Satu-satunya anak perempuan arwah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra atau mesra dipanggil Dekta nampak begitu matang sekali walaupun usianya baru sahaja 8 tahun. Siapa sangka, pemergian ibu pada Ogos lalu kerana Covid-19, memberi pengalaman hidup baru pada dirinya.

“I Miss U Mummy..” Luah Rindu Pada Arwah Ibu, Shuib Jumpa Nota Tulisan Dekta

Walaupun dia satu-satunya ‘bunga’ dan dikelilingi oleh seorang abang dan dua adik lelaki, sikapnya yang sangat-sangat mengambil berat tentang keluarga cukup buatkan Shuib rasa bersyukur.

Banyak sifat arwah ibu yang ada pada Talita. Malah sejak Ayash Affan keluar hospital, Dekta selalu ambil berat dan rajin menjaga adiknya itu.

Dalam satu posting baru-baru ini, di instagram Artis Malaysia ada berkongsi perasaan Dekta yang sangat merindui arwah ibunya sehingga dia mencoretkan perasaan rindu itu di atas kertas.

“I Miss U Mummy..”

Nampak sangat Dekta begitu merindui arwah ibunya. Walaupun dia tak beritahu perasaan itu pada daddy, dengan ayat tersebut yang ditulisnya atas sekeping kertas dah menggambarkan hati seorang anak yang rindukan pelukan seorang ibu.

“I Miss U Mummy..” Luah Rindu Pada Arwah Ibu, Shuib Jumpa Nota Tulisan Dekta

IKLAN

Rata-rata yang melihat video tersebut sebak dengan cara anak Shuib meluahkan rasa rindunya terhadap arwah ibu mereka.

Walaupun Dekta malu-malu apabila luahan yang ditulis itu diketahui oleh daddy dan abangnya, Uwais tetapi dia cuba kawal perasaan.

Ramai juga yang menitipkan doa pada Talita semoga mewarisi sikap arwah ibu dan boleh menjaga adik-adik dan membesar menjadi anak solehah.

“InshaAllah, moga Allah sentiasa lindungi kakak yer, belajar pandai-pandai dan jaga keluarga..”

IKLAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai produk Medina Brand untuk kelengkapan tidur bayi pada harga berbaloi di sini 

“Kalau tengok muka memang macam shuib tapi bila senyum sebiji arwah ibu, cara and memek muka dia tak lari..”

“Talita dah kakak-kakak sangat, nampak matang sungguh..” 

“I Miss U Mummy..” Luah Rindu Pada Arwah Ibu, Shuib Jumpa Nota Tulisan Dekta

IKLAN

Dalam perkongsian terbaru Shuib, selepas lebih dua bulan pemergian arwah isteri, Shuib telah membawa anak-anaknya pergi bercuti di Langkawi bagi memberi kegembiraan pada anak-anak.

Walaupun percutian kali ini tak lengkap tanpa seorang ibu, Shuib tetap cuba buat yang terbaik untuk pastikan emosi anak-anak gembira dan seboleh-bolehnya tak mahu mereka terus bersedih atas kehilangan orang yang disayangi.

“I Miss U Mummy..” Luah Rindu Pada Arwah Ibu, Shuib Jumpa Nota Tulisan Dekta

Moga Shuib dan anak-anak terus mengecapi kebahagiaan dan sentiasa dalam keredaan Allah kerana perjalanan empat permata hati yang ditinggalkan arwah Siti Sarah masih jauh perjalanannya.

Kredit: IG Shuib, Siti Sarah & Artis Malaysia

Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI