Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata pertama, penyanyi Najwa Latif mengalami keguguran dikala usia kandungannya yang baru mencecah lima minggu.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29, bersyukur diberi kesempatan merasai pengalaman hamil selama lima minggu.
“Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana merasakan hal ia sangat peribadi untuk saya dan suami.
“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila saya dapat jumpa awak nanti,” ulasnya lagi.
Ads
Tambah Najwa lagi yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dia menghargai setiap doa serta sokongan ramai.
“Saya hanya ingin beritahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.
“Tetapi saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.
Ads
“Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga,” katanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.
Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya adik kepada Fasha Sandha, Elisya Sandha tampil mengesahkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia 31 minggu.
Menerusi Instagramnya, Elisya memuat naik video penuh makna dan beberapa kejutan yang dibuat untuk suami serta ahli keluarga bagi berkongsi kegembiraan itu.
Elisya yang kini sarat hamil lapan bulan teramat bersyukur akan rezeki yang diberikannya dan suami malah memohon doa semua agar kehamilan sulungnya itu dipermudahkan.
“Bismillahirahmanhirahim. Aku bersyukur atas rezeki yang Kau kurniakan kepada aku ❤️.
“This video means a lot to me, wonderful moments that i cannot get elsewhere. To whoever yang scroll and tengah baca my caption ni, can you please spare some time and doakan anak sulung saya ni,” tulisnya berkongsi.
Melalui video yang dikongsikan Elisya, baik dirinya dan suami, sama-sama berkongsi rasa gembira hingga mengalirkan airmata ketika mengetahui kehamilan itu.
Begitu juga dengan ibu serta ibu mentuanya, Sheila Rusli yang begitu gembira dengan perkhabaran itu.
Video pendek itu juga turut memuat naik beberapa gambar imbasan bayi ketika pemeriksaan bulanan diadakan. Malah Elisya juga turut berkongsi gambarnya dengan baby bump yang kelas kelihatan. Nampak seri ibu mengandung.
Dalam pada itu, bakal ibu ini juga turut mendoakan agar semua wanita yang masih belum dikurniakan cahaya mata dapat melalui detik indah yang dilaluinya kini.
“Saya juga mendoakan semua wanita dapat experience benda yang sama, Alhamdulillah salam jumaat #AllahIsTheBestPlanner #31weekspregnant,” tulisnya berkongsi.
Perkongsian Elisya di Instagram itu turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikutnya.
Semoga Elisya dipermudahkan sepanjang trimester terakhir ini malah dipermudahkan kelahiran kelak.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat tahu diri hamil dan bakal melahirkan zuriat, semestinya harapan seorang ibu nak semuanya baik-baik. Sebolehnya persiapan rohani dan jasmani dilakukan untuk mempersiapkan diri menerima kehadiran orang baru.
Bukan sahaja isteri, sokongan suami juga sangat membantu untuk ibu tenang melalui tempoh kehamilan selama 40 minggu. Sudah tentu kita juga mahu anak yang lahir sihat sempurna tubuh badan dan tiada komplikasi.
Bagi mengharungi tempoh kehamilan ini, banyak yang boleh dilakukan dan salah satunya ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Ada banyak pilihan surah yang boleh ibu amalkan dengan harapan anak yang lahir nanti sempurna, soleh/solehah dan bijaksana. Berikut perkongsian Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Ini adalah 15 Surah pilihan buat ibu hamil :
1. Surah Al-Fatihah
Buat penerang hati dan penguat daya ingatan.
2. Surah Maryam
Agar dipermudahkan ibu bersalin dan melahirkan anak yang sabar dan taat.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan akhlaknya.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq berserta Ayat Kursi.
Menjadi perisai kepada kandungan sentiasa dilindungi. (Amalkan setiap malam sebelum tidur).
6. Surah Yassin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak terpelihara daripada godaan syaitan.
7. Surah Al-Hujurat
Doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan anak bersifat berhati-hati.
8. Surah Luqman
Agar melahirkan anak yang cerdik akal dan terang hati.
9. Surah An-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.
11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat Allah.
12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.
13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak rajin mengerjakan solat.
14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh akan perintah Allah.
15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Setiap lantunan yang disebutkan oleh ibu pasti didengari oleh anak dalam kandungan.
Maka surah-surah ini bukan sahaja menjadi gelombang tetapi turut memberi aura dan tenaga yang akan membesarkan anak agar lebih sihat dan penuh budi pekertinya.
Bila disahkan hamil, ada seseorang dalam rahim anda iaitu janin. Tiga bulan pertama kehamilan iaitu dipanggil trimester pertama kehamilan anda akan menyaksikan pelbagai perubahan pada diri.
Saat-saat melihat alat penguji kehamilan menunjukkan dua garisan tanda positif, ramai yang tidak percaya dan dalam masa sama teruja dan gembira. Bermula dari saat itu juga, anda harus menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.
Dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada trimester pertama hingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu lakukannya bagi mendapatkan maklumat penting agar dapat menjalani kehamilan yang sihat. Dapatkannya melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, portal keibubapaan seperti Pa&Ma www.www.majalahpama.my dan lain-lain.
Di trimester pertama, anda sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.
Anda tidak perlu makan untuk dua orang! Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda mengandungi banyak lemak dan gula. Utamakan makanan daripada sumber semula jadi dan hindari makanan yang diproses.
Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. Dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindarkan rasa mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap pra eklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda elak kemurungan semasa hamil. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamin yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.
Sejak daripada awal kehamilan, anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.
Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. Dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi atau empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-sebaiknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan segar. Alternatif lain ialah minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.