Nahas trak FRU, “Saya berada di atas rakan-rakan, kami saling bertindih,” demikian luahan Koperal Nizam Tarmizi, 38, salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi kemalangan membabitkan konvoi kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei lalu yang meragut sembilan nyawa.
Nahas Trak FRU, “Saya Berada Di atas Rakan-rakan, Kami Saling Bertindih”
Menurut Nizam, beliau hanya tersedar selepas terdengar bunyi hentaman kuat dan mendapati dirinya terbaring di atas tubuh rakan-rakan seperjuangan.
Nizam menunjukkan gambar rakan-rakan yang meninggal dunia ketika mereka sedang bertugas sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.
“Ketika itu, kami sedang berehat di dalam trak. Tiba-tiba saya terasa satu hentakan yang sangat kuat.
“Saya terdengar rakan-rakan menjerit ‘Allahuakbar’ sebelum saya tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, saya lihat ramai rakan terbaring tidak bergerak, termasuk arwah Koperal Amiruddin Zabri yang kelihatan lemah dan wajahnya dipenuhi darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuarters FRU Unit 5, Sungai Senam, pada Khamis.
Nizam menjelaskan bahawa penglihatannya agak kabur ketika dikeluarkan dari kenderaan oleh anggota lain yang datang membantu.
“Saya duduk di bahagian belakang trak, mungkin itu yang menyelamatkan nyawa saya. Di hadapan, rakan-rakan saya tertindih sesama sendiri kerana trak itu membawa seramai 18 anggota.
“Satu tubuh yang menghempap pun sudah cukup berat, apatah lagi jika bertindih beramai-ramai. Sebab itu ramai yang mengalami kecederaan parah,” ujarnya.
Ads
Beliau memaklumkan bahawa mereka berangkat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sekitar jam 8.30 pagi selepas selesai tugasan kawalan sempena perayaan Chitrapournami, namun tidak menyangka perjalanan itu berakhir dengan tragedi.
Nizam juga berkongsi kenangan terakhir bersama rakan-rakan yang terkorban, yang masih jelas dalam ingatannya.
“Arwah Konstabel Akmal Wafi sempat merakam video dalam trak. Saya sempat berseloroh dengan arwah Koperal Mohd Pozli Jaudin, kata rakam gambar banyak-banyak sebab lepas ni mungkin susah nak keluar sama-sama dengan pasukan C.
“Mereka bertiga juga sempat bermain bola tampar pada pagi kejadian. Kawan-kawan sempat bergurau, katanya macam tanda-tanda nak pergi,” katanya sayu.
Nizam menunjukkan uniform yang dipakai pada hari kejadian kemalangan mengorbankan sembilan rakan setugasnya.
Tambah Nizam, kehilangan rakan-rakan yang aktif dalam aktiviti sukan amat dirasai, apatah lagi mereka sering bermain bola tampar bersama setiap hari.
Ads
“Sekarang bila tengok video tu, memang terasa kehilangan. Tak ada lagi yang akan ajak saya main bola tampar. Dulu siang malam kami main,” ujarnya dengan nada sebak.
Beliau yang kini masih dalam cuti sakit, telah berkhidmat di FRU Unit 5 sejak 2015, selepas bertugas di Kelantan bermula tahun 2006.
Nizam berasal dari Changkat Lada, Perak Tengah dan tinggal bersama isteri, Zanani Azma Abdullah, 39, serta tiga anak yang berumur antara dua hingga 15 tahun.
Kejadian berlaku sekitar jam 8.50 pagi apabila trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam menuju ke Ipoh bertembung dengan sebuah lori bermuatan batu kerikil.
Ads
Lapan anggota disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Bainun (HTI). Lapan anggota lain mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital yang sama.
Hati ibu mana yang tak luluh bila kehilangan anak sekecil itu. Baru berusia sembilan bulan, bayi malang ini menemui ajal selepas diserang oleh anjing peliharaan di rumah sendiri. Kejadian tragis ini bukan berlaku di Malaysia, namun seperti kata pepatah malang tidak berbau ia wajar dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati, walau di mana pun berada.
Menurut laporan The Sun, insiden ngeri itu berlaku di Rogiet, kawasan tenggara Wales, sekitar jam 6 petang pada Ahad lalu. Pihak polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada kediaman di Crossway.
GAMBAR: Bayi berusia sembilan bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian secara tragis. (Kredit: WNS)
Suasana bertukar panik apabila puluhan kenderaan polis, termasuk unit bersenjata dan sembilan buah ambulans, tiba di tempat kejadian. Namun, segalanya sudah terlambat bayi berusia sembilan bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi.
Jurucakap Gwent Police berkata, “Pegawai hadir bersama pasukan paramedik dari Welsh Ambulance Service. Seorang bayi berusia sembilan bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Anjing tersebut telah dirampas dan dibawa keluar dari rumah berkenaan.”
Ketua Superintenden, John Davies, dalam kenyataannya menambah:
“Kami faham orang ramai mungkin bimbang tentang insiden ini. Namun, pegawai kami masih berada di lokasi dan siasatan sedang dijalankan. Jika ada sebarang maklumat atau kebimbangan, orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak kami.”
Insiden ini mencetuskan kesedaran besar tentang bahaya yang boleh timbul walaupun daripada haiwan peliharaan sendiri. Ramai netizen menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa, sambil mengingatkan bahawa keselamatan anak kecil perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Buat semua ibu ayah, biarlah kisah ini menjadi peringatan. Kadang-kadang, walaupun kita yakin haiwan peliharaan jinak dan tidak berbahaya, naluri binatang boleh berubah dalam sekelip mata. Dalam rumah sekalipun, risiko tetap ada.
Semoga roh si kecil ini tenang di sana, dan keluarganya diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Semalam, kita masih dibelenggu rasa sayu dengan penemuan dua beranak yang telah pergi dalam keadaan memilukan di sebuah kediaman di George Town, Pulau Pinang. Namun, belum sempat luka hati itu sembuh, hari ini sekali lagi negara dikejutkan dengan berita menyayat hati tiga beranak pula ditemui dalam keadaan reput di dalam rumah mereka.
Tragedi yang berlaku di Seremban, Negeri Sembilan ini benar-benar merentap hati masyarakat. Lebih memilukan, kisah pilu ini hanya terbongkar selepas jiran terhidu bau busuk yang mencurigakan, sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.
TIGA BERANAK MEREPUT DITEMUI DI RUMAH
Nemetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk dari rumah berkenaan yang berkunci.
“Bertindak atas maklumat itu, pihak polis dan bomba telah ke rumah berkenaan dan memotong kunci mangga pagar rumah terbabit. Pemeriksaan kemudian menemukan tiga mayat dalam keadaan mereput di dua bilik tidur.
“Siasatan mendapati ketiga-tiga mayat adalah ahli keluarga terdiri daripada seorang lelaki berusia 61 tahun, isterinya 59 tahun dan anak lelaki mereka berusia 30 tahun,” menurutnya dalam kenyataan.
KESAN TOREHAN PADA LENGAN
Mohamad Hatta berkata pemeriksaan forensik menemukan kesan torehan pada lengan kanan anak lelaki pasangan itu manakala mayat ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan.
“Turut ditemui empat pisau terdapat kesan darah dipercayai digunakan semasa kejadian serta pelbagai jenis ubat yang telah digunakan di atas meja ruang tamu rumah tersebut,” katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Apakah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita? Di sebalik dinding rumah, ada jiwa-jiwa yang pergi tanpa sesiapa sedari. Betapa sunyinya pemergian mereka, betapa senyapnya penderitaan yang mereka tanggung.
Kita tidak hanya kehilangan insan, tetapi turut kehilangan rasa cakna dan prihatin antara sesama kita. Semoga kejadian ini membuka mata semua… untuk lebih peka, untuk lebih bertanya khabar, sebelum semuanya sudah terlambat.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah kata orang, menjaga anak perempuan ini tidak mudah. Banyak yang perlu dipertanggungjawabkan kita sebagai mak ayah dalam membesarkan mereka.
Penuh cabaran namun penuh kemanisannya. Perkongsian @muallimahzaharah ini sememangnya tepat. Banyak yang perlu kita ingatkan anak perempuan kita. Jangan terlepas pandang.
Bila ada anak perempuan. Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur masa dia kecil kecik dulu tak rasa sangat cabarannya. Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya.
Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah. Jangan buat tak endah. Tanggungjawab nya berat, tugasnya amat besar.
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki. Bila ada anak perempuan, anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi.
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan. Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol. Ajarkan mereka erti malu. Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak. Bila ada anak perempuan tak boleh dibiar tidur sana sini.
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada dimana mana. Jangan percaya kepada sesiapa.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat. Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan, sentiasa temani mereka.
Biar kita susah hari ini dari menangis dikemudian hari.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri kerena diri mereka sangat berharga.
Bila ada anak perempuan, terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu. Bimbang mereka cari di tempat salah.
Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka Kenali juga siapa kawan mereka Rakan yang baik menjadi penguat Rakan yang nakal menjadi pemusnah Bila ada anak perempuan Selalu lah diperiksa handphone mereka Apa yang dikongsi Apa yang ditulis Ambil tahu Bila tiba saat kau lepaskan mereka-hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka, jagalah diri baik baik, jagalah maruah diri. Jagalah maruah keluarga
Biarlah orang kata kita kolot Biarlah orang kata kita syadid Bila ada anak perempuan Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka. Mohon dijaga keselamatan mereka. Moga moga Allah jaga dan lindung.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.