
Tahniah diucapkan buat pelakon, Nad Zainal yang kini mengakui sedang hamil anak keempatnya. Nad yang kini memasuki trimester kedua bagaimana pun memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira itu secara terbuka sebelum ini.

Tak Rancang Umum Kehamilan
Isteri kepada aktor Ungku Ismail Aziz itu berkata, kehamilan kali ini pada awalnya ingin disimpan sebagai perkara peribadi memandangkan ia bukan lagi pengalaman pertama buat dirinya.
“Sebenarnya saya memang tak rancang nak umum kehamilan ini sebab pada usia sebegini saya malas mahu besar-besarkan dan ini juga anak keempat saya.
“Tapi saya putuskan untuk membuat penjelasan di Threads sebab ada yang kata saya tak jaga badan, walhal saya tengah hamil,” katanya.

“Saya Tak Buncit, Saya Hamil”
Tidak mahu terus menimbulkan tanda tanya, Nad akhirnya berkongsi perkara itu menerusi platform Threads miliknya.
“Ada orang tegur perut. Saya tak buncit, saya hamil. Malaslah nak umum anak nombor empat dah. Tapi saya hanya nak beritahu, saya buncit bukan pasal makanan.
“Jadi doakan yang baik-baik, baru ada mood nak hias rumah dan diri semula. Jangan pertikai, tanya apa-apa. Dah nak puasa dah,” tulisnya.

Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. Bagaimanapun, mereka berpisah pada September 2022.
Nad kemudian berkahwin dengan Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Indra Puteh Al Majid.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





