-ibu yg lain membantu ambilkan barang.
Setelah 2hari doktor pantau diberi balik pukul 8pagi kol 10malam baru selesai urusan keluar ward dan baby
Musim pkp terlalu ramai ibu bersalin jadi persediaan mental sangat penting kita kaum ibu diberi power yang luar biasa jangan takot suami tak ada disisi melainkan puan2 ada duit extra dan tiada masalah kesihatan boleh ke hospital private mungkin lebih selesa.
Ads
Semoga bermanfaat kepada orang lain yang bakal menyambut orang baru musim pkp ni.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah dikandung 9 bulan dan dan dijaga bagi menatang minyak yang penuh, akhirnya si kecil pergi menghadap Ilahi. Kerinduan ibu tak dapat dibendung lagi.
Kehilangan yang dihadapi ibu ini tidak dapat penulis selami, tentunya tidak mudah melihat si kecil sudah tiada lagi. Puan Wan Nur Azalina jelas rindukan anak syurganya Armeen Shaquille yang mengalami Spastic Quadriplegic With Severe Dystonic Cerebral Palsy.
Doktor yang merawat menganggarkan usia anaknya bertahan sehingga 3 tahun, tapi si kecil Armeen pergi ke syurga abadi lebih awal dari itu.
Puan Wan Azalina juga turut berkongsi sedikit sebanyak info mengenai keadaan kesihatan Allahyarham Armeen. Salah satunya ialah tentang demam suhu tinggi 40.1º hingga 40.5º Celcius apabila cuaca terlalu panas. Pemberian sirap paracetamol tidak membantu untuk kebah. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia tidak boleh diubati kerana demam masalah Thermoregulatory dysfunction mungkin disebabkan oleh pendarahan otak yang dialami anaknya ketika dilahirkan dulu.
Ibu ini juga turut berkongsi bagaimana Allahyarham Armeen tidak dapat memproses susu yang diminum. Apabila dikeluarkan (disedut keluar menggunakan mesin khas), barulah dia lega dan boleh tidur. Menurut ibu ini, ia adalah petanda yang tidak baik bagi kesihatan Armeen.
Ibu ini juga turut berkongsi catatan tentang keadaan yang dialami oleh Allahyarham Armeen Shaquille. Ia disifatkan oleh ibu ini sebagai perjuangan seumur hidup.
Bila anak-anak demam mak dengan ayah memang tak senang duduk. Ye lah tengok anak yang tak bermaya tak aktif macam biasa. Makan dan minum susu pun kurang, lagilah tambah risau dengan keadaan anak yang dijangkiti demam.
Ubat dah bagi tapi demam tak juga kebah, badan anak masih lagi tak bermaya seperti perkongsian dari seorang ibu Maryam Elyas atau lebih dikenali sebagai Cik Yam. Lebih membimbangkan apabila anak keduanya yang baru berusia 2 tahun 5 bulan itu muntah-muntah.
Atas saranan seorang kenalan di Facebook miliknya yang mencadangkan supaya Cik Yam membawa anaknya itu berurut, akhirnya si kecil sembuh dari demam dan kembali aktif serta ada selera makan.
Isnin baru ni, anak CikYam yang nombor dua demam. Umur dia 2 tahun 5 bulan. Awal pagi tu dia sihat je. Dalam jam 10 pagi macam tu, tiba-tiba badan dia panas. Lepas tu makan tak nak, susu pun kurang minum.
Bila petang, badan dia makin panas. Asyik nak tido je. Ubat demam masih ada kat rumah. So CikYam just continue dengan ubat demam je la. Kalau gi klinik pun, biasanya doktor akan bagi ubat demam je kan? Nak cek darah pun, baru demam sehari.
Malam tu, continue lagi ubat demam. Susu dia minum tapi tak sekerap biasa. Makan nasik tak nak. Just roti je sikit. Badan dah nampak susut dah. Pagi Selasa, CikYam bangun tidur dan pegang badan dia macam tak panas sangat. So CikYam decide untuk pegi keje memandangkan keje kat opis memang dah menunggu.
CikYam pesan kat Mr Mama supaya bagi ubat demam ikut time. Jangan pakaikan baju, kerap basahkan kepala dan letak kain basah kat dahi.
Petang CikYam whatsapp Mr Mama, keadaan anak OK. Lewat petang, senja macam tu, Mr Mama whatsapp kata anak muntah bila dia suap bubur. Terus CikYam bergegas balik rumah. Kalau dah tahap masuk muntah ni macam dah bahaya.
Dalam masa yang sama, dalam perjalanan balik rumah, dapat PM kat facebook. Dia tanya keadaan anak. Ada batuk tak? Ada selesema tak? Ke demam je. Ye, anak CikYam tak batuk dan tak selesema. Cuma demam je. Dah makan ubat demam ikut sukatan betul tapi tak kebah.
Dia cadangkan ce bawak anak gi berurut. Ermmmmm. Tak pernah dengar lagi ni budak pun nak kena urut. Ingat orang dewasa je yang kena berurut. Tapi alasannya boleh pakai jugak sebab budak-budak kan lasak. Melompat sana, melompat sini.
Terus CikYam whatsapp tukang urut yang urut CikYam masa bersalin dulu. Alhamdulillah, tukang urut boleh datang tapi kena tunggu sebab dia urut kastemer lain dulu. Jam 10.30 malam macam tu, tukang urut datang. Dia orang apartmen CikYam ni jugak. Rezeki anak CikYam la sebab selalunya tukang urut ni memang bizi.
Masa anak kena urut, dia diam je. Menikmati badan diurut. Terpejam-pejam mata dia sedap kena urut kot. Setengah jam urut, anak dah nak terlelap. Dari dahi sampai la ke hujung kaki badan dia diurut. Lepas urut, dia terus tido lena. Tukang urut kata kat tangan dia belah kanan ke kiri entah, CikYam tak ingat, kat area situ urat dah bersimpul-simpul. Mungkin dia selalu bergayut kat gril kat balkoni umah CikYam tu. Pastu perut dia banyak angin, mungkin sebab dia seharian tak nak makan. Hai la anak.
Esok pagi, tukang urut pm. Dia tanya anak OK ke? CikYam kata nampak macam OK. Tukang urut suruh pegang belakang badan dia panas lagi tak? Sebab badan anak CikYam tu belakang dia lebih panas daripada yang depan. Bila CikYam pegang, tak panas dah. Allahu lega rasanya.
Pagi tu CikYam gi keje kepala lapang sikit la sebab anak dah tak panas badan lagi. Bila whatsapp Mr Mama, dia kata anak dah nak makan. Makan bubur, makan roti jala. Bila malam CikYam balik keje, malam tu suap nasik dengan kuah ayam masak lemak kuning, dia makan berselera. Dalam jam 10.30 malam pulak, dia nampak Mr Mama masak burger untuk kastemer, dia mintak pulak roti burger bakar sapu marjerin. Makan lagi.
Alhamdulillah anak CikYam sembuh daripada demam asbab berurut. So gais, mak-mak sekalian, may be perkongsian CikYam ni bermanfaat. Budak-budak pun kena gak urut sebab ada part bahagian badan dia yang mungkin penat sebab lasak sangat bermain. Kan?
Ada yang amalkan berurut untuk kebahkan demam anak ke? TQ Asyiqin Mohd Mohdi yang bagi saranan urut anak.
Tak salah nak cuba kan, berurut tu memang baik untuk melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan. Mungkin selama ini kita fikir hanya orang dewasa yang perlu diurut kerana anak yang masih kecil tak perlu semua itu. Tapi tak salah mencuba atau usaha kalau sudah bawa anak ke klinik dan beri ubat ikut apa yang doktor sarankan. Mana tahu jadi asbab untuk sembuh macam anak Cik Yam ini.
Ramai ibu mengeluh bila tiba-tiba disahkan hamil walaupun setia menelan pil perancang setiap hari. “Eh, macam mana boleh jadi ni?!”
Soalan yang sering jadi misteri bagi ramai wanita. Sebenarnya, kesuburan wanita boleh kembali dalam tempoh tertentu selepas berhenti mengambil kaedah perancang, bergantung pada jenis yang digunakan.
Setiap kaedah perancang kehamilan bekerja dengan cara berbeza. Jadi, waktu kembali subur selepas berhenti perancang juga tidak sama. Jom lihat satu per satu!
Kaedah seperti kondom lelaki atau wanita, spermicide atau diafragma tidak mengandungi hormon. Ia hanya menghalang sperma daripada sampai ke ovum.
Bila berhenti menggunakannya, kesuburan akan kembali serta-merta! Maksudnya, jika bersama tanpa perlindungan selepas itu, kehamilan boleh berlaku bila-bila masa.
Selain mencegah kehamilan, kaedah ini juga membantu melindungi daripada jangkitan seksual yang boleh menjejaskan kesuburan jangka panjang.
Kaedah ini mengandungi hormon estrogen dan progestin untuk menghalang ovulasi. Bila anda berhenti mengambilnya, badan akan ambil sedikit masa untuk kembali ke kitaran semula jadi.
Biasanya, kesuburan kembali dalam 1 hingga 3 bulan selepas berhenti. Namun, ada juga wanita yang hanya berjaya hamil selepas 6 hingga 12 bulan. Namun, bergantung pada hormon masing-masing.
Kajian menunjukkan separuh daripada wanita yang berhenti mengambil pil perancang gabungan boleh hamil dalam tempoh 3 bulan pertama selepas berhenti.
Terdapat dua jenis IUD:
Bila IUD dikeluarkan oleh doktor, kesuburan wanita biasanya kembali dalam masa sebulan sahaja. Malah, ada yang berjaya hamil selepas haid pertama datang semula.
⚠️ Penting: Jangan keluarkan IUD sendiri di rumah! Prosedur ini mesti dilakukan oleh pakar.
Implan kecil ini dilekatkan di bawah kulit dan melepaskan hormon progestin selama 3 tahun untuk mencegah kehamilan.
Selepas implan dibuang, kesuburan boleh kembali seawal 1 bulan! Jadi, sama ada anda guna sekejap atau lama, masa untuk kembali subur tetap sama.
Inilah kaedah yang paling lama mengambil masa untuk kembali subur selepas berhenti perancang. Depo Provera diberikan setiap 3 bulan, tetapi hormon suntikan ini kekal lama dalam badan.
Walaupun berhenti, hormon masih aktif dalam otot untuk beberapa bulan. Biasanya, wanita akan ambil masa 9 bulan hingga 1 tahun untuk kembali subur sepenuhnya.
Jadi, jika anda merancang untuk hamil, doktor biasanya akan cadangkan berhenti suntikan setahun lebih awal.
Kembali subur selepas berhenti perancang tidak semestinya bermaksud anda akan terus hamil. Ramai wanita ambil masa antara 1 hingga 12 bulan untuk mengandung semula.
Kenapa? Sebab faktor lain seperti umur, tahap kesihatan, berat badan, gaya hidup dan tekanan juga memainkan peranan besar terhadap kesuburan.
“Jangan panik kalau belum hamil selepas berhenti perancang. Tubuh sedang sesuaikan semula hormon semula jadi. Yang penting, jaga pemakanan, elak stres dan kekalkan berat badan ideal,” – Dr. Farah Ain, Pakar Obstetrik & Ginekologi.
Setiap wanita berbeza. Fahami tubuh anda dan berikan masa untuk hormon kembali stabil. Dengan pengetahuan tentang kembali subur selepas berhenti perancang, anda boleh merancang kehamilan dengan lebih yakin dan sihat.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.