Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali masih belum bersedia untuk berkongsi wajah dan nama anak lelakinya kepada khalayak walaupun sudah lebih dua bulan menimang cahaya mata.
Menurut kata Nabila, salah satu perkara yang menjadi kebimbangannya dan suami adalah risiko penyakit ain yang boleh menimpa bayinya itu.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Radzali, 33, berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan suaminya.
“Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.
Ads
“Saya sedar ramai yang bertanya, cuma saya pasti semua akan tahu juga. Mana yang boleh kita simpan hanya untuk keluarga, kita simpan dulu.
“Ya risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku membabitkan bayi. Saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan.
“Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai,” katanya.
Ads
Nabila bagaimana pun berkata dia akan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bersama suami bila sampai masanya kelak.
“Insya-Allah kalau sudah bersedia nanti saya akan kongsi di media social,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Setiap kali mama memasak antara peralatan memasak yang sering digunakan adalah papan pemotong. Tapi tahukah bahawa papan pemotong yang kita sering gunakan adalah barangan yang paling kotor jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap.
Bila papan pemotong sentiasa dibersihkan barulah makanan untuk anak-anak terjamin bersih dan sihat untuk dimakan kerana peralatan yang digunakan bersih. ia juga dapat mengelakkan anak-anak daripada risiko dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tidak bersih.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ahli kimia, Fatimah Salim menerusi laman Facebook miliknya. Menurut Dr Fatimah, papan pemotong perlu dibersihkan dengan kerap dan betul supaya tidak menjadi sarang kepada beribu jenis kuman.
Dalam perkongsian tersebut juga, Fatimah turut berkongsi cara cepat dan mudah untuk membersihkan papan pemotong yang digunakan di rumah.
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat. CARANYA: • Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN: 1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air. 2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain. 3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap. Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Anak sulung Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, Ammar Ahyan, 15, selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut perkongsian Datin Shahida di laman instagramnya, dia menyifatkan anak sulungnya itu dikurniakan rezeki awal kerana berpeluang menunaikan haji di usia muda.
“Gambar masa kecil tu umur ammar 1 tahun..masa ni nenek @bondarozitaibrahim belanja kita pergi umrah”
“Sekarang ammar dah 15 tahun …Rezeki ammar dapat tunai haji di usia muda..semoga menjadi anak soleh dan abang yang dapat bimbing adik-adik”
Datin Shahida turut mendoakan anak sulungnya agar urusan menunaikan haji dipermudahkan.
Selamat Berangkat ke Arafah, Ammar…semoga dipermudahkan segala urusan.. Doakan keluarga kita🥰
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Bilik air antara ruang yang paling penting dalam sebuah rumah. Walaupun ia merupakan tempat untuk isi rumah mandi, membersihkan diri dan membuang najis tetapi tidak seharusnya ia dibiarkan kotor tidak berjaga.
Tak kira sama ada rumah di bandar ataupun di kampung, bilik air seharusnya dijaga dengan baik supaya sentiasa bersih. Barulah kita semua selesa setiap kali menunaikan hajat di situ.
Bila tetamu datang berkunjung ke rumah pun tak adalah kita segan bila mereka nak tumpang masuk ke bilik air.
Bagi yang pernah membesar di rumah kampung ketika kecil tentu masih ingat lagi keadaan bilik air lama di rumah ibu bapa kan? Biasanya bilik air di rumah kampung mempunyai kolah tempat tadahan air dan sekadar mempunyai ruang asas untuk mandi. Kadangkala keadaan bilik air yang lama membuatkan agak kurang selesa untuk menggunakannya.
Apa kata anda cuba ubahsuai bilik air di rumah kampung ibu bapa atau ibu bapa mentua seperti yang dikongsikan oleh Nurul Syifaa dan suaminya ini.
Bilik air di rumah mentuanya sudah berubah wajah dan nampak baharu, lebih kemas dan teratur. Jom tengok perkongsian mengenai ubah suai bilik air dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.
Alhamdulillah ubah suai blik air mertua dari kmi suami isteri dgn kos bajet utk nmpk bersih dah 25tahun lebih rsanya..kolam air pun mak mrtua dgn arwah ayah buat sndri .suami cat dan sya psang wallpper..kos rm200+..
Wallpper rm15 (guna 3roll)
Lapik lantai hitam shopee rm50
set ubat gigi&brus gigi rm4.80
vinly floor eco code A015 rm36 Cat putih brand Matex kami tak cmpur Air RM38 cermin eco suami cat hitam sndri rm2.10 besi rak beli kt eco,ptong papan letak wllpper
Doakan kami murah rezeki
Beginilah keadaan rupa asal tandas di rumah mentua. Biasalah rumah kampung memang tandas macam ni. Tapi kami tidak sanggup lagi nak tengok keadaan tandas sebegini.
Sebab itu kami ingin melakukan ubahsuai agar rupa tandas kampung ini nampak berlainan daripada rupa tandas yang asal.
Kolam air ni antara hasil kerja mak mentua dan juga arwah ayah yang dilakukan secara sendiri
Proses mengubahsuai tandas ni dimulakan terlebih dahulu dengan membersih dan menyental kotoran yang degil.
Inilah dia hasil menyental dengan kuat. Sekurangnya bersihlah jugak kan? Seterusnya selepas menyental dan membersihkan bahagian tandas ni, si suami akan mengecat tandas dengan warna baharu manakala si isteri pula akan memasang wallpaper stiker pada dinding tandas tersebut.
Inilah dia hasil akhir ubah suai rupa tandas kampung rumah mentua ini. Sebenarnya kami tak banyak buat apa-apa kerja kerat pun. Cuma sekadar mengecat warna yang baharu, memasang stiker wallpaper dan membersihkan bahagian tandas yang kotor.
Semoga perkongsian idea ubah suai bilik air Nurul Syifaa ini boleh dicontohi oleh orang lain yang mungkin hendak mengubah suai bilik air rumah sendiri atau rumah keluarga di kampung.
Adakah anda sedang hamil? Sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.