Pasangan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya Rizky Billar akhirnya tampil mendedahkan wajah dan nama bayi tersayang mereka kepada umum selepas dua minggu kelahirannya.

Selamat dilahirkan pada usianya 34 minggu, bayi kesayangan pasangan ini diberikan nama cukup indah, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Menerusi Instagramnya, Rizky bukan hanya berkongsi nama bahkan turut berkongsi dua keping gambar wajah si comel kesayangan mereka.

“Perkenalkan Muhammad Leslar” Rizky Billar & Lesti Kejora Kongsi Wajah & Nama Anak, Comel!

“Assamualaikum sahabat serta keluarg online, perkenalkan anak kami, Muhammad Leslar Al Fatih Billar,” tulis Rizky di Instagramnya.

Tidak hanya memilih raut wajah yang comel penyejuk hati ibu dan ayah, bahkan Rizky turut berkongsi makna nama penuh indah yang dipilihnya bersama Lesti.

“Perkenalkan Muhammad Leslar” Rizky Billar & Lesti Kejora Kongsi Wajah & Nama Anak, Comel!

“Perkenalkan Muhammad Leslar” Rizky Billar & Lesti Kejora Kongsi Wajah & Nama Anak, Comel!

IKLAN

“Muhammad – diambil dari kata pertama dari nama saya, yang juga nama dari seseorang rasul yang dimuliakan Allah, tokoh yang menjadi contoh atau role model serta tauladan dalam kehidupan saya dan banyak orang.

“Leslar – perpaduan nama saya dan wanita yang saya cintai, dan di nama tersebut terdapat banyak orang yang mendoakan kami di dalamnya dan semoga juga selalu memberikan doa terbaik untuk putra kecil kami ini.

“Perkenalkan Muhammad Leslar” Rizky Billar & Lesti Kejora Kongsi Wajah & Nama Anak, Comel!

“Al-Fatih – selain artinya “pembuka” kebetulan saya juga pengagum dari sultan Muhammad II yang dijuluki Al-Fatih. Berawal dari kekaguman saya terhadap beliau dimana beliau mempunyai jiwa kepemimpinan yang tinggi, cerdas, serta penghafal Quran.

“Dan harapan kami anak kami kelak bisa mengambil sifat-sifat baik dari beliau.

IKLAN

“Billar : inshaallah nama belakang ini akan menjadi legacy dan akan menjadi sebuah keturunan yang baik akhlak, budi pekertinya serta menjadi orang yang berguna dan bermanfaat buat banyak orang,” kongsi Rizky lagi.

“Perkenalkan Muhammad Leslar” Rizky Billar & Lesti Kejora Kongsi Wajah & Nama Anak, Comel!

Malah menurut Rizky yang kini bergelar bapa amat mengharapkan agar perjalanan anak kecilnya itu dipermudahkan malah nama yang diberikannya dapat membawa doa dan harapan perilaku yang baik.

“Perkenalkan Muhammad Leslar” Rizky Billar & Lesti Kejora Kongsi Wajah & Nama Anak, Comel!

IKLAN

“Di sebuah nama terdapat doa dan harapan orang tua di dalamnya. Semoga anak kami kelak bisa mewarisi akhlak atau perilaku yang baik dari nama-nama hebat diatas, inshaallah,” tulisnya lagi.

Semoga kehadiran Muhammad Leslar mencambah rasa bahagia buat Rizky dan Lesti sekeluarga.

Terdahulu, si comel Muhammad Leslar dilahirkan lebih awal iaitu pada usia kandungan Lesti baru sahaja 34 minggu disebabkan kontaksi kuat yang dialami Lesti. Semoga terus sihat membesar.

Menarik: Bestnya Nama Baby, Aidil Zafuan Kongsi Nama Baby Girl, Unik Tapi Cantik!

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI