Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.
Menerusi Instagramnya, Nabila memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami sambil mengendong buah hati tersayang.
“Alhamdulillah. Dengan kasih sayang dan kesyukuran, kami meraikan nikmat yang berharga ini,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Nabila yang tampil dengan baju sedondon berwarna biru gelap bersama suami kelihatan cukup manis dan ceria.
Ads
Penyanyi yang kini sudah pun bergelar ibu ini juga turut mengabadikan kenangan bersama bayi lelaki mereka dalam beberapa momen indah sebagai kenangan.
Ads
Perkongsian Nabila itu turut mendapat pujian serta ucapan tahniah dari peminatnya.
Hari pertama persekolahan memang penuh debaran bukan saja buat anak-anak, tapi juga ibu bapa. Suasana pagi yang sibuk, wajah-wajah kecil yang masih mengantuk, beg sekolah baru, dan harapan besar untuk tahun yang lebih baik.
Menariknya, sesi persekolahan 2026 kali ini jadi lebih bermakna apabila penyanyi popular, Nabila Razali atau mesra disapa Bella, meluangkan masa menyantuni warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jasmine, Kajang sekitar jam 10 pagi.
Kehadirannya disambut meriah oleh pelajar, guru serta kakitangan sekolah sekali gus menceriakan suasana hari pertama sekolah dengan aura positif dan penuh semangat.
Dalam kunjungan istimewa itu, Nabila Razali turut mempersembahkan lagu terbaharunya, #BalasBaik, sebuah karya yang sarat dengan mesej kebaikan, empati, hormat-menghormati dan saling menghargai.
Lagu yang berwarna-warni dan mudah difahami itu ternyata dekat di hati kanak-kanak, malah sesuai dijadikan medium pendidikan nilai murni.
Menurut Nabila, hari pertama sekolah adalah permulaan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
“Hari pertama sekolah adalah permulaan baharu yang sangat penting, terutamanya buat adik-adik yang sedang membina jati diri dan masa depan mereka. Saya berharap lagu #BalasBaik dapat menjadi peringatan bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil, mampu memberi kesan besar kepada orang lain.”
Tambahnya lagi, sekolah merupakan tempat terbaik untuk menyemai nilai empati, toleransi dan kasih sayang sejak usia muda.
“Kalau kita dibiasakan untuk membalas sesuatu dengan kebaikan, saya percaya persekitaran sekolah dan masyarakat akan jadi lebih harmoni. Itu juga mesej utama yang ingin saya sampaikan melalui lagu ini.”
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila Razali turut meluahkan rasa teruja melihat semangat anak-anak sekolah.
Menjengah ruangan komen, ramai ibu bapa meluahkan rasa gembira melihat impak positif lawatan tersebut terhadap anak-anak mereka.
Antara komen yang mencuri perhatian:
Jelas sekali, kehadiran Nabila Razali bukan sekadar hiburan semata-mata, malah memberi kesan emosi dan motivasi kepada kanak-kanak.
Inisiatif ini membuktikan bagaimana seni dan muzik boleh digunakan sebagai platform pendidikan yang berkesan bukan hanya untuk menghiburkan, tetapi juga membentuk nilai dan karakter generasi muda.
Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar, guru dan kakitangan sekolah, meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat.
Artikel ini membuktikan bahawa lagu #BalasBaik oleh Nabila Razali bukan sekadar karya seni, tetapi juga satu inisiatif mendidik generasi muda untuk terus membalas kebaikan dengan kebaikan.
Boleh dikatakan telefon bimbit antara barang paling penting buat semua individu. Tambah pula bila ada anak, penuh gambar anak pula. Setiap memori akan dirakam sebagai tanda kenangan. Disebabkan itu storage telefon penuh dengan gambar.
Ada masa telefon pun jadi lembap kerana memory full. Nak delete sayang, satu lagi kalau nak delete satu-satu pun makan masa.
Bagi yang ada problem begini boleh guna Google Photo untuk simpan atau back up semua gambar yang ada dalam telefon.
Cara back up gambar dalam phone
Langkahnya dikongsi oleh HaziqHissham melalui akaun Twttr miliknya. Memory card full dengan gambar ? Makan masa nak delete satu persatu? Sebenarnya ada cara mudah untuk backup semua gambar yang kita snap dalam phone disimpan secara ‘cloud’ dalam satu apps yang bernama Google Photo.
Kalau ada yang berminat nak tau boleh scroll thread kat bawah.
Kalau kita seseorang yang rajin nak check storage balance dalam phone, itu bermakna kita seorang yang pandai jaga phone. Tapi ada orang yang malas nak check, bila nak snap je gambar MEMORY FULL atau lagi worst phone jadi lembab sebab memory dah full.
Buka Play Store dan install Google Photo apps ini dalam phone. Elok check phone dulu sbb ada yang latest android yang siap-siap pre-install masa purchase. Kalau takda itu tandanya perlu download sendiri. Lepas download click open.
Bukak Google Photo dan make sure anda sign in ke gmail account yang sama phone anda gunakan. Email yang sama akan mudahkan process synchronize segala detail yang Google inginkan.
Ini adalah interface Google Photo, kebiasaannya apps ni akan dapat detect terus semua gambar dan video yang kita snap gunakan camera phone. So, tak
perlu buat apa-apa just biar Google Photo back-up semua gambar dan video yang ada. Gambar akan tersusun ikut tarikh diambil.
Setiap photo yang di back-up dalam Google Photo adalah version High Quality bukan raw image. Jika anda jenis yang x kisah apa-apa photo pun asalkan cantik dan clear, abaikan jer apa itu raw semua tu. So kalau kita upload raw image, storage akan limited kepada 15 GB sahaja.
Sekiranya kita pilih untuk upload High Quality image, storage yang disediakan oleh Google adalah unlimited. So, beribu-ribu photo yang dibackup pun tiada masalah.
Dalam ruangan settings ada disediakan option untuk capture Google Location dimana ianya akan tambahkan fungsi pencarian gambar mengikut lokasi. Jika kita jenis yang suka snap-snap pastu terlupa kat mana tempat tu boleh je turn on features ni.
Google Photo akn susun semua koleksi gambar yg kita ada mengikut tempat tertentu. Boleh buka ruangan Album dan Places. Selain places, Google juga boleh susun koleksi photo mengikut objek, makanan dan muka. So boleh check lah muka siapa yg paling banyak appear dlm phone kita.
Di sini adalah features paling menarik. Apabila settings ini di aktifkan, Google Photo akan automatically delete semua photo dan video yg sudah dibackup dari phone. Maka semua file gambar dan video kita telah selamat disimpan secara cloud.
Features tambahan, kita boleh add orang lain (seperti family @ pasangan) untuk kita berkongsi photo yang telah dibackup dalam Google Photo. Features tersebut boleh diaktifkan dalam ruangan Add Partner Account.
Puteri Nur Azzahra Aziz, atau Ara Aziz, anak kepada pengarah terkenal Aziz M. Osman, kini menjadi tumpuan ramai selepas pengumuman mengejut bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran ke universiti pada usia 15 tahun.
Ara yang sebelum ini terkenal dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa Inggeris sejak kecil, memilih untuk memberi sepenuh perhatian kepada pelajarannya.
Malah Ara yang baru sahaja menarik diri daripada program televisyen Talk To My Manager membuat keputusan itu bagi menumpukan segala usaha kepada peperiksaan akhir International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang bakal dihadapinya tidak lama lagi.
“Peperiksaan akhir saya makin hampir. Insya-Allah, saya akan cuba buat yang terbaik dan seterusnya melangkah ke universiti,” katanya.
Dia turut menyatakan bahawa walaupun ramai yang memuji pencapaiannya di peringkat IGCSE pada usia yang muda, dia belum bersedia untuk belajar di luar negara sendirian.
Dia berharap untuk menunggu sehingga peringkat ijazah sebelum bertindak ke luar negara tanpa kehadiran ibu bapa.
“Ramai yang kata saya masih muda untuk ambil IGCSE. Tapi buat masa ini, saya belum bersedia ke luar negara sendirian. Saya akan tunggu sehingga peringkat ijazah nanti,” jelasnya.
Keputusan Ara menarik diri demi memberi fokus kepada pelajaran mendapat reaksi positif daripada warganet. Rata-rata memuji tindakan remaja itu yang disifatkan sebagai matang dan berwawasan.
“Bijak dan berwawasan. 14 tahun dah ambil IGCSE, bukan calang-calang.
“Fokus pada pelajaran dulu. Rezeki seni tak akan ke mana-mana.
Sebagai makluman, IGCSE merupakan sistem pendidikan antarabangsa yang diiktiraf secara global, diselia oleh institusi seperti Cambridge International, Edexcel dan OxfordAQA. Ia setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar boleh menyambung ke peringkat A-Level, International Baccalaureate (IB) atau Foundation selepas tamat IGCSE.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!